Oleh Abdul Wahab Idrus
SALAH seorang dari anggota Geng 10, yang sering pakai songkok terlebih saiz, Zawawi Ismail (ADUN Kuala Berang) dikatakan mempunyai masalah peribadi yang menjadi perbualan umum ketika dia bertanding dalam PRU 12 yang lalu.
Namun, tiada siapa yang berani tampil menceritakan apakah kisah peribadi yang terkait dengan ADUN Kuala Berang ini tetapi, secara berbisik-bisik, mereka cakap, nasib baik ‘mulut tempayan’ dapat ditutup.
Teruk ke masalah peribadinya? Teruk, kata seorang penjual keropok di pekan Kuala Berang. Kisah ‘teruna dan dara’ kata mereka. Entah apa yang dimaksudkan dengan kisah ‘teruna dan dara’ ini tiada siapa dapat mengesahkannya tetapi di kalangan AJK Umno Hulu Terengganu, semua mereka tahu dan menyampaikan cerita ini dari mulut ke mulut.
Dari segi populariti, Zawawi tidaklah sehebat bekas ADUN Kuala Berang, Kamarudin Abdul Rahman yang mendapat majoriti 1,695 tetapi apabila Zawawi bertanding di situ, dia mengutip 1,592 undi.
Itupun kalau tidak kerana kerja kuat Ketua Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang dan beberapa orang kuat bahagian, Zawawi tidak mungkin dapat mengutip majoriti begitu. sahaja.
Dalam Umno bahagian, Zawawi memang tidak diterima da salah satu cara menarik perhatian pucuk pimpinan di Kuala Lumpur ialah dengan bersekongkol dengan puak-puak yang menentang kepimpinan Datuk Ahmad Said.
Dalam kemelut politik Terengganu, sebenarnya kalangan mereka yang kalah di peringkat bahagian banyak memainkan peranan untuk menjadi popular dengan cara begini. Mereka mungkin ‘tidak dapat bergerak’ sekarang apabila orang Umno tidak menerima mereka disebabkan mereka cuba merampas jawatan di peringkat bahagian.
Hari ini, Zawawi dan kawan-kawannya yang digelar Geng 10 mungkin sudah berpuashati dengan apa yang mereka telah lakukan terhadap Umno Terengganu. Mereka Berjaya menggugat kedudukan Datuk Ahmad Said sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu hingga memaksa Presiden Umno yang juga Perdana Menteri melantik Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengetuai Umno Terengganu.
Geng 10, yang disifatkan beberapa pihak sebagai ‘cetek fikiran’ bertindak sedemikian sebenarnya mahu mencabar Istana Terengganu. Mereka macam ada rasa tidak puashati dengan pihak Istana Terengganu. Maka, segala tindak-tanduk mereka sebenarnya memang mahu memalukan Istana Terengganu.
Di kalangan Geng 10, ada tiga orang yang berangan-angan nak jadi Menteri Besar kalau Datuk Ahmad Said berjaya mereka singkirkan. Pertama, Rosol Wahid, kedua, Din Adam dan ketiga Alias Abdullah.
Tidaklah diketahui di mana ‘kiblat politik’ Zawawi setakat ini kerana dia tentunya tahu bekas bossnya, Datuk Seri Idris Jusoh memang tidak mungkin dilantik semula menjadi Menteri Besar kerana pelbagai isu yang timbul kebelakangan ini termasuk apabila Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak runtuh.
Ada yang mengatakan Zawawi lebih selesa kalau Rosol menjadi Menteri Besar. Tapi, Rosol sendiri sudah ‘angkat tangan’ mengaku kalah dalam isu nak jadi Menteri Besar ini. Dia kata dia tidak ada cita-cita ke arah itu.
Khabarnya dalam diam-diam, Zawawi juga memasang cita-cita. Apa cita-cita Zawawi, hanya dia sahaja yang tahu. Tidak pula timbul cerita Zawawi juga bercita-cita mahu menjadi Menteri Besar tetapi secara berbisik-bisik, ramai yang menduga dia memasang cita-cita dalam politik walaupun dia sendiri di tolak oleh Umno bahagiannya.
Khabarnya, ketika berdedai-dedai 10 ADUN Terengganu ke Kuala Lumpur, mencari peluang berjumpa Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Zawawi adalah salah seorang daripadanya. Tetapi di depan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, tiada siapa yang melaporkan Zawawi ada bercakap atau pun tidak.
Maknanya, kalau pasal bercakap, mungkin mereka menggunakan khidmat Din Adam yang dikatakan cukup lantang kalau mengkritik Datuk Ahmad Said. Din yang didakwa memasang cita-cita mahu menjadi Menteri Besar Terengganu, dikatakan menggunakan ‘hubungan intimnya’ dengan Hishammuddin sebagai tempat dia mahu memalukan Datuk Ahmad Said.
Khabarnya, bukan main suka ‘kawan-kawannya’ apabila mendengar Din Adam bercakap, perkara-perkara yang buruk mengenai Menteri Besar. Khabarnya, ada yang melompat-lompat gembira sebaik sahaja keluar dari Pejabat Hishammuddin di Kementerian Dalam Negeri.
Masing-masing memuji keberanian Din Adam. Kata mereka, kalau tidak ada Idris Jusoh di Terengganu, Din Adamlah bakal pemimpin Terengganu yang bakal mereka nobatkan menjadi pemimpin bertaraf dunia.
Itulah sebabnya, disebabkan cita-citanya besar, dia menolak perlawaan Datuk Ahmad Said untuk menjadi Exco Belia dan Sukan Terengganu, menyambung tugasnya dalam era kepimpinan Idris.
Dia merasakan dia layak menjadi Menteri Besar Terengganu maka apalah ertinya jawatan Exco?
Barangkali Din Adam lebih berani dari Rosol Wahid dalam membuat desakan kepada Istana Terengganu. Kalau Rosol setakat mengoncang pagar Istana, Din khabarnya boleh berdepan dengan sesiapa sahaja termasuk ‘berani mengata Menteri Besar’ di depan Hishammuddin.
Apakah Zawawi berbangga berkawan dengan Din Adam yang begitu celupar dan tidak tahu beradap bila ‘menceritakan hal-hal dalam kelambu’ di Terengganu kepada orang luar seperti Hishammuddin?
Apakah ini yang diperlukan pengundi di Bukit Besi? Zawawi mungkin tidak biasa dengan DUN Bukit Besi yang diwakili Din Adam. Kalau Zawawi dengar cerita ketua-ketua Umno cawangan dalam DUN Bukit Besi, barulah Zawawi sedar betapa buruknya sikap Din Adam.
Zawawi kenal Setiausaha Umno Bahagian Dungun? Roslee Daud tentunya tidak menolak kalau diminta bercerita siapa sebenarnya Din Adam yang pernah disokongnya untuk naik dalam politik di cawangan dan bahagian.
Apa balasan Din Adam terhadap jasa dan pengorbanan Roslee kepadanya? Ini Zawawi kena belajar dan siasat. Jangan hanya terpersona dengan cerita mereka hingga menyebabkan Zawawi terlekat dengan Geng 10 kerana cerita peribadi Zawawi juga heboh diperkatakan sekarang terutama masyarakat di Kuala Berang.
Rabu, 24 Jun 2009
Zawawi Kuala Berang : Masalah periabdi dah selesai?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan