Rabu, 5 Mei 2010

KES AMINULRASYID: SYABAS PIHAK POLIS, PEDULIKAN APA ORANG NAK KATA

Oleh ZAKARIA BIDIN



2 MEI 2010 (Ahad)
- Arwah Aminulrasyid Amzah baru 15 tahun. Dengan usia semuda itu bersama rakanya sudah berani berada di jalan raya bersama kereta kakaknya di waktu sepatutnya dia patut sedang nyenyak tidur.

Malang tidak berbau dan di waktu peristiwa tembak menembak hingga menyebabkan nyawanya terbang berlaku, waktulah di jalan raya sibuk dengan jalang, penuh dengan penjenayah, orang mabuk berkeliaran walaupun di waktu itulah juga ada yang baru pulang dari tempat kerja.

Waktu itulah juga pihak berkuasa terutama pihak polis berwaspada dan sedia bertindak sekiranya berdepan dengan apa juga kemungkinan berlaku terutama yang mencurigakan.

Tanpa ada niat untuk membela mana-mana pihak, Aminulrasyid menjadi mangsa tembakan polis ketika cuba melarikan diri dan mengacah polis yang sedang mengejarnya kerana cara pemanduan Aminulrasyid amat mencurigakan.

Keesokan harinya ibu Aminulrasyid muncul di kaca TV di mana ibunya menyesali pihak polis kerana telah melepaskan tembakan hingga menyebabkan kematian anaknya. Ibu pilu itu mendakwa dia tahu siapa anaknya dan dia anak yang tidak terlibat dengan kegiatan jenayah.

Sebagai orang biasa, saya kasihan melihat ibunya bukan kerana kehilangan anaknya, tetapi kasihan melihat dia membuat dakwaan yang nyata anaknya bukan dari kalangan kanak-kanak baik atas satu sebab kerana memandu kereta tanpa lesen memandu yang sah.

Pastinya ini bukan kali pertama Aminulrasyid memandu di jalan raya. Cuma malangnya itulah hari dia terperangkap dengan keadaan hingga menyebabkan dirinya terkorban di tangan pihak polis.

Salahkah polis menembak kereta itu banyak kali kerana tidak berhenti setelah diarah berhenti? Salahkah pihak polis setelah kereta yang tembak itu mengundur mengancam untuk melanggar polis? Malahan, polis tidak ada menerima apa-apa aduan yang memandu itu adalah kanak-kanak. Kalau ada laporan, tentunya polis tidak akan menembak lebih dari sekali.

Meletakkan diri saya sebagai anggota polis sedang bertugas, apabila berdepan dengan keadaan kenderaan yang mencurigakan dan ditambah dengan ancaman mengundur untuk melanggar saya, tentulah saya bertindak balas.

Hingga begitu degilnya si pemandu itu, dalam fikiran saya, yang memandu itu tentulah orang dewasa dan tentunya dia seorang penjenayah. Maka tidak syaklah saya akan bertindak lebih jauh. Niat untuk membunuh pemandu itu tidak sekali kerana sebagai seorang polis, tentulah lebih thrilling menangkap penjenayah hidup-hidup daripada mengutip mayatnya.

Malang tidak berbau. Peluru yang dilepaskan mengenai pemandu itu dan setelah terbunuh baru diketahui bahawa yang tertembak itu adalah hanya seorang budak. Kalau Aminul seorang budak baik sepertimana dakwa ibunya, dia tidak berada di jalan raya memandu kereta kakaknya tanpa lesen sah di pagi buta begitu.

Untuk mana-mana pihak yang menyalahkan pihak polis termasuk Peguam Negara mengarahkan supaya kes itu disiasat dengan terperinci adalah tidak wajar. Memang selama ini polis buat kerja dan tanpa kompromi apabila berdepan dengan yang disyaki penjenayah.

Belum bersalah lagi polis yang terlibat sudah dihukum membuat kerja-kerja pejabat hingga kes selesai.

Kalau saya jadi ketua polis pula, polis itu akan diberi pujian kerana menjalankan tugas dengan tegas dan berani. Kalau diberi kuasa untuk naikkan pangkat, polis itu akan dinaikkan pangkat. Begitulah besarnya rasa hati saya dengan pihak polis yang nyawa mereka juga di hujung peluru pada bila-bila masa.

Apa pun keputusannya nanti, pada saya tindakan polis adalah betul. Kakak Aminulrasyid patut didakwa kerana lalai membiarkan adiknya memandu keretanya. Kepada ibunya saya bersimpati atas kehilangan anaknya dan mana-mana ibu pun akan terkilan kalau kehilangan anak. Lebih-lebih lagi dalam keadaan yang begitu trajis sekali. Tetapi tak payahlah kerani emosi, beliau mahu salahkan polis pula.

Kepada sesiapa yang menuduh polis salah dan tidak berhemah khususnya dalam kes ini termasuklah yang membela nasib keluarga Aminulrasyid, sedarilah bahawa ramai keluarga yang tidak sedar anak-anak mereka yang baik di hadapan tetapi liar di belakang. Keluarga sekarang tidak benar-benar membela anak, tetapi membiayai anak mereka hingga menjadi rosak akhlak pun tidak disedari. Apabila nasi dah jadi bubur, salahkan jenis beras, salahkan periuk tak baik dan sebagainya.

Kepada pihak polis, SYABAS saya uncapkan dan teruslah bertegas demi keselamatan dan kesejahteraan kami semua di muka bumi yang sudah kelihatan terlalu ganas dan tidak selamat di mana-mana dan pada bila-bila masa.

(Dipetik dari http://lesungbatu.webs.com)

3 ulasan:

C L J berkata...

Hamba memerhatikan isu ini tanpa menyampuk sejak dari mula. Tahniah kerana pencatat kini berjaya menarik kecenderungan hamba untuk mencatatkan 5 soalan seperti berikut (sebagai tambahan kepada soalan soalan yang ditimbulkan oleh pencatat):

Soalan 1: Bagaimana kalau kereta yang dipandu oleh budak berusia 15 tahun itu terlanggar seseorang yang kebetulannya adalah saudara kita. Padahal dia sudah melintas dihadapan polis sedang meronda tetapi tidak menahannya.

Soalan 2: Bagaimana kalau dalam berundurnya kereta itu benar benar melanggar anggota polis yang bertugas itu kerana dia tidak sempat bertindak menghentikan aksi ganas tersebut.

Soalan 3: Kawan budak itu yang sempat melarikan diri. Pantasnya dia lari kerana takut kena tembak, kena tangkap atau ada sesuatu yang dilarikan. Sesuatu yang mungkin pengancam gejala sosial. Beraninya semacam je.

Soalan 4: Keberanian budak itu pun nampak seperti lain macam je. Walau sudah digera dengan tembakan pistol masih yakin beraninya. Demikian itu adalah keberanian yang normal seorang kanak kanak 15 tahun atau ada pengaruh lain.

Soalan 5: Kalaulah kita yang duduk ditempat polis yang sedang menjalankan tugas itu terserempak dengan suasana dimana keadaan kita sendiri terancam hampir nak kena langgar itu agaknya bagaimana tindakan kita.

Wallahuakllam ....

Asfan Ash berkata...

agree
polis malaysia antara yg top kot dalam dunia

محمد ناصر berkata...

Statement yg telah diputarbelit oleh pemutar belit malaysia n seangkatannya...