Biang dek kerana gatal yang dibawa oleh unspinner dan disambut oleh House PK dan rakan-rakan yang lain, teman rasa nak jugak menyentuh isu ini...
Pilihanraya dah macam Komoditi! bahan dagang yang menjanjikan pendapatan lumayan dikalangan mereka terutama 'kapitan' yang berkedudukan dan berkepentingan di Ibu Pejabat UMNO dan BN!
Seorang sahabat memberitahu khabarnya harga canopy di Command Centre ( CC ) telah melambung naik. Katanya Kalau harga di Bagan Pinang mungkin sekitar 200k tapi Hulu Selangor harga dah menjangkau ke 300k..tentulah bila kehendak pasaran yang menentukan! ada demand beb!!! Seronok jugak taukey canopy tu yer...Siapa lah agaknya taukey tu yer!!!
Semua kerja-kerja pemasangan poster dan bendera lebih mudah di SWASTA kan, dalam BN sekarang sudah tiada lagi kerja gotong royong, itu sebab muda mudi di Hulu selangor sebok memasang dan menaikkan bendera PKR dan pembangkang....bukan kerana mereka seronok dan minat dengan pembangkang tapi mereka dihargai dan didatangi oleh puak pembangkang berbanding BN yang lebih selesa dengan tenaga kerja asing!!! ada komisyen permit ke? Tenaga kerja asing kan murah!!!
Makan minum di CC juga tidak semewah dan sehebat Bagan Pinang! balik-balik bubur dan teh tarik! pilihan lain tarak! tapi khabarnya jumlah bil makan dan minum lebih mahal dari Bagan Pinang...ialah kan Bukit Sentosa lebih dekat dengan KL, jadi harga mesti sama dengan KL beb!!! Pembesar-pembesar mana tahu semua ni? malah pulak duit pilihanraya mana ada audit!!!
Dah lah tahap wi fi teruk dan buruk! katanya hanya bloggers yang 'bertauliah' dan memiliki tahap 'kroni' yang tinggi sahaja yang layak dengan semua fasiliti yang disediakan oleh fraksi-fraksi taukey pilihanraya ini!!!
Di Sibu nanti lebih kurang gitu jugak la agaknya, kecuali BN Sarawak yang menyediakan segalanya, kalau BN Sarawak yang mengawal dan menyelia segalanya macam mana pulak 'kapitan-kapitan' ini nak mendapat habuan! atau mungkin mereka dah boleh mula berdoa agar pilihanraya akan terus berlaku di Semenanjung ini!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!!
(Dipetik dari http://politikputramerdeka.blogspot.com/)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan