Oleh Wan Yusof Hj Wan Ngah
MEMBACA kenyataan Setiausaha Pemuda Umno Kelantan, Bazlan Baharuddin baru-baru ini, menimbulkan beberapa pertanyaan apakah Pemuda Umno Kelantan risau dengan kedatangan semula Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali tetapi tidak pernah risau dengan ‘fiil’ atau perangai musuh dalam selimut yang sering terjadi dalam Umno Kelantan?
Satu masalah dalam politik Umno, mereka lebih seronok ‘bermusuh’ dengan kawan-kawan sendiri tetapi ‘berbaik’ dengan musuh hakiki.
Kata mereka yang mula meluat membaca kenyataan Bazlan itu, Pergerakan Pemuda Umno Kelantan sepatutnya mengenal pasti ‘musuh dalam selimut’ yang selama ini menjadi salah satu sebab mengapa Umno (BN) di Kelantan sering kecundang daripada berdepan dengan mereka yang ‘jauh lebih Umno’ dari mereka sendiri – untuk ditentang.
Siapa yang tidak kenal dengan bekas Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali? Beliau pernah dilantik menjadi Ahli MT Umno selama dua penggal ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri. Apakah beliau ‘orang Pas’ atau beliau bertindak sedemikian untuk ‘memberi teguran’ kepada kepimpinan Umno, supaya ‘berubah’.
Datuk Ibrahim diggugurkan dari senarai Ketua (penaja) Umno bahagian-bahagian bersama-sama tiga ketua bahagian lain di Kelantan termasuk Tuan Hashim, Datuk Ahmad Shabudin dan Datuk Wan Zahid. Ketika ketiga-tiga ini akur dan hanyut dibawa
Tidak ramai anak Melayu yang hebat macam Datuk Ibrahim, kata seorang ketua bahagian dari Melaka ketika kami sama-sama berbual-bual kosong di sebuah warung dekat The Mall, baru-baru ini.
Walaupun kata-kata ketua bahagian itu bernada gurauan, tetapi dalam sejarah politik tanahair, memang kelicikan politik Datuk Ibrahim amat luar biasa. Beliau sedar, dengan menggunakan lambang Pas ketika bertanding akan menyebabkan beliau ‘berhutang’ dengan Pas tetapi, Datuk Ibrahim sudah mengesahkan, antaranya dengan Pas, sudah ada persefahaman.
Maknanya, Pas sudah ‘dibayar lebih awal’ oleh Datuk Ibrahim sepanjang tempoh beliau ‘dihukum’ oleh Umno. Maka, Pas tidak perlu menuntut apa-apa tunggakan atau hutang lagi dari Datuk Ibrahim sekarang, hanya kerana sombol Pas yang digunakan oleh Datuk Ibrahim ketika bertanding dalam PRU 12 yang lalu.
Bagi penyokong Pas, mereka mungkin rasa tertipu dengan mengundi Datuk Ibrahim tetapi hati kecil mereka yang kenal hati-budi Datuk Ibrahim pastinya ‘mendiamkan diri’ kerana tahu mereka mempunyai seorang wakil rakyat yang baik hati walaupun bermulut celupar dalam kes-kes tertentu khususnya mengenai hak orang-orang Melayu.
Hari ini, kerisauan Bazlan agar pisang tidak berbuah dua kali, turut dirasai sama oleh Datuk Ibrahim. Malahan, Datuk Ibrahim lebih risau lagi – takut pisang berbuah banyak kali, malahan beribu kali. Maknanya, dari segi sayang kepada Umno, Bazlan hanya risaukan Umno menghadapi masalah pisang berbuah dua kali tetapi dari segi Datuk Ibrahim, beliau bimbang pisang berbuah banyak kali dan beribu kali.
Maknanya, kasih sayang kepada Umno, jauh lebih menebal perasaan itu dalam jiwa Datuk Ibrahim dari mereka yang sedang memegang jawatan dalam Umno sekarang, khususnya di Kelantan. Tindakan Datuk Ibrahim bertanding menentang calon BN bukan kerana datuk Ibrahim tidak terpilih menjadi calon dalam pilihan raya tetapi kerana beliau digugurkan dari jawatan Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, tanpa sebab-sebab yang dijelaskan kepadanya.
Perbuatan Datuk Ibrahim menentang Umno dan BN dalam pilihan raya umum 2004 lebih kepada hasratnya mahu menegur pucuk pimpinan ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun) supaya jangan melakukan sesuatu yang boleh merugikan Umno secara keseluruhannya.
Kini, selepas Abdullah juga tergugur hasil kesan dari serangan pelbagai pihak termasuk Datuk Ibrahim, akhirnya Umno mempunyai saf kepimpinan baru yang dilihat lebih dinamik, pragmatik dan mampu untuk memperbaiki pelbagai kelemahan yang wujud.
Umno Kelantan mempunyai keperluan waktu ini untuk ‘meminang’ Ibrahim Ali jika mereka mahukan ‘nilai tambah’ dalam jentera Umno bagi menentang Pas. Kebolehan Datuk Ibrahim sudah teruji, dalam berkawan, beliau boleh menegur kawan dan dalam bermusuh, beliau boleh berkawan dengan musuh – yang memberi erti, dalam politik tiada perkara mustahil boleh berlaku.
Bazlan mungkin bimbang kehadiran Datuk Ibrahim akan menggugat pemimpin lain di negeri Kelantan. Namun, Bazlan lupa, tiada siapa yang untung dalam Umno Kelantan kalau bermusuh dengan Datuk Ibrahim. Lupakah Bazlan kepada keputusan PRU 11, 2004 di mana BN hanya memerlukan satu kerusi sahaja lagi untuk berkuasa di Kelantan dan jika tiada gangguan dari kerusi-kerusi DUN di Pasir Mas, BN sudah memerintah Kelantan ketika itu, dengan Datuk Mustapa Mohamed adalah Menteri Besarnya.
Malangnya, anak-anak muda terutamanya dalam Umno Kelantan tidak mahu belajar dari sejarah politik. Mereka mempunyai Tan Sri Hussein Ahmad, bekas Ketua Penerangan Umno yanjg hebat walaupun Hussein sendiri tidak pernah menang ketika bertanding di kerusi Parlimen Rantau Panjang, Kelantan.
Mereka mempunyai Tengku Razaleigh Hamzah, yang tidak pernah kalah dalam pilihan raya, walaupun bertanding atas tiket lain, selain dari tiket BN.
Pemuda di Kelantan sibuk menyerang Ibrahim sedangkan musuh hakiki politik BN di Kelantan ialah Pas. Kini, Umno didatangi satu lagi musuh politik di Kelantan, iaitu PKR dengan kemasukan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim ke dalam PKR.
Bazlan mungkin memandang remeh Zaid dalam PKR kerana Kelantan bukan ‘padang’ yang baik buat PKR tetapi Bazlan kena ingat bahawa Zaid pernah menjadi Ketua Umno Bahagian Kota Bharu dan pernah menang kerusi Parlimen Kota Bharu atas tiket BN.
Ketika Bazlan mahu mengingatkan Majlis Tertinggi Umno supaya meneliti betul-betul rekod Datuk Ibrahim, adalah lebih baik kajian ilmiah dibuat oleh Pergerakan Pemuda Umno, bagaimanakah cara untuk menawan hati pengundi di Kelantan supaya memilih BN.
Ibrahim Ali hanya seorang tetapi penyokongnya bukan sedikit. Jika beliau pernah tewas ketika bertanding kerusi Parlimen Pasir Mas atas tiket BN,
Mustapa dan Tan Sri Annuar Musa sendiri pernah kalah di kawasan masing-masing. Mustapa tewas di kerusi Parlimen Jeli suatu ketika dahulu dan Annuar kalah berkali-kali di Ketereh (yang sebelum ini dikenali sebagai Peringat).
Pwersoalan sekarang, siapa yang menyuruh Bazlan bercakap isu ini? Jika tiada yang menyuruhnya bercakap, kenapa dia bercakap? Bukankah baik jika dia sebagai anak muda di Kelantan mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin menyertai Umno kerana Umno kini adalah sebuah parti yang inklusif dan bukan eksklusif.
Jika ada suara-suara sekat menyekat seperti ini, Umno tidak akan kembali kuat walaupun bekas Setiausaha Agung, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad meramalkan Umno akan mampu mendaftar 4 juta ahli menjelang 2010.
Dari kenyataan balas Datuk Ibrahim, beliau sendiri akan memikirkan sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan sama ada menyertai semula Umno atau tidak.
Beliau dipetik sebagai berkata, beliau sendiri tidak mahu ‘pisang berbuah dua kali’ seperti yang dinyatakan Pemuda Umno Kelantan baru-baru ini apabila menyarankan Majlis Tertinggi (MT) Umno membuat penilaian sebelum menerimanya menyertai Umno semula.
“Saya pun kena fakir bukan setakat pisang berbuah dua kali, tetapi
“Tetapi saya keluar Umno masa itu bukan kerana saya tak dipilih menjadi calon,” katanya.
Datuk Ibrahim masih belum membuat apa-apa permohonan tetapi mengakui ramai kawan-kawannya dalam Umno yang mengajaknya kembali ke pangkuan Umno kerana kebolehan Datuk Ibrahim bukan setakat berguna di Pasir Mas malahan di seluruh negara.
Dengan pengalaman yang Datuk Ibrahim miliki, Umno tidak akan rugi menerimanya kembali walaupun beliau pernah dua kali bertanding dalam pilihan raya menentang BN kerana sejarah sebelum ini membuktikan ramai yang pernah menentang Umno diterima kembali menyertai Umno, kata seorang pengamat politik.
Sambil menyebut
Katanya lagi, lebih baik kaji musuh dalam selimut di Kelantan dari membuang masa mengkaji baik buruk kemasukkan semula Datuk Ibrahim dalam Umno, tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan