Oleh Daud Hj Ibrahim
BERITA yang dilaporkan Berita Harian Jumaat, 17 Julai 2009 bertajuk ‘Cetak wang palsu RM50 di Thailand – 13,000 not dirampas polis’ mungkin berita biasa sahaja kepada pegawai-pegawai Bank Negara
Ini kerana berita ini jarang mendapat ‘follow-up’ dan akan habis begitu sahaja kerana pihak Bank Negara dan Menteri Kewangan biasanya tidak terkesan dengan pengedaran wang palsu, kecuali rakyat bawahan yang berniaga di pasar-pasar malam.
Lagipun, cerita wang palsu RM ini bukan cerita baru. Sesiapa sahaja yang selalu berurusan dengan stesen-stesen minyak akan sering terpandang ‘pameran’ wang palsu yang mereka terima angkara pihak yang tidak bertanggungjawab.
Namun, amat jarang kita mendengar ‘suara’ dari Bank Negara, membuat tangkapan atau ada langkah-langkah terkehadapan di dalam membendung pencetakan wang palsu ini dan menyekat pengedarannya.
Tidak hairanlah, satu SMS diterima dari seorang kenalan di utara mencadangkan supaya Gabenor Bank Negara supaya meletakkan jawatan kerana ‘tidak berjaya’ membendung pengedaran dan pencetakan wang palsu ini.
Kebetulan, ketika Polis Thailand membuat rampas wang palsu yang ‘bernilai’ RM650,000 hingga RM750,000 ini, keadaan politik di Malaysia sedang dihangatkan dengan cerita kematian Teoh Beng Hock yang mayatnya ditemui di bumbung tingkat 5, Plaza Masalam, Shah Alam yang mahu dikaitkan deangan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dalam masa yang sama, dua buah hotel mewah di
Media cetak dan wartawan
Itulah sebabnya, pegawai-pegawai Bank Negara bolehlah dianggap sebagai ‘tikus jatuh ke beras’ dalam keadaan sekarang, kerana mereka tidak ada ‘sesiapa yang mengganggu’ walaupun imej Malaysia benar-benar tercalar dengan cerita wang palsu ini.
Orang politik di
Siapa yang hendak bercakap soal pengedaran wang palsu? Ia seolah-olah tidak penting dan bukan urusan setiap individu di
Apakah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang kini berada di Mesir tidak dapat cadangan dari Bank Negara supaya menukar semua bentuk dan kualiti wang kertas di
Kenapa mata wang
Kenapa mata wang
Ketika rakyat menuntut kerajaan jangan membuat janji palsu, ketika rakyat sesekali melihat ada pemimpin memakai rambut dan gigi palsu, mata palsu, kaki palsu, tangan palsu dan lambakan alat-alat ganti kenderaan yang palsu, isu wang palsu yang paling kurang mendapat liputan media.
Maka, seronoklah tikus yang terjatuh ke dalam beras. Mereka tidak perlu mengadakan apa-apa operasi kerana ‘tiada siapa yang bising’ dengan cerita wang palsu ini kecuali seorang dua, yang ternampak kesannya terhadap imej dan maruah negara kita.
Bank Negara mungkin kurang berminat dengan wang baru yang lebih berkualiti kerana mereka sudah ‘berada di dalam beras’ yang tidak langsung menyebabkan mereka perlu risau tentang cetakan dan edaran wang palsu.
Mana mungkin Menteri Kewangan menerima sekeping wang palsu kerana Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Negara tidak berada di pasar-pasar malam, di mana edaran wang palsu ini banyak diperkatakan.
Di stesen minyak, rasanya Gabenor, Timbalan Gabenor, Naib-Naib Gabenor Bank Negara jarang turun membuat pembayaran kerana mereka mempunyai supir yang menguruskan pembelian minyak kenderaan mewah mereka.
Malahan, mereka tidak ada apa-apa kerisauan yang boleh menyebabkan mereka harus memikirkan perlunya ‘pembaharuan’ dilakukan terhadap rupa, bentuk dan kualiti wang
Percayalah! Tiada siapa akan mengulas artikel ini bukan kerana mereka tidak mahu mengulas tetapi mereka sudah ‘berada di dalam beras’ yang menyebabkan mereka tidak pernah dapat ‘merasai denyut nadi’ rakyat di bawah yang jika mungkin menerima secara tersilap sekeping wang palsu RM50 atau RM100 yang boleh menyebabkan sebulan dapur rumah rakyat miskin ini tidak berasap.
Rakyat miskin ini tidak mungkin dapat masuk ke kawasan Bank Negara dan ‘teruslah tikus ini senyap di dalam beras’ kerana mereka masih boleh makan beras yang banyak ketika rakyat terpaksa membanting tulang untuk mencari sesuap nasi.
Wang palsu akan dilupakan begitu sahaja dan janji palsu akan terus tersebar dan beredar sama seperti beredarnya wang palsu di pasaran.
Biro Ekonomi Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno mungkin tidak perasan isu ini kerana mereka memang suka dengan cerita ‘paslu’ ini termasuklah kisah ‘cinta palsu’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan