Oleh Wan Yusof Hj Wan Ngah
KETIKA ini, tentulah ramai yang tertanya-tanya, dimanakah beradanya Datuk Din Adam, bekas Exco Belia dan Sukan Negeri Terengganu, kerana dia tentunya tahu banyak mengenai pembangunan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak dekat Kuala Terengganu.
Apakah ada mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) khususnya yang satu geng dengan Din Adam dalam Kumpulan 10, mahu mengadakan ‘tunjuk perasaan’ bagi melahirkan rasa kecewa dan kesal dengan apa yang berlaku sekarang.
Memetik kata Menteri Kerja Raya, Datuk Shahziman Abu Mansor yang melawat tempat kejadian, kejadian runtuhnya bumbung stadium ini sebagai kejadian yang memalukan negara. Malangnya, mereka yang terlibat dengan ‘kelahiran’ stadium ini, mungkin jenis manusia yang tidak tahu malu.
Sehingga rencana ini ditulis, ADUN Bukit Besi Din Adam yang tewas dalam percubaan mahu menjadi Ketua Umno Bahagian Dungun ini, masih belum muncul mengeluarkan kenyataan tetapi dalam laporan harakahdaily.net, apa yang berlaku ini dikaitkan dengan ‘kroni Idris’ (Datuk Seri Idris Jusoh yang menjadi Menteri Besar Terengganu, 2004-2008).
Lapor hadarakahdaily.net, terbangunnya stadium ini menjadi kebanggaan Idris yang menjadikannya sebagai bahan kempennya dalam PRU 12, Mac 2008 yang lalu, tetapi dalam majlis perasmian Sukma 2008 yang diadakan pada 31 Mei 2008, Datuk Ahmad Said yang berada di pentas khas bersama Sultan Terengganu, kerana Idris tidak lagi menjadi Menteri Besar Terengganu sebaliknya, Datuk Ahmad diperkenankan menjadi Menteri Besar.
Ketika Din Adam mungkin sibuk dengan agenda untuk menyakinkan pihak Kuala Lumpur, khususnya Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa kepimpinan Datuk Ahmad ‘terlalu teruk’ tiba-tiba, bumbung stadium runtuh yang sekaligus mampu meruntuhkan keegoan Kumpulan 10 yang terlalu menyanjung kepimpinan Idris yang mereka gelar DSIJ.
Menurut harakahdaily.net, ketika mereka mengharapkan ‘keruntuhan’ kerajaan Datuk Ahmad Said yang tidak mendapat sokongan Kumpulan 10, tiba-tiba yang ‘mengalami keruntuhan’ ialah bumbung stadium yang dibangunkan dalam era pentadbiran DSIJ dan Din Adam.
Mungkin Din Adam mengurut dada, kelegaan kerana pernah menolak perlawaan Datuk Ahmad Said supaya dia menjadi Exco Belia dan Sukan, menyambung tugasnya sebelum itu. Namun, dalam kelegaan, ada juga kerisauan kerana jika benarlah keruntuhan ini ada kaitan dengan ‘perkara yang tidak betul’ terutamanya dalam pemberian projek ini, segala-galanya akan terdedah sedikit masa lagi.
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menelan belanja RM292 juta, menimbulkan pelbagai tanda-tanya dan jika benar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mampu membongkar sesuatu dari apa yang ‘terselindung’, maka akan dapatlah rakyat mengetahui, betulkah stadium ini bernilai sebesar itu?
Menurut Utusan
Pembinaannya siap 90 peratus ketika pra-Sukma 2008 berlangsung dari 1-5 Mei 2008. Perasmian stadium ini diadakan pada 10 Mei 2008 oleh Yang DiPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Menjadi lokasi acara olahraga, boling dan tarik tali pada kejohanan Sukma 2008 dari 31 Mei 2008 hingga 9 Jun.
Mula digunakan untuk acara sukan dan semua perlawanan liga bola sepak negara dimulai perlawanan separuh akhir antara Terengganu dan Kedah pada 17 Ogos 2008.
Menjadi lokasi perasmian Kejohanan Kuda Lasak Dunia (FEI) 2008 oleh Yang DiPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 5 November 2008.
Keretakan serta bumbung yang senget dikesan beberapa bulan sebelum ini dan bumbung bahagian timur sepanjang 400 meter runtuh pada pukul 9.30 pagi, 2 Jun 2009.
Tidak pula diketahui, apakah Menteri Kerja Raya memanggil Din Adam dan DSIJ untuk mendengar kenyataannya dan adakah Datuk Shahziman masih mahu mempercayai kenyataan mereka berdua kerana negara sudah dimalukan dengan kejadian ini.
Kata Shahziman lagi, kejadian bumbung stadium runtuh ini boleh menimbulkan imej negatif bahawa kontraktor
“Stadium ini baru dibina setahun yang lalu. Kejadian runtuhan ini memalukan imej negara.
“Nanti orang kata di
Tiada ulasan:
Catat Ulasan