-
Hamba juga kenal seorang pemimpin UMNO dari Kelantan yang dihantar pulang untuk bertanding di satu kawasan Parlimen pada zaman Anuar masih Menteri Kewangan. Beliau kalah.
Beberapa bulan selepas pilihanraya itu hamba secara kebetulan jumpa beliau di KL. Hamba pun bertanyalah beberapa soalan.
Jawapan paling menarik ialah:
"Aku bertanding bukan nak menang. Aku nak tiket kalah tu. Senang cari makan......"
Lepas kalah pilihan raya itu beliau masih menetap di KL dan sudah jadi kaya raya. Dan dengan kekayaan itu beliau tetap menjadi pesaing senget di Bahagian.
Sampai sekarang beliau tetap bersaing untuk jawatan Ketua Bahagian.
Lebih menariknya setiap PRU termasuk PRU 12 beliau tetap dicalunkan untuk bertanding. Bertanding untuk kalah.
Moral kepada cerita ini ialah persoalan pertama macam mana orang macam ini mampu menjadi pesaing kuat di Bahagian. Apakah wakil wakil cawangan gagal mengenal diri sebenar orang ini. Sedangkan pengundi kenal.
Apakah pimpinan cawangan juga .... .... ....
Persoalan kedua pula mengapa orang macam ini masih lagi mendapat restu untuk bertanding setiap PRU. Mudahnya ialah tekanan dari bahagian dan lobi secara ancaman.
Pembetulan bagi keadaan begini bagi hamba memerlukan tindakan ikhlas dari cawangan. Itulah sebabnya kalau apa pun cadangan pembetulan UMNO itu (termasuk pindaan perlembagaan terbaru) perhatian khusus hendaklah kepada menyedarkan pimpinan cawangan.
Bukan kini sahaja hamba berpendapat begini. Hamba terlibat dengan banyak kesempatan mengenal hati budi pimpinan berbagai peringkat. Beginilah pendapat hamba semenjak dahulu pun.
Mahulah bagaimana pun peringkat atasan. Kalau peringkat cawangan dan bahagian tak berubah, ia tidak akan memberi apa apa maknanya.
Ahad, 18 Oktober 2009
komen dari Che Leh Jangok ekoran tulisan orang kelatan tidak boleh ditegur
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Assalamualaikum Sdr. Jentayu dan semua,
Saya anak Kelantan dan bekerja secara profesional di Ibu Kota tetapi amat mengambil berat tentang permasalahan dan senario politik Kelantan terutamanya UMNO. Saya sependapat dengan Sdr. Sebagaimaman sdr, saya juga mempunyai analisis yang hampir sama cumanya barangkali sedikit tambahan ialah TAKPE JIKA KALAH PILIHANRAYA TAPI MESTI MENANG PERTANDINGAN PERINGKAT BAHAGIAN/CAWANGAN. SESBABNYA, SELAIN DARIPADA APA YG SDR NYATAKAN IALAH KERANA DUIT PEMBANGUNAN DARI KERAJAAN PERSEKUTUAN AKAN TURUN MELALUI KUMPULAN IN. MEREKA YANG AKAN MENYALURKAN ATAU MELULUSKAN. JADI TIDAK SUKAR UNTUK MENELAH, SIAPA YANG DAPAT DAN SIAPA YANG UNTUNG. AKHIRNYA.....BERBALIK KEPADA SDR KATAKAN, UMNO KELANTAN MEMANG SUKAKAN KEKALAHAN KERANA AKAN MENDAPAT UNTUNG BERGANDA. Saya fikir sudah sampai masanya PUSAT memberikan sedikit tekanan dan sedar akan perkara ini. Betul orang Kelantan Pandai, sebab itulah mereka boleh berfikir diluar dari kotak tetapi alangkah baiknya jika daya pemikiran sebegitu dapat dicernakan untuk manfaat yang lebih besar kepada UMNO. Ikhlas.
Kita ada akaun tetap di Bank Pusat Al Mahshar. Ada dua kerani akaun bagi setiap penama akaun. Segala tindak tanduk kita semua ada nilai (+) atau (-). Terpulanglah. Cuma memperingatkan itu juga ada nilai. Subhat lagi dapat nilai free.
Catat Ulasan