Ahad, 7 Jun 2009

Bukan cari ‘scapegoat’ tapi cari punca… kenapa bumbung stadium runtuh




Oleh Wan Yusof Hj Wan Ngah


KETIKA saya menulis artikel bertajuk Mana Mubin, mana Rosol dan di mana DSIJ apabila bumbung stadium runtuh? dan disiarkan dalam dua blog http://citra-bangsa.blogspot.com yang dipetik dari http://bypass308.blogspot.com dengan sedikit perubahan tajuk, memang saya mgharapkan ada bekas-bekas Exco dan bekas Menteri Besar (baca Datuk Seri Idris Jusoh) tampil membuat kenyataan mengenai insiden yang cukup memalukan ini.
Apabila membaca Sunday Star 7 Jun 2009, berita yang dilaporkan; Former Exco man: Opposition merely looking for a scapegoat, saya ketawa sendirian. Maklumlah, dalam laporan berita itu, bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Wan Hisham Wan Salleh (dalam S Star ditulis Wan Hashim) …blasted Opposition leaders here for blaming the state government over the collapse of Sultan Mizan Zainal Abidin Stadium’s roof.
Wan Hisham, who previously helmed the Infrastructure, Public Amenity and Communication committee under former Mentri Besar Datuk Seri Idris Jusoh said: “They are just looking for a scapegoat. This is definitely unethical.”
Dalam isu keruntuhan bumbung stadium di Gong Badak, Kuala Terengganu ini, ia bukan sahaja menyebabkan pelbagai cerita dan spekulasi timbul dari kalangan pembangkang atau orang-orang BN, tetapi Yang DiPertuan Agung, Sultan Mizan Zainal Abidin sendiri kecewa dengan apa yang berlaku.
Jadi, Wan Hisham tidak perlu nak marahkan Timbalan Ketua Penerangan Pas Terengganu, Dr. Alias Razak yang didakwa cuba mencari kesalahan kerajaan.
Menurut Wan Hisham, Opposition leaders should wait for the out-come of the probe into the mishap before pointing fingers at others.
He has commenting on a statement by state PAS deputey information chief Dr. Alias Razak who said the state government had responded lackadaisically to complaint brought up last year on the flaws spotted on the roof frame of the stadium.
Wan Hisham yang kalah mempertahankan kerusi DUN Ladang di tangan calon Pas, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar dengan majoriti 31 undi merupakan Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu dan merupakan adik beradik dengan Ketua Umno Bahagian, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
Sehingga hari ini, belum ada apa-apa komen yang dibuat oleh bekas Menteri Besar dan bekas Exco Belia dan Sukan, Datuk Din Adam. Memetik tulisan saya dalam artikel sebelum ini; ‘TERTUNGGU-TUNGGU juga ramai pengikut perkembangan politik Terengganu, apa komen blogger Abdul Mubin Ismail, bekas Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Datuk Rosol Wahid dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh (DSIJ) apabila bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri, tiba-tiba runtuh.
Walaupun tiada suara yang menjerit, tiada surat yang dihantar meminta kenyataan dari tiga individu hebat dalam krisis politik Terengganu ini, tetapi kemunculan mereka, ketika semua orang terkejut, kecuali mereka, apabila bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh, sepatutnya boleh tampil dengan ‘keberanian’.
Kenapa mereka perlu tampil dengan keberanian? Kerana selama ini, mereka dilihat cukup berani mahu ‘meruntuhkan’ sesuatu di Terengganu, tetapi apa yang terjadi, bumbung stadium yang mereka tahu, dibina ketika mereka bertiga duduk di Wisma Darul Iman, tiba-tiba runtuh tepat jam 9.30 pagi, 2 Jun 2009 yang lalu, setahun setelah ia dirasmikan oleh Yang DiPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, dalam satu kenyataannya berkata; “satu siasatan perlu dijalankan untuk kita menentukan apakah puncanya. Adakah ini berpunca kerja-kerja kontraktor ataupun konsultan. Mungkin juga ia berpunca oleh sebab lain.
Walaupun Muhyiddin tidak mencari di mana bekas Menteri Besar Terengganu, DSIJ berada ketika runtuhan ini berlaku, tetapi alangkah baiknya jika DSIJ yang sering terkehdapan dalam isu kemelut politik Terengganu, tampil dengan cerita bagaimana projek ini diberikan kepada kontraktor-kontraktor yang terlibat?
Menteri Kerja Raya, Datuk Shahziman Abu Mansor pula berkata; “stadium ini baru dibina setahun lalu. Kejadian ini memalukan negara. Nanti orang kata, bangunan sedang dibina pun ada benda jatuh, bangunan sudah siap pun boleh jatuh bubungnya, bangunan yang nak diruntuhkan pun runtuh juga.”
Shahziman yang juga Ahli MT Umno tidak perlu memanggil Rosol untuk memberi apa-apa penjelasan terhadap isu keruntuhan bumbung stadium ini, tetapi sebagai orang kuat di kalangan Geng 10 yang mahu melihat Menteri Besar Terengganu ditukarkan, bukankah baik jika Rosol memainkan peranan proaktif menerangkan apa yang dia tahu mengenai projek bernilai RM292 juta ini, dibina ketika dia adalah salah seorang Exco kanan dalam kerajaan pimpinan DSIJ.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said pula berkata; “saya berasa dukacita dengan kejadian ini, namun bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.”
Bukankah baik jika Abdul Mubin Ismail yang merupakan bekas PA kepada Datuk Din Adam yang merupakan Exco yang bertanggungjawab terhadap sukan negeri, tampil melalui blognya yang digunakan untuk menyerang kepimpinan Datuk Ahmad Said, menceritakan bagaimana bumbung stadium yang dibuat oleh kontraktor Korea ini boleh runtuh, padahal usianya baru setahun.
Kalaulah DSIJ, Rosol dan Abdul Mubin boleh tampil, menceritakan sejarah pemberian projek ini dan perlantikan kontraktor, selain dari cerita beberapa projek lain dan perlantikan kontraktor lain, yang pastinya mereka kenal pengarah-pengarah syarikat berkenaan, alangkah baiknya?
Ramai yang hairan, ketika Geng 10, yang mendapat sokongan dari DSIJ dan Abdul Mubin kelihatan begitu berani menyiapkan beberapa laporan bertujuan memalukan kepimpinan Datuk Ahmad Said, tiba-tiba ‘menjadi penyu bertelor’ dengan linangan air mata, kerana takut isu runtuhan ini memakan mereka pula.
Datuk Ahmad tentunya tahu serba sedikit mengenai pembangunan dan pembinaan stadium ini kerana beliau juga merupakan salah seorang Exco dalam era kepimpinan DSIJ. Tetapi tidak eloklah kalau yang bercakap mengenai isu runtuhan ini ialah beliau sendiri kerana dikhuatiri orang ramai beranggapan Datuk Ahmad cuba menyalahkan kepimpinan terdahulu.
Waran tangkapan tidak perlu dikeluarkan untuk mencari DSIJ, Rosol dan Abdul Mubin sepert mana yang berlaku ketika polis mencari Dr. Ahmad Ramzi Mohd Zubir tempohari tetapi walaupun tanpa waran tangkapan, alangkah baiknya jika ketiga-tiga individu ini (mereka bukan Tiga Abdul), tampil membantu pihak-pihak yang dilantik untuk menjalankan siasatan.
Siasat betul-betul. Jangan siasat ala kadar sahaja. Siasat dari mula. Dari perlantikan kontraktor hinggalah kepada siapakah yang mempunyai kuasa membuat keputusan memilih kontraktor yang dikatakan kurang pengalaman dan kurang kebolehan.
Ketika kontraktor menunggu masa hukuman dijatuhkan, orang yang menyebabkan kontraktor ini dilantik juga jangan sesekali dilepaskan begitu sahaja. Jika pemilihan dibuat hanya kerana kroni, nepotime atau korupsi, tidak mustahil perkara-perkara seperti akan berlaku.
Mudah-mudahan DSIJ, Rosol dan Abdul Mubin akan lebih terkenal selepas ini, untuk mendedahkan kepada umum siapa mereka ini?’
Apa yang saya harapkan, Allah menunjukkan sesuatu yang di luar jangkaan manusia. Ketika ada orang berusaha meruntuhkan kerajaan Datuk Ahmad Said tiba-tiba yang runtuhnya ‘maruah dan imej kerajaan BN’ angkara mereka yang tidak pernah mahu bersyukur dengan nikmatNya.
Menteri Kerja Raya, Datuk Shahziman Abu Mansor sendiri ketika melawat tempat kejadian mengatakan ia sesuatu kejadian yang cukup memalukan negara!
Mungkin Geng 10 tidak tahu malu…

Tiada ulasan: