Isnin, 12 Oktober 2009

Mohd Isa Berjaya pulihkan imej BN



Oleh
Wan Yusof Hj Wan Ngah

PENGUNDI di Bagan Pinang sudah menjerit bahawa mereka mahukan Mohd Isa Abd Samad diletakkan sebagai calon BN di DUN Bagan Pinang, di depan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, 29 Oktober 2009 lalu.
Andai katA Muhyiddin membawa mandate lain dari pucuk pimpinan parti petang itu, mungkin apa yang dikecapi hari ini, tidak akan terjadi kerana ‘kerinduan pengundi dan rakyat di Bagan Pinang’ terhadap sentuhan Mohd Isa sudah tidak tertahan lagi.
Saya sempat beberapa kali menghadiri ceramah yang dilakukan sendiri Mohd Isa ketika kempen pilihan raya kecil di Siliau dan Sua Betong – jelas pendekatan Mohd Isa ialah mesra rakyat dan bukan menghentam sesiapa.
Berbeza dengan pembangkang, khususnya N. Gopalakrishnan terpaksa membaca sepotong ayat suci al-Quran untuk mengajak penyokong Pas mengundi calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar.
Memang ada yang masih berdegil, mahu terus memberikan undi mereka kepada calon Pas, dengan alasan mereka tidak dapat menerima Mohd Isa, tetapi modal kempen Pas jelas modal yang memburuk-burukkan lawan dan bukan wawasan atau gagasan yang boleh dijanjikan.
Persoalannya, apakah BN akan kalah jika bukan Mohd Isa calonnya? Persoalan ini sebenarnya tidak perlu diperbahaskan kerana ia adalah perkara yang tidak berlaku.
Hari ini, kehendak AJK Umno Teluk Kemang, mencalonkan hanya Mohd Isa sebagai calon BN yang direstui, nyata membawa satu kemenangan manis buat BN dan imej BN Berjaya Mohd Isa pulihkan.
Mohd Najib Tun Razak dan Muhyiddin Mohd Yassin boleh tersenyum girang mendengar berita kemenangan ini tetapi jika mereka mempunyai perasaan ‘2004’ ketika Mohd Isa dikenakan hukuman oleh Lembaga Disiplin Umno – tentulah mereka juga tidak bersetuju dengan pencalonan Mohd Isa.
Tidak pula diketahui, apakah ada di antara anggota Lembaga Disiplin Umno yang menghukum Mohd Isa datang untuk berkempen di Bagan Pinang. Rasanya mereka tidak berani datang ke situ kerana khidnat dan kata-kata mereka tidak dipercayai oleh pengundi di Bagan Pinang.
Alhamdulilah, ketika Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Tan Sri Sanusi Junid datang berkempen membantu calon BN, Tan Sri Abdullah Ahmad dan Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak datang. Jika kedua-duanya dating, nescaya bukan 5,435 majoriti undi yang dikutip Mohd Isa sebaliknya – berkurangan barangkali.
Maklumlah, kedua-dua nama ini, Dollah Kok Lanas dan Dr. M sudah dilihat sebagai pengacau dalam Umno. Mereka perasan. Mereka ingat mereka sahaja yang betul. Mereka tidak sedar, orang sudah meluat melihat dan mendengar cakap mereka.
Walaupun ada beberapa orang yang menyokong pandangan mereka, termasuk dari kalangan timbalan menteri dan Tengku Razaleigh Hamzah, tetapi hakikatnya, kesemua mereka ini sudah jadi ‘kupang tembaga’. Tidak laku lagi.
Tahniah kepada BN di Bagan Pinang kerana berjaya memenangi tiga kawasan peti undi yang dulunya tewas iaitu di Ladang Atherton, Pekan Siliau dan Sua Betong tetapi kini menang. Ini membuktikan bahawa pengundi bukan Melayu juga kuat menyokong Mohd Isa dan BN.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak seharusnya dapat memikirkan apakah hadiah yang wajar diberikan kepada Mohd Isa yang telah berjaya memulihkan imej BN yang teruk tercemar sebelum ini.
Mohd Isa tidak perlu dilantik menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan kerana Mohd Isa sudah lama pernah memegang jawatan itu, tetapi carilah satu jawatan yang boleh memberikan keselesaan kepada Mohd Isa bergerak ke seluruh negara bagi menanam semangat baru kepada seluruh ahli Umno supaya kembali bersemangat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Tiada ulasan: