Khamis, 23 September 2010

Muhyiddin terlalu percaya Idris Jusoh


Oleh Ahmad Hj Ishak

BETULKAH Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin terlalu percayakan bekas Menteri Besar Terengganu, Idris Jusoh hingga beliau menyakinkan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak supaya bersetuju melantik Idris menjadi pengarah IT pilihan raya.
Khabarnya, Idris sudah melantik ‘juak-juaknya’ untuk bekerja dengannya, dengan elaun yang ‘boleh tahan’ sudah pun membuat laporan untuk Negeri Terengganu.
Tentulah Idris seronok bila tugas dan jawatan itu diserahkan kepadanya kerana ‘inilah peluang’ dia untuk kembali berkuasa di Terengganu dan menjatuhkan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.
Khabarnya, dalam masa terdekat, Idris akan diberikan kedudukan sebagai ‘menteri’, jika Najib termakan cerita Muhyiddin.
Apa yang terlalu hebatnya Idris hingga Muhyiddin terpengaruh dengan cerita dan kertas kerja Muhyiddin? Apakah Muhyiddin lupa, ketika dia terkejar-kejar mencari pencalonan untuk bertanding jawatan naib Presiden 10 tahun dahulu, Idris yang ketika itu berkuasa di Bahagian Besut enggan mencalonkan Muhyiddin.
Malangnya, apabila Muhyiddin menang, Idris yang tidak disukai pihak Istana Terengganu berjaya menyakinkan Muhyiddin bahawa dia adalah pakar kepada pilihan raya – padahal, di tangan Idris, jika bukan kerana pengaruh ketua-ketua bahagian, Terengganu hampir-hampir tewas.
Najib kenalah bertegas dengan Muhyiddin dalam hal ini, kerana jika tidak, habislah Umno dan BN hanya dimainkan dengan lagu-lagu lama, tamadun dan paling menarik, bekas Setiausaha Politik Idris yang sedang dibicarakan di mahkamah kerana kes SMS ugutan, dikatakan menjadi orang penting dalam kumpulan Idris Jusoh ini. Muhyiddin nak ke mana dalam politik ni sebenarnya?  

2 ulasan:

C L J berkata...

Pengurusan krisis itu bukan boleh tiru tiru. Ia datang dari minda istimewa. Nyata jelma ia dalam garap sejarah dibawah pemerhatian. Maka onarlah betapa berkelok pun, orang tetap akan nampak dan faham. Semuga tidaklah akan terjadi dalam menjaga krisis itu kita sebenarnya mencipta krisis. Wallahuaklllam.

Tanpa Nama berkata...

Setahu saya Bhg Besut yang pertama mencalonkan TS Muhyiddin sbg Timb Presiden pd pemilihan yg lepas (2008) di saat Bhg lain takut. Malah Bhg Kemaman pun mencalonkan TS Muhammmad Taib...