Ahad, 10 Oktober 2010

Hishamuddin Menghadap Sultan Johor Selasa Ini Berhubung Kenyataan Waytha Moorthy



SUNGAI BULOH, 9 Okt -- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada Selasa ini mengenai kenyataan Waytha Moorthy yang mempertikaikan titah baginda berhubung kedudukan Melayu dan raja-raja Melayu.

Kenyataan Waytha Moorthy yang kini melarikan diri ke luar negara disiarkan menerusi laman web Free Malaysia Today (FMT) pada 7 Okt lepas.

Hishammuddin berkata beliau akan meminta polis mengkaji apa sebenarnya yang berlaku (kenyataan Waytha Moorthy menerusi laman web FMT), kerana perkara yang membabitkan istitusi raja adalah sangat sensitif.

Hishammuddin berkata demikian kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Umno bahagian Selayang di Kampung Setia, Kuang, Rawang dekat sini.

Hishammuddin berkata kenyataan Waytha Moorthy itu adalah untuk menimbulkan kebencian terhadap institusi raja-raja dan ia hanyalah umpan untuk memperdayakan pemikiran orang ramai.

Katanya institusi raja-raja adalah penaung kepada semua kaum dan agama dan bukan terhadap sesuatu kaum sahaja.

Beliau berkata kementeriannya akan mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kerana siasatan teknikal akan dilakukan suruhanjaya itu memandangkan kenyataan tersebut diterbitkan sebuah laman web.

1 ulasan:

tungkaran hati.blogspot berkata...

Sultan dan rakyat Johor mahu jambatan ganti Tambak Johor...
mana perginya Menteri dan kakitangannya untuk menjalankan titah Sultan? Jangan jadi PEMIMPIN yang DAYUS dan DERHAKA..!