Oleh Hassan Md Hussein (
KALAU ikutkan apa yang berlaku di dalam MCA, pertembungan antara Datuk Seri Ong Tee Keat dengan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, seolah-olah MCA sudah tiada masa depan.
Saban hari, akhbar melaporkan seolah-olah ‘kapal’ MCA sudah hampir tenggelam kerana tiada siapa nampak akan jalan penyelesaiannya.
Namun, MCA beruntung kerana dalam sibuk-sibuk mereka berdua bertengkar hingga terpaksa mengadakan EGM bagi menentukan kedudukan kedua-dua pemimpin utama MCA, akhirnya kedua-dua pemimpin ini bersalam-salaman, menamatkan krisis demi untuk menjaga kepentingan dan keharmonian parti.
Tauladan yang ditunjukkan kedua-dua pemimpin ini bolehkah dijadikan pengajaran buat Geng 10 di Terengganu, yang dikatakan sudah bersedia untuk menamatkan kemelut dan mahu melupakan persengketaan.
Adakah mereka ikhlas? Bergambar dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan dipaparkan dimedia
Menteri Besar sebenarnya mempunyai banyak tugasan daripada membuang masa melayan karenah mereka ini. Kata seorang AJK Umno dari salah satu bahagian di Terengganu, Geng 10 ini sebenarnya kumpulan syok sendiri kerana ‘tidak tahu
Kata AJK yang sudah lebih 20 kali menjadi perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno ini, mana-mana sahaja 10 ADUN ini bertindak meletakkan jawatan dan mengosongkan kerusi, rakyat tetap memilih BN kerana rakyat tidak pernah terpengaruh dengan gelagat wakil rakyat yang cetek fikiran seperti Geng 10 ini.
Serentak dengan itu, AJK yang enggan namanya disebut memberitahu, rakyat seharusnya memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Menteri Besar kerana Menteri Besar tidak berbuat apa-apa kesalahan ketika dilantik menjadi Menteri Besar.
“Kenapa kita hendak menghukum dia? Apa salah dia? Kenapa kita mahu mengkucar-kacirkan parti di Terengganu?” soal AJK ini lagi sambil berdoa supaya pucuk pimpinan memberi peluang kepada Menteri Besar menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu bagi menghadapi pilihan raya umum ke 13 nanti.
“Bagi saya lebih mudah jika Menteri Besar yang mengetuai parti di peringkat negeri dan cadangan saya ini bukan bererti saya tidak menyokong kepimpinan Datuk Seri Hishammuddin,” tegasnya dalam satu pertemuan di Pan Pacific Hotel baru-baru ini.
Sambil melahirkan rasa kesalnya dengan tindak-tanduk mereka yang digelar Geng 10 kerana tidak turun ke kawasan dan tidak menghadiri mesyuarat Umno bahagian, seolah-olah mereka bukan sahaja bermusuh dengan Menteri Besar tetapi turut bermusuh dengan rakyat, pengundi, ahli-ahli Umno dan orang ramai.
Tingkah laku mereka itu sebenarnya adalah tingkah laku ‘budak-budak yang belum cukup akal’ dan kepimpinan Umno perlulah lebih teliti selepas ini jika memilih calon dalam pilihan raya akan datang.
“Ketika saya ke Bagan Pinang, saya malu melihat perpaduan ahli-ahli parti di
Sambil berharat akan berlaku perubahan sikap pemimpin-pemimpin Umno di semua peringkat di Terengganu, AJK Umno bahagian ini juga mengharapkan ‘satu bentuk hukuman’ dikenakan kepada mereka yang dilihat mengkhianati parti dan rakyat yang mereka wakili.
“Jangan beri muka kepada mereka ini lagi,” katanya mengakhiri perbualan.
Orang Umno Terengganu, termasuk Geng 10 kena belajar dari tauladan yang dibuat oleh Tee Keat dan Soi Lek, selain daripada kena belajar dengan kesetiaan ahli-ahli parti di Bagan Pinang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan