Selasa, 25 Ogos 2009

Mohd Radzhi Tak Perlu Letak Jawatan Exco


Oleh
Ahmad Hj Ishak

KENAPA ada desakan demi desakan? Perlu apa ADUN Lunas, Kedah melepaskan jawatan Exco? Beliau bukan menentang Sultan Kedah. Beliau bukan menentang Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah. Beliau bukan pengkhianat Melayu. Beliau hanya bertindak meninggalkan PKR yang beliau rasakan sudah banyak berubah semenjak menang besar dalam PRU 12 yang lalu.
Beberaa jurucakap Pas dan PKR mendesak supaya Mohd Radzhi Salleh mengosongkan kerusi DUN Lunas yang dimenanginya dalam PRU 12 yang lalu dengan majoriti besar. Kemenangan itu kerana pengundi di Lunas menolak calon BN dari MIC,
Ketika mengumumkan hasratnya untuk meninggalkan PKR, beliau buat bersendirian dan tidak merujuk kepada sesiapa. Cuma, ada sumber dari Pas memberitahu, bekas MB Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid pernah dilihat mengadakan pertemuan dengan Mohd Radzhi.
Kenapa ada orang lain, yang tidak ada kena mengena dengannya sibuk-sibuk buat desakan? Kenapa menyibuk? Kalau letak jawatan atau tidak, Sultan Kedah tidak akan menjadi susah. Yang susah penulis yang separuh tiang. Bukan kerja mana-mana penulis mahu mendesak mana-mana Exco melepaskan jawatan.
Dulu di Perak, masa Pakatan Pembangkang berkuasa, dengan memperolehi 31 kerusi DUN, mereka tidak sibuk mahu membubarkan DUN Perak tetapi apabila kehilangan tiga kerusi, menjadikan mereka hanya 28 kerusi sahaja, sibuk siang malam mereka bertempik ‘bubarkan DUN, bubarkan DUN’. Kenapa ya? Gila talak ke?
Kalau Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah ‘nampak akan tindak-tanduk’ Mohd Radzhi yang kemungkinan akan meninggalkan PKR, kenapa tidak diugut awal-awal supaya dia mengosongkan kerusi DUN Lunas seperti yang pernah dilakukan terhadap Arumugam di Bukit Selambau dan Fairuz Khairuddin di Penanti?
Ramai yang tergelak besar apabila Anwar menyebut Mohd Radzhi seorang yang tidak bermoral….kekeke! Moral apa yang Anwar perkatakan tu… Anwar sendiri macam mana? Sudah selesai kes moralnya yang heboh diperkatakan sekarang.
Saya terbaca satu tulisan dalam blog http://memobelakang.blogspot.com yang saya siarkan kembali di sini;

LETAKLAH JAWATAN EXCO

Apa pula permainan ADUN Lunas, Mohd. Razhi Salleh? Beliau keluar dari PKR tetapi tidak letak jawatan sebagai Exco. Tak payahlah menyusahkan Sultan. Exco itu dilantik di kalangan wakil rakyat PAS dan PKR. Awak bukan lagi wakil rakyat PKR, jadi buat apa kekal sebagai Exco? Lebih baik letak jawatan semua termasuk ADUN Lunas supaya pilihanraya kecil baru dapat diadakan untuk menunjukkan sama ada rakyat Lunas masih dapat menerima awak. Kesian pada Menteri Besar, Azizan Razak yang sedang bersiap sedia dengan pilihanraya kecil kota Siputih. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh masih ahli Exco kerajaan negeri sehingga Sultan Kedah menentukan kedudukan jawatannya dalam tempoh terdekat, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Azizan berkata, beliau telah menyampaikan surat memaklumkan kepada Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mengenai permintaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk melucutkan jawatan ADUN Lunas itu sebagai Exco kerajaan negeri. “Tuanku telah berkenan menerima surat itu dan kena tunggu jawapan daripada Tuanku,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini selepas menghadap Sultan Kedah di pejabat baginda di bangunan Menara Zakat di sini hari ini


Sebaik sahaja habis membaca tulisan pendek yang tidak perlu ini, sedarlah saya bahawa sebenarnya semakin ramai penyibuk dalam arena penulisan dan politik tanahair. Mereka sibuk mengajar wakil rakyat supaya buat itu dan buat ini. Kalau mereka rasakan diri mereka hebat, kenapa tak bertanding dalam pilihan raya?
Buat kerja masing-masinglah. Jangan buat kerja orang lain. Mohd Radzhi tentunya mempunyai kebijaksanaan sendiri di dalam membuat keputusan. Bukan mudah seseorang mahu meninggalkan kerusi Exco dengan gaji dan elaun, selain kereta rasmi dan pemandu.
Tentu ada yang lebih besar di depannya menyebabkan beliau melakukan sesuatu yang cukup besar pengorbanannya ini. Pengorbanan yang Mohd Radzhi lakukan ini bukan sebarang orang mampu melakukannya.
Begitulah yang pernah dilakukan tiga ADUN di Perak, yang menyebabkan kerajaan negeri Pakatan Pembangkang tumbang, hingga menyebabkan beberapa orang di Perak, gila talak dan terpaksa berguling-guling atas jalan raya.
Ada yang menyalakan lilin, ada yang memakai lilit kepala, ada yang mogok lapar, ada yang buat perangai samseng dan ada yang sudah mula bertempik ke hulu ke hilir meminta DUN Perak dibubarkan bagi memuaskan hasrat dan nafsu mereka.
Khabarnya, selepas ini ada pula dua ADUN PKR dari Selangor yang akan mengisytiharkan mereka keluar dari PKR. Makin tidka nyenyak tidurlah Anwar Ibrahim yang dulunya mahu menjadi Perdana Menteri pada 16 September 2008, hingga ada yang nampak Anwar mengadap gambar Yang DiPertuan Agung di dinding dan berlatih mengangkat sumpah.
Ada yang berangan mahu menjadi Penyimpan Mohor Besar sedang merayau-rayau di luar kawasan istana dengan beberapa cop getah untuk menjalankan tugas.

Tiada ulasan: