Oleh Wan Yusof Hj Wan Ngah
LAMA juga tidak menulis pasal kemelut politik Terengganu. Maklumlah, salah seorang dari mereka yang terlibat dengan kemelut ini, bersama Geng 10, YB Datuk Din Adam sudah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka (bersama-sama enam ADUN) berdiri teguh bersama-sama kepimpinan yang ada.
Jauh sekali mahu menderhaka kepada Sultan Terengganu, dia dipetik sebagai berkata sebaik sahaja selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Tidak lama selepas itu, Hishammuddin pula mengumumkan perlantikan beberapa pengerusi biro, yang sekaligus mengambarkan memang kemelut sudah berakhir dan mereka mahu bekerja bersama-sama Menteri Besar, Datuk Ahmad Said untuk membangunkan Negeri Terengganu.
Malangnya, ketika berada di Port Dickson, ketika kempen pilihan raya kecil berlangsung di DUN Bagan Pinang, kedengaran cerita di sebalik tabir mengenai politik Terengganu ini.
Kononnya, Hishammuddin kurang seronok dengan kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang menawarkan diri menjadi orang tengah bagi membantu Hishammuddin menyelesaikan kemelut tersebut.
Hishammuddin dan juak-juaknya didakwa tidak suka dengan kenyataan itu. Hishammuddin khabarnya kurang senang dengan kata-kata Muhyiddin yang menyebabkan orang di luar mengambarkan Hishammuddin lembik dan tidak berkemampuan untuk menerajui Umno Negeri Terengganu hingga menyebabkan perlu ‘bantuan Muhyiddin’.
Maka, untuk membuktikan bahawa campur tangan Muhyiddin tidak diperlukan, maka cepat-cepat Hishammuddin pintas dengan membuat beberapa perlantikan dan serentak dengan itu bergambar ramai-ramai bagi ditunjukkan imej tidak bermasalah kepada umum dan sekaligus mahu menyampaikan mesej kepada Muhyiddin, tak payah sibuk-sibuk untuk membantu menyelesaikan masalah di Terengganu.
Satu sumber lain pula memberitahu, Hishammuddin menggunakan khidmat budaknya yang bernama Din Adam yang dikatakan sudah dilantik menjadi Pegawai Khas kepada Menteri Dalam Negeri untuk berdepan dengan wartawan dengan imej sudah bersedia untuk berdamai dengan Menteri Besar dan Sultan Terengganu, demi menjaga imej Hishammuddin.
Memang selama ini, kemampuan Hishammuddin menerajui Umno Terengganu dipersoalkan. Malahan, kedudukannya sebagai Naib Presiden di temat kedua selepas Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi juga dilihat sebagai ‘menghadapi masa depan politik yang suram’.
Rekod kurang baik yang ditinggalkan di Kementerian Pelajaran – serta gagal menyelesaikan isu PPSMI menyusahkan Hishammuddin untuk mendapat kenyakinan rakyat dan ahli-ahli Umno untuk membenarkan dia melangkah lebih jauh dalam hirerki kepimpinan Umno.
Ketika Hishammuddin sedar kelemahannya dan penyokong-penyokong tahu isu lembik ini akan menyulitkan Hishammuddin untuk bersaing dengan pengaruh Ahmad Zahid, maka mereka merancang untuk menyelesaikan secara ‘wayang kulit’ kemelut di Terengganu.
Sekurang-kurangnya, imej Hishamuddin tidaklah seburuk yang diketahui umum walaupun dari segi jangka panjangnya, Umno Terengganu akan terus bermasalah selagi Presiden Umno yang juga Perdana Menteri masih mempercayai Hishammuddin sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu.
Apa yang Najib harus lakukan ialah ‘ketegasan’ untuk berhadapan dengan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh dan seorang dua pengikutnya yang menyangka ‘hidup dan mati politik mereka’ kerana pengaruh Idris.
Jika Najib tegas, kemelut ini akan berakhir dan noktah boleh diletakkan di situ – menandakan kemelut benar-benar berjaya diselesaikan.
Keberanian yang ada pada Geng 10 ini ialah kerana mereka tahu Najib dan Muhyiddin takut. Jika Geng 10 termasuk Idris tahu Najib dan Muhyiddin mempunyai keberanian, mustahil mereka masih mahu mengada-ngada seperti apa yang mereka lakukan sekarang.
Najib dan Muhyiddin kena ingat, bahawa Geng 10 sebenarnya bukan menggugut Datuk Ahmad Said tetapi mengugut mereka berdua, termasuk Sultan Terengganu.
Bolehkah ia diizinkan?
Rabu, 7 Oktober 2009
Betulkah Kemelut Umno Terengganu sudah selesai?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Assalamualaikum,
tanpa merendahkan kebolehan Naib Presiden, DS Hishamuddin,pada hemat saya yang betul-betul menyebabkan kemelut ini semakin sukar untuk diselesaikan ialah bertitik tolak daripada keputusan PM sendiri yang meletakkan Hishamuddin sebagai "penaung' UMNO Trengganu tanpa menyelidik sebetulnya karektor politik dan peribadi Hishamuddin walaupun mereka sepupu.
Seharusnya dari dulu lagi TS Muhyiddin perlu diletakkan di Trengganu kerana usianya, pengalamannya dan jawatan beliau dalam UMNO sebagai orang no.2.
DS Hishamuddin adalah seorang yang versatail, oleh itu karektor seperti itu perlu di negeri-negeri seperti Kuala Lumpur mahupun Selangor.
Jadi, ini satu lagi episod kelemahan pembuatan keputusan oleh pucuk tertinggi parti UMNO sebagaimana juga kelemahan keputusan-keputusan terbaru misalnya Omar Ong sebagai Pengarah di Petronas etc.
Keadaan ini perlu diperbetulkan demi kebaikan UMNO untuk masa hadapan.
Sekadar peneropong politik. Wallahuallam.
Kadang2 kita kena mujur dan bersyukur nama kita ada berBINkan orang2 besar. Nak guano bukan kita berBINkan Tun Hussien!
Catat Ulasan