Oleh Wan Yusof Hj Wan Ngah
KISAH politik Umno Kelantan sebenarnya sudah jelak diperkatakan. Tidak ramai yang berminat mendengar politik Umno Kelantan kerana mereka di
Di Perhimpunan Agung Umno (13-16 Oktober 2009) baru-baru ini, semua perwakilan dan pemerhati mno yang datang dari seluruh
Jurucakap tersebut, Datuk Norzaidi Omar dari Tumpat menjerit-jerit mengatakan dia tahu kenapa Umno Terengganu menang semula dalam tahun 2004, selepas tumbang kerajaan negeri dalam tahun 1999. Segala-galanya kerana wang ‘ihsan’ yang ditabur.
Kononnya kalau wang ‘ihsan’ ditabur di Kelantan, Kelantan pun boleh menang. Begitu rendah mentaliti pemimpin Umno Kelantan. Betullah kata orang, pemimpin Umno Kelantan memang selesa kalah kerana mereka mendapat macam-macam di
Jurucakap Terengganu, Datuk Dr. Rosli Mat Hassan sebenarnya ikhlas, memberi semangat supaya pemimpin Umno Kelantan bersatu mencari jalan bagaimana mahu merampas kembali pemerintahan negeri dari Pas.
Rupa-rupanya orang Kelantan merasakan mereka lebih pandai. Mereka mahu terus kalah kerana nasib mereka lebih terbela jika kalah dari nasib mereka yang menang. Betullah kata Datuk Dr. Rosli, pemimpin Umno Terengganu tidak dapat apa-apa ketika kalah tetapi orang Kelantan jadi orang penting di
Ramai yang dapat jadi Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Politik, Pengerusi Agensi-Agensi tertentu kerajaan persekutuan – tetapi Kelantan, seperti yang kita semua tahu terus kalah dan mereka, pemimpin-pemimpin Umno terus berdendang sayang dengan suasana kalah – mengejar pelbagai projek di Kuala Lumpur.
Biarkanlah Kelantan dengan egonya. Mereka menyerang jurucakap Terengganu, Umno Terengganu dan Perdana Menteri terdahulu yang memberikan wang ihsan kepada rakyat Terengganu. Seolah-olah musuh Umno Kelantan kini bukan lagi Nik Aziz Nik Mat dan Husam Musa tetapi musuh Umno Kelantan ialah Datuk Dr. Rosli dan pemimpin-pemimpin Umno Terengganu.
Alangkah bahagianya Nik Aziz, Husam Musa dan pemimpin Pas di Kelantan sekarang kerana mereka sudah mempunyai ‘tukang pukul Umno’ yang sepatutnya kerja itu dilakukan oleh orang-orang Pas. Umno Kelantan tentunya berbangga kerana mempunyai Norzaidi dari Tumpat ini, kerana dia menjadi jurucakap Datuk Dr. Awang Adek yang gagal untuk menjadi Menteri Besar Kelantan selepas kalah dalam pilihan raya. Orang Kelantan, terutamanya orang Bachok tidak dapat menerimanya kerana mereka ini sebenarnya banyak untung kerana kalah dan tidak pernah mahu menang, kerana kalau menang, mereka kerugian disebabkan rakyat untung.
Kepada sesiapa sahaja, buangkan jauh-jauh rasa simpati kerana orang Kelantan. Buangkan jauh-jauh kalau ada niat mahu membantu pemimpin Umno Kelantan kerana orang Kelantan merasakan mereka jauh lebih pandai dan jauh lebih hebat dari orang-orang dari negeri-negeri lain.
Orang Kelantan seronok jika mereka dilantik menjadi Senator, tidak payah bersusah payah bertanding dalam pilihan raya. Jika ada duit pilihan raya, mereka bolegh simpan dan beli kereta baru. Mereka tidak payah bersusah payah. Mereka tidak perlu berhempas pulas. Mereka boleh duduk goyang kaki dan kerja utama mereka, menyambut pemimpin besar yang datang dari
Dengarlah kembali rakaman ucapan Norzaidi dari Tumpat ketika mewakili Badan Perhubungan Umno Kelantan di Perhimpunan Agung Umno. Macam orang mabuk. Macam orang yang tidak pernah bergaul dengan orang Umno. Keikhlasan kawan-kawan dari negeri lain, disalah anggap dan diserangnya habis-habisan.
3 ulasan:
Hamba juga kenal seorang pemimpin UMNO dari Kelantan yang dihantar pulang untuk bertanding di satu kawasan Parlimen pada zaman Anuar masih Menteri Kewangan. Beliau kalah.
Beberapa bulan selepas pilihanraya itu hamba secara kebetulan jumpa beliau di KL. Hamba pun bertanyalah beberapa soalan.
Jawapan paling menarik ialah:
"Aku bertanding bukan nak menang. Aku nak tiket kalah tu. Senang cari makan......"
Lepas kalah pilihan raya itu beliau masih menetap di KL dan sudah jadi kaya raya. Dan dengan kekayaan itu beliau tetap menjadi pesaing senget di Bahagian.
Sampai sekarang beliau tetap bersaing untuk jawatan Ketua Bahagian.
Lebih menariknya setiap PRU termasuk PRU 12 beliau tetap dicalunkan untuk bertanding. Bertanding untuk kalah.
Moral kepada cerita ini ialah persoalan pertama macam mana orang macam ini mampu menjadi pesaing kuat di Bahagian. Apakah wakil wakil cawangan gagal mengenal diri sebenar orang ini. Sedangkan pengundi kenal.
Apakah pimpinan cawangan juga .... .... ....
Persoalan kedua pula mengapa orang macam ini masih lagi mendapat restu untuk bertanding setiap PRU. Mudahnya ialah tekanan dari bahagian dan lobi secara ancaman.
Pembetulan bagi keadaan begini bagi hamba memerlukan tindakan ikhlas dari cawangan. Itulah sebabnya kalau apa pun cadangan pembetulan UMNO itu (termasuk pindaan perlembagaan terbaru) perhatian khusus hendaklah kepada menyedarkan pimpinan cawangan.
Bukan kini sahaja hamba berpendapat begini. Hamba terlibat dengan banyak kesempatan mengenal hati budi pimpinan berbagai peringkat. Beginilah pendapat hamba semenjak dahulu pun.
Mahulah bagaimana pun peringkat atasan. Kalau peringkat cawangan dan bahagian tak berubah, ia tidak akan memberi apa apa maknanya.
Kesiang YB Datuk Rosli,itulah dia...baru tau fiil perangai pemimpin UMNO Kelantan. Puak2 ni memang berjuang dan berperang untuk jadi Ketua Bahagian saja dan berperang sama2 UMNO dgn segala kurdat dan rela berabis pitis dlm pemilihan bahagian. Kadang2 kita dengar pakat2 dok ejas biar lawan mereka tak layak bertanding dan tak cukup pencalonan. Mereka bukan perlu sangat menang pilihanraya, tetapi nak menang benar sebangai Ketua Bahagian.Sebab apa? Sebab apa?...nak projek!!! Apabila naik KL/Putrajaya pasti orang kenal dia ni Ketua Bahagian mana. Habis tu apa kijaan naik KL??? ...nak projek!!! Ketua Bahagian dgn kroni2 dia dapatlah projek!!! Ketua Pemuda pulak cari projek juga!!! Semua bekerja untuk projek!!! Kalau tak percaya sila tanya geng2 UMNO,projek jambatan,sekolah,balai polis,pejabat itu ini yang telah,akan,sedang dibina dan yg terbengkalai itu siapa punya??? Puak2 ni la. Selain dari projek, rakyat juga mual dengan fiil perangai puak2 ni. Kalau dlm Perhimpunan Agung UMNO baru2 ni, Presiden dan semua2 bercakap bahawa UMNO bukan parti "eklusif", tapi bila di dunia nyata dan hal sebenarnya tidak begitu. Ketua2 Bahagian, Ketua Pemuda...payah nak jumpa. Kalau nampak kelibat pun...ada pula geng2 dia yang duduk keliling. Bukan setakat buat pagar dengan batang tubuh, tetapi dengan kereta2 mewah, pakaian mahal...bukan nak bekerja untuk rakyat ni..tapi nak menunjuk2!!! Jadi kalau Ketua Bahagian Tumpat tunjuk fiil begitu, kita faham sangatlah. Bukan dia saja tapi bahaian2 lain pun sama sahaja. Kita ahli2 biasa ni sekadar "tuan" mereka dekat2 pilihanraya, tetapi mereka menjadikan diri mereka sebagai "tuan" sampailah mereka kalah sebagai ketua bahagian...ptuii!!!
klau dah umno...umno jugakla tak kira la umno dari negri mana sekalipun semuanya mentakadarah projek..buncitkan perut saja
Catat Ulasan