Sabtu, 5 Februari 2011

PRK Tenang...UMNO Johor Tersinggung...

Alhamdulilah...UMNO dan BN berjaya mengekalkan kerusi di DUN Tenang pada 30 hb Januari yang lalu, pertambahan majoriti lebih 1200 undi jelas menampakkan sokongan rakyat dan pengundi terhadap kerajaan UMNO/BN yang salama ini banyak berjasa semakin kembali kuat dan berkembang.

Syabas dan tahniah kepada seluruh jentera parti terutama UMNO dan komponen parti yang lain yang terus menerus berusaha gigih menagih sokongan dan mengharap undi sejak dari awal lagi.

YAB Dato Ghani selaku Pengarah Jentera Pilihanraya juga telah berjaya merancang dan melaksanakan pelan tindakan yang teratur dan rapi dalam menghadapi puak PAS yang diwakili oleh muslimut yang kemaruk menjadi calon walaupun beliau tahu kemenangan hampir mustahil diperolehinya dinegeri tiang seri UMNO itu.

Syabas juga kepada sahabat sahabat bloggers yang berhempas pulas berjuang seterusnya menjadi penyumbang kepada kejayaan calon BN Tok Ai, kenangan dapat bersama sama menikmati 'beriyani gam' istimewa insyaallah akan dapat kita ulangi di Merlimau nanti.

Apapun yang nak dikongsikan disini ialah bagaimana UMNO Johor telah dibelakangkan dan dipersendakan oleh puak puak tamak haloba yang berpengkalan di pusat untuk mengambil alih teraju jentera pilihanraya Tenang yang lalu.

Sekumpulan pasukan yang bergerak diketuai oleh exco kerajaan negeri iaitu Aziz Kaparawi yang sejak 2 tahun ini begitu teruja untuk mencatur calon calon yang bakal bertanding di Johor pada PRU 13 yang akan datang diberitakan telah menghantar laporan ke pihak UMNO Malaysia melalui j/k pilihanraya atau war room bahawa UMNO Johor begitu lemah dan gagal menggerakkan jentera dalam menghadapi pilihanraya tenang tempohari.

Dikhabarkan bahawa laporan mereka calon BN akan tewas dan kalau pun mampu menang ianya hanya sekitar majoriti 500 undi. Lebih menimbulkan kemarahan UMNO Johor apabila diberitakan Raof SUK UMNO Malaysia telah menelefon Dato Ghani meminta Ghani dan pasukannya menyerahkan kerusi Pengarah Jentera Pilihanraya kepada pihak UMNO pusat. Besar sangat ke Raof ni hingga biadap menelefon seorang Pengerusi Perhubungan UMNO negeri ?

Dalam satu insiden semasa Dato Ghani dan Dato Ahmad Zahri mengadakan lawatan ke pusat jentera pilihanraya di felda Cemplak, mereka telah bertemu dengan Aziz dan diberitakan Dato Ghani begitu marah dan menemplak Aziz dengan mempersoalkan kewajaran laporan yang kumpulan mereka hantar ke UMNO pusat.

Sambil tergagap gagap Aziz cuba untuk menerangkan laporan yang beliau hantar ke pusat, Ahmad Zahri sempat menemplak aziz agar menggunakan otak dalalm melakukan kerja.

Hakikatnya laporan yang dibuat oleh kumpulan aziz ini salah! laporan yang dibuat oleh kumpulan aziz ini begitu menyimpang dari keadaan sebenar! Persoalannya bagaimana laporan salah ini boleh diterima pakai oleh UMNO pusat? bagaimana kumpulan ini boleh menghantar laporan terus ke pusat tanpa berbincang dan berunding dengan UMNO Johor? Bagaimana boleh kumpulan aziz ini membelakangkan UMNO negeri yang sedang bergelut dalam menghadapi pilihanraya?

Tak dinafikan bahawa aziz ialah pemuda dizaman Najib, oleh yang demikian beliau boleh lah mendabik dada bahawa beliau mempunyai jaringan kepada Presiden parti. Tapi apakah benar itu sudah menjadikan aziz mempunyai lesen besar didalam menentukan segala gala yang berlaku di Johor?

Tindakan beliau yang dilihat menyusun calon calon yang bakal bertanding di Johor juga telah menimbulkan suasana kurang elok bagi UMNO Johor. Tindakan beliau hanya menimbulkan sinis dimata pemimpin UMNO johor sambil merancakkan rasa tidak sabar dan gelojoh segelintir golongan yang taksub kepadanya kerana berharapan akan dijadikan calon dalam PRU 13 nanti.

Kalau inilah kualiti kumpulan yang dicipta oleh UMNO ibu pejabat di negeri negeri pasti kesan tidak baik ini akan menjadi barah kepada UMNO negeri negeri. Urusan calon pilihanraya biarlah menjadi hak mutlak presiden parti dan pengerusi BN. Tak perlulah digembar gemburkan bahawa wujudnya kumpulan seperti ini yang hanya menambah keruh sesama ahli.

Malah kegagalan dan salah lapor yang dibuat dalam kes Tenang ini jelas membuktikan bahawa mereka sebenarnya tidak mempunyai asas dalam menyediakan laporan. Malah dalam satu insiden mereka membawa pengundi muda kelabu keluar dari tenang, mereka telah membawa sama jawatankuasa umno cawangan cawangan yang terang putih telah menimbulkan kesulitan bagi jentera di cawangan terbabit untuk beroperasi semasa prk tenang tempohari.

Semoga Dato Seri Najib selaku presiden parti melihat semula akan kewajaran kewujudan kumpulan ini yang disifatkan oleh UMNO Johor sebagai pengganggu dan menikam dari belakang. Seharusnya aziz dan kumpulannya melaporkan dahulu kepada Pengerusi dan Pengarah Jentera pilihanraya Dato Ghani agar kejadian seperti yang berlaku tempohari tidak berlaku.

Jangan lah menjual sesuatu perkara hanya beralaskan nama Presiden parti. Jangan dijual nama Dato Seri Najib hanya untuk menampakkan kita lebih berkuasa. Jangan digadai Institusi Presiden parti dengan lelongan murah yang kita cipta.

Takdir Allah telah membuktikan bahawa segala laporan yang dibuat oleh kumpulan ini salah, tidak benar dan jauh menyimpang, ianya merosakkan perpaduan dan semangat dikalangan ahli dan jentera parti terutama dalam menghadapi prk tenang tempohari.

UMNO kuat kerana ikhlas berjuang tanpa mengira hubungan dan kedudukan. Seharusnya hubungan dan kedudukan yang ada merupakan amanah yang lebih besar untuk kepentingan UMNO itu sendiri selagi tidak berkepentingan peribadi....

Lu Fikir La Sendiri!!!

Dipetik dari : http://politikputramerdeka.blogspot.com/

1 ulasan:

Gelombang Wangsa Maju berkata...

BESAR LA PUNYA HARAM SI AZIZ KAPARAWI DENGAN RAOF NI ...

DS NAJIB KENA SAILANG PUAK PUAK NI DENGAN SEGERA ... DAH JADI BARAH UMNO!