Ahad, 7 Jun 2009

Terima kasih ‘rakan-rakan blogger’ yang memberi sokongan

KETIKA mula-mula membuka ‘blog citra-bangsa’ ini kami tidak mengharapkan ramai pembaca melayarinya. Pertama, kerana kami baru dan kedua, kami lebih memberi focus kepada politik Perak dan Terengganu, selain isu semasa yang berlaku di kedua-dua negeri ini.
Alasan mengapa hanya dua negeri ini sahaja menjadi tumpuan, kerana mahu mengisi kekosongan yang ada, setelah melihat banyak blog-blog lain dan laman-laman web yang memberi tumpuan yang lebih menyeluruh dan tidak terhadap Perak dan Terengganu.
Di sini, kami ingin mengucapkan kepada semua penulis yang pernah menyumbang ke ‘blog citra-bangsa’ yang terlalu muda dari segi usianya tetapi sudah berjaya menyiarkan sekitar 50 rencana yang dikira berat dan perlu diberikan perhatian secara serius.
Terima kasih juga kepada blogger lesungbatu.webs. com, pemudaumnokemaman.wordpress.com, rakyattranung.blogspot.com, konspirasipolitikmelayu.blogspot.com dan puteramerdeka.blogspot.com yang sentiasa bersama dan saling sokong menyokong dalam usaha mempopularkan blog ini.
Kami tidak mempunyai kemahiran setanding dengan rakan-rakan blogger yang sudah lama dari segi reka letak dan pemilihan foto, tetapi sedaya upaya kami akan memperbaiki lagi pesembahan kami, termasuk mempelbagaikan kandungan laporan dan penulisan.
Tindakan beberapa blog yang memetik tulisan dari blog kami, kami izinkan dengan satu niat untuk menyampaikan mesej kepada seberapa ramai pelayar blog yang ada. Malahan, kami betul-betul mengharapkan ada pembaca yang sudi memberitahu rakan-rakan mereka terhadap kelahiran blog ini kerana setakat ini kami yakin masih ramai yang belum mengenali kami.
Segala sumbangan artikel, komentar dan makalah amatlah dialu-alukan dan silalah emailkan kepada citra_bangsa@yahoo.com. Insyaallah, jika ianya sesuai dan tidak melanggar etika dan undang-undang, kami akan siarkan. Salam buat semua. (EDITOR)

1 ulasan:

PUTRA MERDEKA berkata...

salam
mudah2an usaha murni tuan akan dapat membuka minda khalayak dalam mencari yang hak
salam perjuangan