Ahad, 28 Jun 2009

Terima Kasih Dr. Zambry kerana pertahankan Mufti


Oleh Malek Saiful Muda
citra_bangsa@yahoo.com

MASALAH paling besar penyokong Pas sekarang ialah mereka dihanyutkan oleh ‘ulama’ palsu dengan isu-isu karut-marut dengan membelakangkan perjuangan sebenar parti mereka, kononnya memperjuangkan Islam di Malaysia.
Dalam keadaan sekarang, seluruh umat Islam di Malaysia seharusnya mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang mempertahankan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria apabila diserang Dewan Pemuda Pas Perak.
Dewan Pemuda Pas Perak tidak akan menyerang Nik Abdul Aziz Nik Mat kalau Nik Abdul Aziz mempertahankan ‘kita boleh bersahabat dengan syaitan’ dan tidak akan marah kalau Nik Abdul Aziz mengatakan ‘Elizabeth Wong teraniaya kerana gambar separuh bogelnya disebarkan melalui internet’.
Tetapi apabila Mufti Perak yang memang bukan orang politik, apabila bercakap mengenai perasaannya yang kecewa kerana usaha mengujudkan kerajaan perpaduan, diserang hebat oleh budak-budak Pas.
Kata Menteri Besar Perak, “Apabila Mufti tegur Barisan Nasional (BN) mereka tepuk tangan tetapi apabila tegur mereka , mufti kena hentam,”
Reaksi Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir terhadap tindakan pengikut Pas yang membidas Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria gara-gara kenyataan beliau tentang kerajaan perpaduan.
Dr. Zambry berkata, Mufti Perak bukan orang politik dan beliau membuat teguran sebagai seorang ulama yang cintakan kesejahteraan.
“Sikap penyokong Pas ini tidak melambangkan mereka mewakili parti Islam kerana Islam mementingkan keadilan,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pemuda Pas Perak yang melahirkan rasa kecewa mereka terhadap pandangan Harussani ekoran kegagalan pembentukan kerajaan perpaduan antara Pas dan Umno.
Harussani sebelum ini melahirkan rasa kecewanya dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa parti Islam tetapi terlalu taksub sehingga sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam demi menegakkan idealogi politik masing-masing.
Dr. Zambry tentunya sedar bahawa penyokong Pas memang tidak ada belajar dengan sesiapa hal-hal agama ini kecuali dengan ulama mereka sahaja. Kalau ulama mereka kata menangislah dengan nasib Elizabeth Wong yang ‘teraniaya’ akan berderai-derailah airmata orang-orang Pas, khususnya muslimat mereka kerana ‘melihat gambar Nik Aziz pun mereka dapat pahala’.
Jika mereka diminta berkawan dengan syaitan, kerana Nik Aziz kata boleh, mereka akan bersedia untuk berkawan dengan syaitan kerana mereka tidak pernah belajar agama dengan ustaz lain selain ustaz dalam Pas. Dalam Pas, asal pandai sebut sepotong dua ayat al-Quran, dapatlah gelaran ustaz.
Mereka akan beri gelaran ustaz kepada Nga Kor Ming, jika Nik Aziz ‘luluskan’ kerana Nga Kor Ming sudah menulis surat kepada Nik Aziz untuk mendapat keizinan untuk menyebut sepotong ayat Quran dalam ceramahnya.
Ada sesiapa dengar bagaimana Nik Aziz memperkatakan tentang usaha Kerajaan Negeri Kelantan mahu meningkatkan tahap ekonomi rakyatnya? Semua itu tidak penting kerana bagi Nik Aziz, selagi dia boleh menjanjikan syurga di akhirat, penyokong Pas akan terus menyokongnya.
Itulah sebabnya, gambar Nik Aziz sekarang sudah mereka agung-agungkan seperti mana penyokong PKR mengagung-agungkan gambar Anwar Ibrahim di simpang Batu Caves tidak lama dahulu kerana ‘memandang gambar Nik Aziz dapat pahala’ seperti mereka memandang dan bersimpati terhadap gadis bernama Elizabeth Wong.
Hari ini, Nik Aziz sudah menerma kunjungan Lee Kuan Yew yang suatu ketika dahulu amat gementar mendengar Pas semakin kuat di Malaysia. Nik Aziz juga sedia menyokong mana-mana pihak yang berusaha mahu membawa balik Chin Peng, yang didakwa bertanggungjawab menyebarkan pengaruh komunisme di Malaysia.
Nik Aziz juga sedia untuk ‘memberi sijil halal’ kepada Nga Kor Ming jika Nga mahu mendekati Islam dengan permulaan menyebut sepotong ayat Quran dalam ceramahnya.
Nik Aziz sedia untuk menghina 3 juta ahli Umno yang disifatkannya menyertai sebuah parti yang merupakan setanding dengan komunis dan Ayah Pin yang memerintah kerajaan langit.
Nik Aziz boleh bercakap apa sahaja seperti orang nyanyuk kerana dia akan dipertahankan oleh penyokong-penyokong Pas yang sudah menganggap Nik Aziz bukan setakat Tok Guru mereka tetapi mungkin ‘manusia yang tidak melakukan kesalahan dan kesilapan’.
Kesihan orang-orang Pas. Mereka menjadi mangsa kepada seorang yang sudah terlalu lama memegang kuasa di Kelanntan. Dia buat apa pun, pengundi di Kelantan tetap menyokongnya. Itulah sebabnya dia tidak risau terus melalut seperti orang tidak beriman.
Nik Aziz ini sebenarnya seorang yang angkuh. Lihat sahaja apabila dia menyerang Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasharudin Mat Isa dalam isu kerajaan perpaduan. Dia tidak menyerang Karpal Singh yang mempertikaikan Islam sebagai tunggak perjuangan Pakatan Pembangkang. Dia tidak kisah dengan cakap-cakap Karpal Singah “langkah mayat saya dulu sebelum melekasanakan hukum Islam di negara ini.”
Ada hati Nik Aziz nak pelawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat. Dia bermaksud, dia nak mengajar Najib ilmu-ilmu Islam seperti dia mengajar orang Pas ilmu Islam.
Nik Aziz ni bukan pandai mana. Lihat sahaja apabila dia menyokong nama Allah digunakan oleh Gereja, kenapa orang Islam yang bijak tidak menyerangnya? Kerana apa orang Islam membiarkan sahaja apa yang dia rasa dia betul?
Masalah orang Islam yang sebenarnya ialah “taksub kepada pemikiran sendiri” yang kini sudah jelas membuktikan Nik Aziz menyangkakan dialah yang mewarisi ilmu Rasullullah sedangkan orang lain semuanya tidak seperti dia.
Ketika dia menganggap dia sahaja yang pandai, dia tidak sewajarnya menghina kepandaian dan kemampuan orang lain yang hanya tidak mahu melayan karenahnya kerana dia sudah tidak rasional lagi.

Tiada ulasan: