Oleh Hassan Md Hussein (Sandakan)
PAS terkedu apabila seorang professor menyerang kepimpinannya – sedangkan professor ini sering dilihat menyerang Umno – tetapi kepimpinan Umno tidak pernah melayannya kerana mereka tahu, khayalan dan ramalan bukan sesuatu yang perlu dilayan.
Berbeza dengan Pas, kerana selama ini masalah yang mereka hadapi mereka sorok dalam jubah dan serban – tetapi apabila semakin ramai pemimpin Pas tidak berjubah dan tidak berserban, maka masalah itu akhirnya terdedah kepengetahuan umum.
Yang peliknya, orang yang mengkritik Pas, apabila dikritik, terkedu juga sampai berjanji di depan perwakilan Pas yang menghadiri Seminar Memperkasakan Parti bahawa dia tidak akan menyentuh Pas lagi dalam tulisan-tulisannya sebaliknya akan menjadikan MCA sebagai bahan tulisannya.
Baru tahu rupanya dia. Ketika dia mengkkritik orang lain, dia tidak pernah mengambil kira orang yang dikritiknya itu terasa atau tidak. Orang yang dikritiknya itu marah atau tidak. Orang yang dikritiknya itu terluka atau tidak.
Hari ini, Professor Dr. Aziz Bari digelar sebagai tali barut Umno. Umno juga yang atau menjadi sasaran kerana sudah menjadi budaya orang Pas, bila mereka ada masalah, mereka senang menuding jari menyalahkan orang lain – khususnya Umno yang menyebabkan masalah melanda parti itu.
Kepimpinan Pas sebenarnya baru keluar dari bawah tempurung. Itulah sebabnya, antara pembentang kertas kerja dalam seminarnya ialah Prof. Madya Dr. Abu Hassan Habullah, Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya selain dari Aziz Bari.
Apa hebatnya kedua-dua professor ini? Kajian mereka mengenai apa sebenarnya? Bercakap bolehlah. Mereka tidak pernah berpijak di bumi nyata. Tapi, Pas terkagum dengan kedua-duanya kerana keduannya pandai bercakap cara orang nak cari makan dengan Pas.
Memang menjadi tabiat orang Pas, kalau kita memuji dan nampak mirip kepada parti mereka, mereka mahu berkawan dengan kita tetapi kalau kita agak kritikal, mereka akan sisihkan kita.
Menyerang Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebenarnya disebabkan mereka ‘mahu tangan lain yang melontarkan batu’ atau ‘mereka mahu melontar batu sembunyi tangan’.
Aziz Bari dan Abu Hassan tidak mempunyai apa-apa keuntungan dan keseronokkan jika Hadi terpelanting dengan serangan mereka tetapi ada ‘yang sembunyi tangan’ akan melonjak-lonjak gembira jika usaha mereka berjaya.
Pas bukan agama. Pas adalah parti politik. Masing-masing cuba mengurangkan imej sebagai ahli politik supaya masing-masing nampak macam pejuang tetapi hakikatnya, masing-masing ada benda yang hendak mereka kejar.
Nik Aziz Nik Mat tahu dia tidak akan dapat menerajui Pas kerana factor umur. Maka, kalau boleh dia tentunya mahukan orang Kelantan menerajui Pas selepas Hadi. Malangnya, ia tidak berlaku kerana Hadi (Terengganu), timbalan, Nasharudin Mat Isa (Negeri Sembilan), Naib Presiden pula, Salahudin Ayub (Johor), Mahfuz Omar (Kedah), Tuan Ibrahim Tuan Man (Pahang).
Ini yang lebih merisaukan dan bukan kerana cerita kerajaan perpaduan yang digembar-gemburkan!
Ahad, 8 November 2009
Aziz Bari : Baru tahu betapa kecewa apabila diserang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan