Ahad, 24 Mei 2009

Layan Karenah Dr. Lo’ Lo’ buang masa saja


Oleh Ujang Syamsul Bahri

MEMBACA rencana tulisan Rahman Zamrud dalam http://bypass308.blogspot.com dan kenyataan Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo’ Lo’ Ghazali mengenai kata-kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin terhadapnya, jelas memperlihatkan penyokong Pas cukup terdesak sekarang dalam mencari publisiti.
Walaupun penulis yang menamakan dirinya sebagai Rahman Zamrud, saya mengharapkan penulis itu tidak menggunakan ‘batu zamrud’ sebagai otaknya kerana jika dia boleh berfikir, kenapa dia tidak menulis secara jujur, bagaimana Menteri Wilayah Persekutuan boleh mengeluarkan kata-kata yang mereka anggap kasar itu.
Sekadar catatan, Raja Nong Chik sudah mengeluarkan kenyataan mengatakan beliau sudah meminta maaf, (lihat malaysiakini.com) sebagai seorang yang beragama Islam, jika kata-katanya menyinggung perasaan Dr. Lo’ Lo’ di tempat kejadian pada waktu dan hari yang sama.
Biasalah, orang Pas. Publisiti cukup penting buat mereka. Kerana satu ayat, berbentuk gurauan dari seorang yang bergelar menteri, digunakannya untuk memperbesar-besarkan isu tersebut, kononnya, ia sebagai gangguan seksual.
Ada pula penulis, bernama Rahman Zamrud menjadikan nilai otaknya sama dengan seketul batu bernama Zamrud, menulis dengan bahasa yang amat tidak baik, tetapi mungkin ‘diluluskan jawatankuasa penyuntingan Pas’ iaitu ‘bodoh sombong, kurang ajar, kencing, berak, piraahh, bengap dan sebagainya (sila lihat tulisannya).
Satu perkara dalam Pas, jika budak-budak mereka, termasuk Rahman Zamrud menggunakan perkataan ‘tidak sopan’ mereka ‘halalkan’ tetapi kalau ada perkataan ‘tak kan kalau saya nak ke tandas, nak beritahu you, you nak ikut ke?’ akan diperbesar-besarkan, seolah-olah yang kasar, Menteri Wilayah Persekutuan dan yang halus, orang Pas.
Dr. Lo’ Lo’ ni sebenarnya bukan sekali buat hal di majlis-majlis rasmi. Dia pernah ‘mendekati’ Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad, ketika Timbalan Menteri Kesihatan (kini Timbalan Menteri Pertahanan) menghadiri satu majlis di Parlimen Titiwangsa.
Kini, dia buat masalah pula dengan Menteri Wilayah Persekutuan. Khabarnya dia membebel-bebel ketika sampai di sekitar Keramat Mall dan Pasar Baru Datuk Keramat. Betullah, seperti kata Datuk Raja Nong Chik, lawatannya itu adalah lawatan mengejut. Jemputan diuruskan DBKL. Kenapa nak serang Menteri Wilayah Persekutuan kerana dia tidak dijemput? Kalau dia rasa dia perlu hadir, datanglah. Janganlah ganggu majlis orang, walaupun dia adalah Ahli Parlimen Titiwangsa.
Lagipun, sebagai Ahli Parlimen, mungkin dia tidak ada kerja lain selain mengitip kalau-kalau ada majlis menteri bersama DBKL. Kalau dia hadir pun, masalah yang berbangkit di situ bukan dia boleh selesaikan, kecuali jika DBKL dan Menteri Wilayah Persekutuan bersetuju untuk membantu menyelesaikannya.
Pengundi yang memilih Pas dalam pilihan raya umum yang lepas pun tahu, mereka bukan mahukan calon Pas menang di kawasan mereka tetapi mereka memberikan tanda protes kepada Umno dan BN ketika itu. Itu sahaja. Tidak ada dalam sejarah, kawasan Titiwangsa dimenangi Pas atau mana-mana parti pembangkang, walaupun satu ketika Lagenda Politik Melayu, Datuk Harun Idris pernah bertanding di situ.
Kalaulah Rahman Zamrud dan tokoh atau idolanya Dr. Lo’ Lo’ boleh ‘bersikap dingin kepala’, isu yang timbul ini sebenarnya boleh dilupakan sahaja. Malangnya, Pas yang semakin sepi dari isu perjuangan sekarang, kecuali mempertahankan ADUN-ADUN Pkar yang dikatakan berbogel, kini mengambil kesempatan untuk menjadi popular dengan isu Menteri Wilayah Persekutuan sepatutnya meminta maaf kepadannya secara terbuka.
Lebih melucukan, Rahman Zamrud menulis kononnya Datuk Raja Nong Chik menjadi Menteri atas tiket Senator atau pintu belakang, tetapi Dr. Lo’ Lo’ menang pilihan raya.
Masalah orang Pas ini ialah, mereka tidak faham erti demokrasi dan mereka tidak tahu Perlembagaan Negara. Mereka mengaji dengan ustaz Pas. Yang mana menguntungkan Pas, semuanya betul dan yang mana merugikan Pas, semuanya salah.
Umno berkawan dengan Cina, salah tetapi Pas berkawan dengan Cina, betul. Orang-orang Pas sudah tidak boleh menerima rasional lagi sekarang. Mereka terlalu emosional.
Tahukah mereka Senator (Dewan Negara) memang termaktub dalam Perlembagaan Negara? Kalau mereka tidak tahu, kenapa ada orang Pas jadi Senator atas cadangan DUN Kelantan dan DUN Kedah?
Itulah masalah orang Pas ni. Kalau kerusi Senator dapat kat mereka, pintu depanlah tu. Kalau dapat kat Umno, pintu belakanglah tu. Mereka tidak rasional. Mereka sebu. Mereka buntu dan mereka tidak dapat berfikir.
Saya sengaja tidak mahu menggunakan perkataan bodoh, bengap, kurang ajar, kencing, berak, sombong dan bodoh sombong kerana Umno dan BN tidak pernah mengajar penyokongnya bersikap sedemikian.
Kalau Pas boleh, biarlah mereka yang gunakan. Rakyat jangan terikut-ikut dengan perangai orang Pas ni. Mereka mahu diri mereka dihormati, tetapi mereka tidak tahu macam mana mahu menghormati orang lain.
Mereka datang ke majlis orang, sudahlah tidak dijemput, membebel-bebel, menarik perhatian orang untuk melihat kepadannya sebagai seorang yang penting.
Tidak ada satu perkataan pun yang ditulis Rahman Zamrud dalam blog tersebut menyentuh mengenai permohonan maaf dari Datuk Raja Nong Chik kepada Dr. Lo’ Lo’. Beberapa kenalan yang ditemui memberitahu, sepatutnya Datuk Raja Nong Chik tidak perlu memohon maaf dari Dr. Lo’ Lo’ kerana tiada apa yang silap dengan kata-katanya itu, yang diucapkan secara sepontan.
Kehadiran Datuk Raja Nong Chik di Keramat Mall bukan kerana hendak berjumpa dengan Dr. Lo’ Lo’ tetapi mahu bersemuka dengan peniaga-peniaga di situ yang menghadapi masalah.
Tujuan dan niat Datuk Raja Nong Chik sebenarnya jauh lebih mulia dari melayan karenah budak-budak Pas yang tidak habis-habis mencari publisiti murahan, tanpa ada apa-apa cadangan untuk menyelesaikan masalah peniaga-peniaga tersebut.
Tidak hairanlah, satu ketika pengundi di Bukit Gantang menolak kehadiran Dr. Lo’ Lo’ ini di kawasan Parlimen mereka tetapi malangnya pengundi di Titiwangsa memilihnya kerana tanda protes kepada calon BN di situ.
Sama-sama kita tengok, adakah Pas dapat mengekalkan kerusinya di Parlimen Titiwangsa selepas ini?

(dipetik dari http://bypass308.blogspot.com)

Tiada ulasan: