Oleh Hassan Md Hussein (Sandakan)
TULISAN blogger Musli Oli pada Rabu, 20 Mei 2009 dalam blognya http://muslioli.blogspot.com mengenai orang Melayu bodoh politik, tergerak hati saya menjawab tulisan itu, sebagai polemik politik supaya blogger yang tidak cerdik itu sedar, bukan dia pandai sangat politik.
Kalau menulis dan kemudiannya mencari orang politik supaya menaja percetakan bukunya, itu bukan kerja cerdik. Jika menulis dan kemudiannya ugut orang politik supaya membiayai bilik hotel dan perbelanjaan selama berada di Kuala Lumpur, itu bukan kerja yang baik.
Semua orang politik tahu ketika tempoh kempen pemilihan Umno sedang berlangsung Musli sibuk ke hulu ke hilir mencari ‘mangsa’ dan salah seorang calon Timbalan Presiden memberikannya RM puluhan ribu tetapi janganlah selepas tidak ada musim pemilihan, semua oran Melayu sudah dimasukkan ke dalam karung dengan tuduhan bodoh dan sebagainya.
Pemimpin politik mempunyai tanggungjawab besar untuk membela nasib bangsanya. Pemimpin politik juga mempunyai komitmen untuk membangunkan kawasan yang tertinggal demi rakyat yang ingin menghirup nafas kemerdekaan. Malangnya, ada seorang dua penulis, yang menyangka tulisannya boleh menjauhkan seseorang, ke hulu ke hilir, meminta penajaan mencetak buku.
Dalam satu tulisannya, Musli juga mengelarkan seorang Ketua Penerangan Umno yang dikenalinya sebagai ‘bangang’. Kenapa dia menggunakan perkataan seperti ini untuk menyampaikan mesej? Apakah dia tidak data duitdari orang itu menyebabkan dia ‘gunakan perkataan bodoh, bangang dan sebagainya’.
Walaupun isterinya seorang yang berpangkat besar dan mereka baru membeli sebuah ruah kedai di Sabah, janganlah dia jadikan dunia enulisan politik sebagai ‘bahan mencari makan secara tidak baik’ dan apabila tidak dapat apa-apa hasil ugutannya, semua orang politik digelarnya bodoh dan bangang.
Selama ini, tiada siapa memperdulkan Musli ‘membawa tempurung’ ke pejabat-pejabat orang politik. Bagi mereka, itu hak dia dan kalau ada orang politik sukakanya, barlah mereka membantu Musli. Tetapi menggunakan blog untuk menulis dan meghina orang Melayu dan pemimpin Melayu, itu sudah keterlaluan. Adalah lebih baik jalau Musli boleh balik ke Sabah dan menulis dari Sahah.
Kalau dia menulis dari Sabah, barangkali modal tidak sebesar menulis di Kuala Lumpur. Mengusung laptop dan menunjuk-nunjuk blog yang dikelolakannya untuk menarik perhatian orang politik, menyebabkan orang yang berada di kelilingnya menyifatkannya sbagai ‘gila bahasa’.
Gila bahasa, bagi mereka yang selalu berada di sekitar The Mall, Yaohan bermaksud ‘perasan’. Perasan dengan perasaan adalah dua perkara yang berbeza dan meminta orang politik membiayai kos mencetak buku politik adalah satu perbuatan yang benar-benar mencemarkan dunia penulisan politik tanahair.
Tidak hairanlah kalau ada orang politik yang tidak menghormati penulis politik, walaupun penulis politik itu adalah G7 dalam Umno dan undinya diperlukan untuk mencari kemenangan. Ini kerana, ada segelintir penulis politik menjadikan bidang penulisan untuk ‘black mail’ orang politik dan penulis politik ini terlupa, mereka juga boleh diblack mail oleh orang lain, jika mereka mahu.
Ramai orang politik mengharapkan Musli boleh duduk serumah dengan penulis Yahaya Ismail yang pernah membuat buku berbaur fitnah terhadap KhairyJamaluddin hingga menyebabkan Khairy membuat repot polis ke atas Yahaya. Buku bertajuk Tuah dan Sial Khairy Jamaluddin khabarnya tidak terjual banyak tetapi apa yang mengejutkan ada pula sebuah buku sedang ditulis bertajuk Tuah dan Sial Yahaya Ismail.
Ketika Musli sedang mengira-ngira berapa kutipan harian dan mingguan yang bakal dia dapat hasil turun naik pejabat orang politik, banyak mata sedang memerhatikan tingkah lakunya. Ketika dia sering bercakap bukan Umno memberi dia rezeki, tetapi ramai yang tahu, dia kerap turun naik pejabat pemimpin Umno dan belum pernah sesiapa terjumpa dia di Pejabat MIC, Gerakan, PPP atau pun MCA.
Cuba baca tulisan asalnya ini; Asalnya tajuk artikel ini “Orang Melayu bodoh politik” bukan OKU atau orang kurang upaya. Tetapi perkataan bodoh ini agak kasar dan bersifat kurang ajar walaupun sebenarnya memang bodoh lah gambaran tepat sikap pemimpin Melayu sekarang.. (baca selanjutnya dalam http://muslioli.blogspot.com)
Khamis, 28 Mei 2009
Musli pandai sangat ke kata pemimpin Melayu bodoh?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan