Jumaat, 28 Ogos 2009

Ingat lagi dengan berita ini?

Oleh Hassan Md Hussein (Sandakan)

SENGAJA diterbitkan semula berita dari portal Malaysiakini bertarikh 25 Jun 2009 mengenai pihak yang pro-Idris masih tidak dapat menerima ‘rombakan’ pegawai-pegawai dalam Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu.
Mereka mahu, semua ‘orang mereka’ atau geng ‘pro-Idris’ menguasai Umno Negeri Terengganu sedangkan mereka tahu (dan sedar) bahawa dari lapan ketua bahagian di Terengganu, tujuh adalah penyokong kepimpinan Datuk Ahmad Said.
Fikirlah sendiri!

Pro-Idris pertikai rombakan Hisham

Muda Mohd Noor
Jun 25, 09
5:16pm


Kumpulan bekas menteri besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh tidak menerima rombakan kepimpinan Umno negeri yang diputuskan hujung minggu lalu kerana ia "berat sebelah".

ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad berkata, rombakan itu mengutamakan orang Menteri Besar Datuk Ahmad Said.

Katanya, rombakan tersebut - bawah kepemimpin pengerusi baru perhubungan negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein - tidak menunjukkan Umno mahukan perpaduan.

"Mereka lebih memilih orang penyokong Datuk Ahmad, manakala orang Datuk Idris seorang sahaja," katanya.

Katanya lagi, ketua bahagian Hulu Terengganu, Datuk Tengku Putera Awang dan timbalan ketua bahagian Kemaman, Datuk Ahmad Shabery Cheek merupakan kumpulan penyokong Ahmad.

Hanya timbalan ketua bahagian Kuala Nerus, Datuk Abdul Rahin Said daripada kumpulan Idris, ADUN Jertih dan ketua bahagian Besut.

Tengku Putera dilantik sebagai setiausaha, Ahmad Shabery ketua penerangan dan Abdul Rahin pula bendahari.

Tengku Putera menggantikan ketua Umno Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan, Ahmad Shabery (Datuk Zuber Embong) dan Abdul Rahin (Datuk Roslan Awang Chik).

Umno Terengganu terus-menerus berdepan kemelut sejak Ahmad menggantikan Idris, Mac tahun lalu, apabila sebahagian besar ADUN tidak menyokong kempimpinan Ahmad.

Sementara itu, seorang pegawai kerajaan negeri yang rapat dengan Ahmad mempertikaikan kenapa isu rombakan terus dibangkitkan.

"Setahu saya Datuk Seri Idris telah menyatakan persetujuan siapa sahaja yang mahu dilantik oleh Datuk Seri Hishammuddin," katanya, yang enggan mendedahkan identitinya.

"Adakah Datuk Seri Idris yang meminta penyokongnya menimbulkan isu ini?"

Tiada ulasan: