Sabtu, 16 Oktober 2010

Ahmad Said dakwa Umno T'gganu kini bersatu

Umpama "biduk lalu, kiambang bertaut," itulah ungkapan yang digunakan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said bagi menggambarkan hubungan pemimpin Umno di negeri itu ketika ini.

terengganu ahmad said and state assembly 130509Beliau berkata semangat perpaduan di kalangan golongan terbabit semakin pulih dan dirasai, termasuk wakil rakyat dan pemimpin parti apabila terdapat kesungguhan untuk bersatu, walaupun hubungan di antara mereka sebelum ini agak tegang.

"Saya harap masalah dulu dapat dilupakan. Bak kata orang, biduk lalu, kiambang bertaut. Kita sebagai pemimpin dan orang politik, perlu berjiwa besar.

"Jangan mudah berkecil hati, berasa hati atau berjauh hati, dan dalam masa yang sama, kita perlu berhati-hati," katanya kepada pemberita selepas menutup Konvensyen Terengganu 2010 hari ini.

Konvensyen yang dirasmikan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein pagi tadi, disertai 1,200 peserta yang terdiri daripada pemimpin sayap parti serta jemputan khas.

Ahmad berkata konvensyen yang pertama kali diadakan di Terengganu sejak Pilihan Raya Umum 2008 itu, boleh dijadikan sebagai persediaan Umno negeri bagi mengikuti pemilihan parti di Kuala Lumpur Selasa depan, dan bekalan ketika menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Saya amat berpuas hati dengan persiapan dan resolusi yang dikemukakan perwakilan dari bahagian-bahagian yang bertujuan untuk mengukuhkan perjalanan dan kepimpinan Umno di Terengganu.

"Saya harap pemimpin di Terengganu, khususnya wakil rakyat, menjadikan harapan perwakilan ini sebagai, dan peluang untuk, muhasabah diri dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing," katanya.

Sementara itu, sebanyak 19 resolusi dicapai dalam konvensyen yang bertujuan memartabatkan agama, bangsa dan negara.

Selain itu, satu deklarasi, dinamakan Deklarasi Primula 2010, turut diputuskan serta diserahkan kepada Ahmad dan Hishammuddin, yang merupakan pengerusi badan perhubungan Umno Terengganu.

- Bernama


1 ulasan:

TAMPIN ONLINE berkata...

AHMAD SAID HARUS WASPADA?


"Saya harap masalah dulu dapat dilupakan. Bak kata orang, biduk lalu, kiambang bertaut. Kita sebagai pemimpin dan orang politik, perlu berjiwa besar. Jangan mudah berkecil hati, berasa hati atau berjauh hati, dan dalam masa yang sama, kita perlu berhati-hati," - Ahmad Said

Itu lah harapan dan ucapan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu. Satu harapan yang amat tinggi kepada para pemimpin UMNO dan ahli-ahli UMNO Terengganu selepas Konvesyen UMNO Terengganu semalam.

Tahniah kepada YAB Dato’ Seri Ahmad Said sekiranya beliau telah dapat menjernihkan semula keadaan politik UMNO. Tidak di nafikan, selepas perlantikan YAB Dato’ Seri Ahmad Said, menjadi Menteri Besar Terengganu selepas PRU Ke 12 lalu, UMNO Terengganu melalui zaman-zaman yang amat memalukan. Puak yang kalah dan tidak berpuas hati menentang secara terbuka pelantikan YAB Dato’ Seri Ahmad Said, sebagai Menteri Besar dan ada seketika mencabar Kedaulatan DYMM Tuanku Sultan Terengganu.

Dengan limpah dan kurnia Allah swt, dan dengan sifat semulajadi yang tulus dan ikhlas sebagai ahli politik yang berpengalaman, Alhamdulillah YAB Dato’ Seri Ahmad Said telah dapat mengalas dan menjalankan “amanah” sebagai Menteri Besar Terengganu dengan sempurna dan jujur.

Sebagai rakyat dan insan yang menghormati YAB Dato’ Seri Ahmad Said, saya rasa YAB Dato’ Seri Ahmad Said, harus “berwaspada dan berhati-hati” dengan orang-orang nya sendiri yang cuba menikam nya dari belakang tanpa melukakan diri YAB Dato’ Seri Ahmad Said sendiri. Apatah lagi, musuh-musuh politik YAB Dato’ Seri Ahmad Said, yang tetap tidak berpuas hati dengan perlantikan YAB Dato’ Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu. Mereka tidak berputus asa untuk mengulingkan YAB Dato’ Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu dengan apa cara sekalipun dan pada bila-bila masa saja. Semalam hanya lah satu dari seribu lakonan mereka untuk mengambil hati para pemimpin UMNO Pusat untuk mengekalkan diri mereka sebagai calon wakil rakyat dalam PRU Ke 13 nanti. Apabila mereka ini semua telah di kenal pasti sebagai calon wakil rakyat dan memenangi nya, maka mereka akan mengerakkan Phasa Ke2 tindakan mereka untuk menggulingkan YAB Dato’ Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.

Bagi orang-orang YAB Dato’ Seri Ahmad Said sendiri, mereka ini akan cuba mengaibkan YAB Dato’ Seri Ahmad Said dengan cubaan mengaitkan YAB Dato’ Seri Ahmad Said dengan beberapa skandal rasuah dan penyelewengan pentadbiran.
Apa yang dapat di katakana kepada YAB Dato’ Seri Ahmad Said, kawan-kawan YAB Dato’ Seri Ahmad Said hanya berkawan dengan beliau sekadar untuk menikmati durian runtuh sahaja sementara YAB Dato’ Seri Ahmad Said mempercayai mereka dan mempunyai kuasa.

Orang-orang kepercayaan di sekeliling YAB Dato’ Seri Ahmad Said tidak berusaha untuk melindungi “boss” mereka dari serangan-serangan musuh-musuh politik atau pun “pembangkang”. Malah orang-orang kepercayaan YAB Dato’ Seri Ahmad Said ini lah yang mempergunakan nama dan kedudukan YAB Dato’ Seri Ahmad Said untuk kepentingan diri mereka dan memerangkap YAB Dato’ Seri Ahmad Said.

Dengan itu, berhati-hati dan berwaspada le YAB Dato’ Seri Ahmad Said kepada kawan-kawan, orang-orang di sekeliling anda dan juga musuh-musuh dalam selimut anda.

Semoga setiap keikhlasan dan kejujuran akan mendapat rahmat dan hidayah dari Allah swt.