Oleh Zamzuri Damanhuri
KISAH pelajar pulang dari Mesir untuk mengedar wang palsu ketika kempen pilihan raya kecil (prk) DUN Bagan Pinang, 11 Oktober lalu perlu dilihat dari dua sudut yang berlainan.
Pertama, ia merupakan lambang perjuangan ‘palsu’ dan kedua, kisah wang palsu yang tidak pernah memberi kesedaran kepada Bank Negara untuk menukar bentuk dan material wang kertas supaya ia tidak boleh dipalsukan.
Jika benar laporan Harian Metro keluaran Isnin 12 Oktober 2009 itu, ia memberi makna bahawa anak-anak muda yang ghairah berpolitik, sanggup menggunakan tipu daya untuk mencari kemenangan berpihak kepada parti yang mereka sangka dapat membawa mereka ke syurga.
Mereka belajar di Mesir. Tentunya jika Mesir tempat mereka belajar, tentulah pelajar ini menyimpan sedikit jangut di dagunya. Silap-silap mereka berkupiah. Malangnya, ilmu yang mereka tuntut di Mesir tidak menyebabkan mereka menghindarkan diri dari kepalsuan.
Hidup kita ini, tidak lepas dari kisah gigi palsu, rambut palsu, mata palsu, duit palsu dan kini, mereka terbelenggu dengan janji palsu dari pemimpin mereka yang mengatakan jika menyokong Umno, mereka tidak akan mencium bau syurga.
Mereka ini tentunya boleh diketahui datangnya dari kalangan penyokong parti yang mana satu, antara parti BN dan Pas yang bertanding di DUN Bagan Pinang. Mereka kononnya mahu menimbulkan kemarahan kepada pengundi-pengundi kerana bersama dengan duit palsu itu ada kata-kata undilah Barisan Nasional (BN).
Orang yang bodoh dan gila sahaja yang mahu mengakui bahawa ini kerja penyokong Barisan Nasional (BN). Mereka mahu memperbodohkan pengundi yang mereka sangka bodoh seperti mereka. Ketika mereka melakukan perbuatan bodoh itu, nasib malang menimpa mereka apabila ditahan pihak polis.
Jika ditanya kepada ulama parti mereka, mungkin kerja mengedarkan duit palsu ini akan disifatkan sebagai satu perjuangan murni dan dijanjikan pahala yang berganda-ganda. Maklumlah, dalam sebuah parti pembangkang yang menggunakan Islam sebagai namanya, orang bukan Islam pun disokong menggunakan ayat-ayat al-Quran ketika berkempen.
Mereka ini sudah tidak dapat membezakan yang mana palsu dan yang mana tulin. Bagi mereka, kalau mereka lakukan, termasuk mengedarkan duit palsu, itu kerja baik tetapi jika orang lain dari parti yang tidak bersekongkol dengan mereka, itu kerja yang akan masuk neraka.
Mereka kononnya membawa parti yang berobor Islam tetapi mereka tidak mahu mengambarkan bahawa kerja memesongkan orang ramai dari ajaran Islam sebenar adalah perbuatan yang berdosa.
Parti mereka, jika ada kawan-kawan mereka berbogel dan gambar bogelnya dirakamkan kekasihnya, perlu dipertahankan. Berpeluk-pelukan mereka bersedih kerana ada desakan mahu wakil rakyat yang gambar bogelnya diedarkan secara meluas dalam internet, meletakkan jawatan.
Maknanya, jika menyokong parti mereka, semua ok termasuklah mengedarkan duit palsu dengan fitnah meminta mereka mengundi BN tetapi kalau orang lain buat, mereka akan keluarkan fatwa (pendapat sebenarnya), kerja-kerja itu tidak akan masuk syurga.
Menurut laporan itu lagi, pemuda yang berusia 23 tahun yang juga pelajar yang baru pulang dari Mesir antara dua lelaki ditahan polis berhubung kes cuba mengedarkan duit palsu kepada pengundi di Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang.
Dua lelaki yang mencurigakan itu ditahan dipercayai dalam perjalanan untuk mengedar wang palsu yang dimasukkan ke dalam 69 sampul berwarna putih.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata tangkapan dilakukan kira-kira jam 3 petang ketika dua lelaki terbabit menunggang motosikal di Ladang Atherton dekat Port Dickson.
“Hasil pemeriksaan menemui 69 sampul putih dan setiap sampul mempunyai tiga not RM100 palsu. Wang terbabit mempunyai nombor siri sama dan dipercayai difotostat.”
LEH
Selasa, 13 Oktober 2009
Duit Palsu Di Bagan Pinang : Lambang Perjuangan Palsu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan