Selasa, 12 Mei 2009

Pakatan Pembangkang sudah berjaya malukan Malaysia


Oleh Ahmad Hj Ishak

KETIKA berada di Indonesia minggu lalu, terbaca di dalam akhbar Kompas Jumaat 8 Mei 2009 satu berita bertajuk Parlemen Perak Kisruh Besar – Wakil Rakyat Adu Mulut dan Baku Hantam.
Siap ada gambar Ahli Parlimen Batu, Tian Chua kelihatan tersenyum apabila ditahan polis ketika berada di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Perak.
Mungkin bagi Pakatan Pembangkang, inilah kebanggaan mereka kerana nama Negeri Perak dan Negara Malaysia sudah berjaya dicemarkan dengan insiden 7 Mei 2009 yang lalu.
Bagi orang di luar Malaysia mereka tidak akan tahu bahawa semua ini sudah dirancangkan begitu rupa kerana sejak tumbangnya kerajaan Pakatan Pembangkang di Perak, seluruh dunia sudah diberitahu bahawa Barisan Nasional (BN) telah melakukan kudeta.
Mengikut laporan akhbar Kompas, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mengetuai kudeta itu tetapi mereka tidak pernah mahu menceritakan (baca: melaporkan) bahawa kerajaan rapuh Pakatan Pembangkang itu sebenarnya kehilangan sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri (dalam akhbar Kompas dikatakan Parlimen) Negeri Perak apabila tiga ADUN dari Pakatan Pembangkang memilih untuk meninggalkan parti masing-masing dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN.
Tidak ada kudeta. Tidak ada rampasan kuasa. Tidak ada pertumpahan darah dan tidak ada sesiapa yang terkorban kerana ‘kesedaran tiga ADUN’ dari Pakatan Pembangkang ini untuk tidak terus kekal dengan kerajaan yang dikuasai sepenuhnya oleh DAP itu.
Ketiga-tiga mereka, menyedari tidak boleh terus kekal duduk dalam Pakatan Pembangkang kerana mereka tahu bahawa keadilan untuk rakyat tidak akan diutamakan dan ikatan antara DAP, PKR dan Pas terlalu rapuh.
Rakyat Perak, khususnya orang-orang Melayu yang pernah tidak mengundi calon BN dalam PRU 12, perlulah sedar bahawa terdapat tiga ADUN yang sanggup menjadi ‘sasaran serangan’ hanya kerana mereka sanggup berkorban.
Pengorbanan ketiga-tiga ADUN ini terlalu besar. Walaupun Pas, DAP dan PKR menuduh mereka bertiga sebagai pengkhianat, tetapi rakyat kenalah tahu dan kenal secara dekat, siapakah pengkhianat di Perak sebenarnya.
Mereka yang datang ke Perak, mungkin dari Kelantan, mungkin dari Pulau Pinang atau mungkin dari Kuala Lumpur, dengan berbaju hitam dan sanggup duduk di atas jalan raya apabila pihak Polis meminta mereka beredar, hanyalah pengacau.
Apa yang Ahli Parlimen PKR dari Ampang Jaya sudah sumbangkan kepada rakyat Perak selama ini hingga dia beria-ia sangat sekarang ini mahu berada di sekitar DUN Perak, jika bukan bertujuan menghangatkan lagi siatuasi hari persidangan tersebut?
Sebenarnya, kalau MP Ampang Jaya tidak datang pun ke Ipoh, di mana siding DUN Perak mahu diadakan, persidangan itu berjalan juga. Bukan MP Ampang Jaya boleh menambah atau mengurangkan quoram persidangan tetapi kononnya mahu memberikan sokongan moral ke arah suasana menjadi semakin gawat.
Polis sudah beri peingatan, tidak perlu ke Ipoh pada 7 Mei 2009 kerana khuatir keadaan menjadi tidak terkawal. Pihak polis bukan bercakap kosong sebaliknya pihak polis tentunya mempunyai alasan mengapa arahan seperti itu terpasksa dikeluarkan.
Jika kaki-kaki sibuk, kaki-kaki bersila di atas jalan raya dan kaki-kaki kecoh tidak menghadirkan diri di Ipoh dan sekitar DUN Perak, perlu apa polis mengadakan kawalan keselamatan di sekitar DUN Perak?
Apakah pembangkang di Malaysia, termasuk tokoh pujaan mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang tidak tahu dari 59 kerusi DUN di Perak, kini mereka (baca: Pakatan Pembangkang) hanya mempunyai 28 kerusi manakala BN mempunyai 31 kerusi. Yang mana lebih banyak? 28 atau 31? Kalau jawapannya 31, maknanya, BN menguasai kerajaan Negeri Perak.
Ada seorang pemimpin besar Pas, yang berjawatan Naib Presiden, Datuk Husam Musa siap menulis surat meminta BN membawa kepada Sultan Perak supaya DUN Perak diperkenankan untuk dibubarkan.
Ini bermakna, pemimpin Pas itu, yang kini beria-ia sangat mahu bertanding kerusi Timbalan Presiden sedar, hanya pemimpin (baca: Menteri Besar Perak sekarang, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir) sahaja yang boleh memohon perkenan Baginda Paduka Seri Sultan Perak untuk memperkenankan pembubaran DUN.
Kenapa Husam tidak mengarahkan anak buahnya, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin untuk memohon mengadap Paduka Seri Sultan Perak? Tentulah Husam yang juga orang kanan Menteri Besar Kelantan sedar, Perak kini diketuai BN dan Menteri Besarnya bernama Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.
Nampaknya yang tidak mahu faham lagi ialah Nizar sendiri. Yang masih tidak mahu faham ialah Ngeh Koo Ham dan sepupunya, Nga Kor Ming dan penyokong-penyokong yang sedang seronok mahu memakai baju hitam di Perak. Mungkin, Mohamad Sabu juga tidak faham, seperti mana Husam Musa faham. Agaknya, itulah sebab mengapa Mohamad Sabu mengarahkan penyokong-penyokong berhimpun dan menunjuk perasaan.
Nizar mungkin sudah faham kot, yang dia bukan Menteri Besar lagi. Itulah sebabnya dia menulis jawatannya ketika mengisi borang ketika hendak bertanding di Parlimen Bukit Gantang sebagai ADUN Pasir Panjang.
Cuma, Nizar secara diam-diam masih mengaku dia masih Menteri Besar sedangkan dia sudah tidak lagi mengadakan mesyuarat mingguan Exco kerana sudah tidak ada Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang dan Pegawai Kewangan Negeri mahu hadir mesyuarat Exco yang dia adakan. (Artikel ini ditulis sebelum keputusan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) pada 10 Mei 2009).

Tiada ulasan: