Jumaat, 24 September 2010

Kekeke …Idris Jusoh Penyokong Muhyiddin? Bila Pulak

Oleh Malek Saiful Muda

SAYA tertawa. Saya membaca komen terhadap satu tulisan mengenai Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Presiden Umno dikatakan sudah menjadi ‘orang kesayangan’ Idris Jusoh, bekas Menteri Besar Terengganu yang sudah ‘seperti orang gila talak’.
Yang membuat komen mengatakan ketika berlaku pemilihan bagi jawatan Timbalan Presiden Umno, beberapa tahun lepas, Umno Bahagian Besut yang diketuai Idris Jusoh mencalonkan Muhyiddin sedangkan Umno Bahagian Kemaman, yang diketuai Datuk Seri Ahmad Said mencalonkan Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
Inilah kelebihan Idris. Dia pandai ‘berlakon’. Lakonannya Nampak macam real. Mulai bila pula Idris mula menyokong Muhyiddin?
Baguslah kalau Idris dapat memperdaya Muhyiddin kerana Idris menyokong Muhyiddin ketika dia dah Nampak Muhyiddin boleh menang kerusi nombor dua dalam hirerki kepimpinan Umno.
Itulah sebabnya, bila Idris didakwa mengetuai Geng 10 atau 10 Budak Hitam dalam Umno Terengganu, Muhyiddin tidak berani mengambil tindakan kerana Idris sudah menjadi ‘penyokongnya’.
Cuba Muhyiddin ingat kembali bagaimana Idris menolak dari mencalonkan dirinya ketika dia mahu bertanding dalam tahun 2000 dahulu. Dia tidak mahu mendnegar pun nama Muhyiddin dicalonkan.
Ketika itu dia salah Tan Sri Dr. Mohd Yusof Nor yang mengetuai Umno Besut ketika itu tetapi di peringkat Negeri Terengganu, sebenarnya Idris lebih berkuasa dari Yusof Nor. Dia memang tak suka Muhyiddin. Idris memang pandai ‘pusing’ dalam bab ini.
Jadi, bila ada pembaca yang mempertahankan Idris dalam isu mencalonkan Muhyiddin, saya tertawa. Saya tertawa dan bukan ketawa. Tertawa dan ketawa adalah dua perkataan yang berbeza…sama bezanya antara Idris dengan Ahmad Said. Macam langit dengan bumi.
Rakyat Terengganu bertuah mendapat seorang Menteri Besar seperti Ahmad Said yang banyak turun padang dan mendekati rakyat berbanding dengan Idris yang asyik berbangga dengan cerita tamdun…seolah-olah dia sahaja yang bertamadun sedangkan orang lain tidak.
Dia hancurkan Umno Terengganu dengan ‘mengorbankan’ hampir semua ketua bahagian dari menjadi calon dalam pilihan raya. Akhirnya, dia dijatuhkan oleh Allah SWT dengan keadaan yang cukup hina…hingga ada budak-budak yang dikatakan budak-budak dia, mengoncang pintu pagar istana.
Kita sama-sama tengok, apakah dengan sokongan Idris, Muhyiddin Yassin akan melangkah jauh dalam politik? Atau dengan kehadiran Idris menjadi penyokong Muhyiddin akan menyingkatkan lagi jangka hayat Muhyiddin dalam parti dan kerajaan.
Idris Jusoh bukan orang yang boleh dipercayai dalam politik. Itulah sebabnya, ada cerita boikot Dewan Undangan Negeri Terengganu dan ada cerita SMS bernada ugutan….siapa yang terlibat….tanya kepada Idris Jusoh

1 ulasan:

Unknown berkata...

doh guane tadok ulasan lasung ni, tadok org baca blog ni ke guane? dok laku mana gok....jual je kuat!