Oleh Zainal Yusof
SETIAUSAHA Pergerakan Pemuda Umno Kelantan, Bazlan Baharuddin sudah menampakkan kerisauan apabila mendengar bekas Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mahu menyertai semula Umno.
Kerisauan Bazlan itu, mungkin juga kerisauan mereka yang sedang memegang jawatan dalam Umno di Kelantan kerana politik Umno Kelantan, memang digoncang oleh Ibrahim Ali sejak namanya digugurkan dari menjadi Ketua Penaja Umno Pasir Mas, sebelum PRU 11, 2004.
Bagi Bazlan, Ibrahim suka melompat parti. Sebab apa Ibrahim melompat, Bazlan tidak mahu tahu tetapi kali ini, Bazlan mahu pucuk pimpinan menkaji sedalam-dalammnya jika Ibrahim akan melompat lagi selepas diterima dalam Umno.
Bazlan tidak melihat politik di luar Kelantan. Yang Bazlan nampak, politik Kelantan. Biasanya jika Bazlan berani bercakap sedemikian, tentulah ada seseorang di belakangnya. Samalah seperti jurucakap Umno Kelantan, Datuk Norzaidi Omar ketika berucap di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, dengan lantang dia berkata, dia perlu menjawab sindiran perwakilan dari Terengganu kerana diminta oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Dr. Awang Adek Hussein.
Mungkin bagi Bazlan, kehadiran Ibrahim tidak menguntungkan Umno Kelantan. Mungkin dia menyangka, lebih baik jika Ibrahim berada di luar Umno tetapi terus menyerang Pas. Ibrahim tidak perlu masuk Umno kerana kalau Ibrahim masuk Umno, Bazlan dan orang-orang tertentu dalam politik Kelantan merasakan mereka terancam.
Seorang bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian dari Wilayah Persekutuan memberitahu, mustahil rasanya Bazlan boleh bercakap begitu juga tiada sesiapa yang meminta dia bercakap kerana isu Ibrahim Ali mahu menyertai Umno ini bukan kerja budak-budak.
“Macam mana budak-budak boleh masuk campur kerja orang dewasa jika bukan orang dewasa yang menyuruhnya?”, soal bekas timbalan ketua bahagian ini.
Seorang peniaga yang ditanya pandangan mereka pula berpendapat, Bazlan seronok menyerang Ibrahim daripada menyerang musuh hakiki dalam politik Umno di Kelantan.
“Kenapa Bazlan tidak muncul menyerang pemimpin Pas apabila pemimpin Pas menyerang kepimpinan negara?” soal peniaga ini yang benar-benar kesal dengan gaya budak-budak baru dalam Umno bermain politik.
Baginya, Ibrahim berguna kepada Umno ketika ini dan Bazlan sepatutnya tidak celupar bercakap kerana belum tentu Bazlan mampu menandingi populariti Ibrahim di Kelantan buat masa ini. Jika Ibrahim mampu berdepan dengan Husam Musa dan Nik Aziz, di mana Bazlan dalam situasi begini?
Bernama melaporkan Pemuda Umno Kelantan meminta Majlis Tertinggi (MT) parti itu membuat penilaian terperinci sebelum menerima semula kemasukan bekas Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali bagi mengelak ‘pisang berbuah dua kali’.
Setiausaha Pemuda Negeri, Bazlan Baharuddin berkata, apa yang dialami oleh parti sebelum ini cukup menyedarkan apabila Ahli Parlimen Pasir Mas itu sanggup menentang calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Pengkalan Pasir 2005.
“Dia sanggup tentang BN, kerana tidak terpilih (dicalonkan), pilihan raya umum lepas sekali lagi dia tentang calon BN menggunakan lambang Pas,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan pihak tertentu yang mencadangkan Ibrahim diterima semula masuk Umno.
Sementara itu, Ibrahim ketika menjawab sms memberitahu, kenyataan Bazlan itu mungkin kerana Bazlan merasakan Umno kini sudah terlalu kuat di Kelantan dan tidak memerlukan sesiapa menyertainya termasuk dirinya.
Sehubungan dengan itu banyak pihak meramalkan, jika Bazlan diletakkan bertanding kali ini di mana-mana kerusi di Kelantan, dia akan menang besar dan jika cukup kerusi layak untuk menjadi Menteri Besar Kelantan kerana setakat ini, selain Nik Aziz dan Takiyuddin yang berani menyerang Ibrahim, Bazlanlah salah seorang dari mereka yang dilihat cukup berani.
Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri khabarnya sedang memikirkan satu jawatan penting yang bakal diberikan kepada Bazlan kerana berani menyerang Ibrahim tetapi tidak bersuara ketika Nik Aziz mengarut di Kelantan.
Inilah yang diperlukan oleh Umno dan BN di Kelantan bagi berdepan dengan Pas, kata seorang peniaga buah di Kuala Krai.
Isnin, 19 Oktober 2009
Ibrahim Ali – Pemuda Umno Kelantan sudah nampak masalah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
pergh!!! pedih! pedih! Bagus. satu ulasan yg tepat utk UMNO kelantan.
Bazlan VS Ibrahim Ali????? Mana boleh dibuat berbandingan? Siapa Bazlan tu...sekadar budak2 yang melatah di Gua Musang. Seorang pemimpin kelas budak tadika dalam perjuangan politik arus perdana. Selalunya gila publisiti murahan dengan tajuk..ikan arowana...kontraktor muda memberi bantuan itu ini di gua musang...Pendek kata, cerita tentang dirinya pernah keluar surat khabar tetapi bukan cerita2 besar. Sekadar mempromosikan dirinya yang entah apa untung pada negeri Kelantan dan perjuangan UMNO umumnya. Tapi kalau nak dibandingkan dirinya dengan dato Him gak, jauh benar la. Nak banding dengan Man Belon Raja Lawak atau Amir Raja Lawak belum boleh la. Saya selaku pemerhati politik Kelantan secara solo ni pun naik angin dengan komen si Bazlan ni. Tapi tak apa la sebab dia budak bedoah lagi dlm politiknya. Bagi 20 sen gak tentu dia senyap. Kepada Bazlan dan orang2 yg sentiasa berperangai jahat dan berbuat jahat pada Dato Him sejak sekian lama...cukuplah. Dato Him ada banyak perkara lain yang lebih besar yang direncanakannya untuk negeri Kelantan. Banyak agenda yg lebih penting yg akan diperjuangkan oleh Dato Him bila dia berada dalam UMNO nanti. Selamat kembali ke pangkuan UMNO wahai Adi Jagat Dato Him. Kalau Tun Mahathir pun kata Dato Him kawan dia sejak dulu sampai dan kemasukan dia akan menguntungkan UMNO, jadi kata2 Bazlan tu kita letak tepi longkang aje la...ptuii!!!
Catat Ulasan