Oleh Saiful Malek Muda
citra_bangsa@yahoo.com
SYUKUR Alhamdulilah. Saya lafazkan rasa syukur ini kerana sebelum membaca kenyataan Mufti Perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya dan Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin saya sudah terbaca tulisan Zamzuri Damanhuri bertajuk Mogok lapar : Biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya dalam http://citra-bangsa.blogspot.com yang dipetik dari http://www.parpukari.com.
Kata Mufti Perlis, haram dan menyerupai amalan agama lain!
Dr. Juanda menegaskan, umat Islam diharamkan sama sekali melakukan mogok lapar kerana perbuatan itu menyerupai amalan agama Buddha dan Hindu.
Kata beliau, jika seseorang penganut Islam meninggal dunia ketika sedang melakukan mogok lapar, dia dikhuatiri mati dalam keadaan tidak beriman.
“Jesteru saya ingatkan para penganut Islam, jangan membudayakan mogok lapar kerana ia jelas berbea dengan amalan puasa yakni ibadat yang dituntut,” tegasnya.
Beliau mengulas rancangan pakatan pembangkang mengadakan mogok lapar selama tiga hari bermula Selasa ini, selepas tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Kata Dr. Juanda, selain amalan mogok lapar beliau juga khuatir dengan aktiviti berhimpun sambil menyalakan dan mengarak lilin yang berleluasa di negara ini.
“Jika ia dilakukan oleh orang Kristian tidak mengapa kerana memang ada amalan sebegitu dalam agama mereka.
“Tetapi suka diingatkan, orang Islam dilarang meniru amalan agama lain yang memudaratkan diri, menimbulkan fitnah kepada pihak lain dan melanggar undang-undang,” katanya.
Sementara itu, Mufti Johor pula menegaskan, umat Islam diharamkan menyertai mogok lapar itu dan pihak berkuasa pula perlu menghalangnya daripada berlangsung kerana ia boleh menimbulkan fitnah besar kepada negara.
Kata Mohd Tahrir, jika sesuatu mogok lapar berjaya dilangsungkan, ia mungkin menjadi permulaan kepada fitnah-fitnah lain pada masa akan datang.
“Orang Islam sama sekali diharamkan terlibat dalam mogok ini walaupun bertujuan memberi sokongan. Ini kerana umat Islam wajib menjaga nyawa sendiri.
“Jika tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara, ia harus diselesaikan melalui rundingan atau perundangan,” katanya.
Dari kenyataan dua mufti ini, janganlah hendaknya penyokong-penyokong Pas dan PKR, khususnya yang beragama Islam menyerang dengan kata-kata hina kepada kedua-dua mufti ini seperti mana mereka pernah menyerang Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria kerana mengeluarkan pendapat yang mereka anggap tidak menyokong mereka.
Setakat ini ulama Pas belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai hasrat DAP mahu mengadakan mogok lapar ini, lebih-lebih lagi, Datuk Seri Mohamad Nizar diundang untuk merasmikan perlancaran mogok lapar ini.
Biasanya, ulama Pas, asalkan perkara-perkara ini menguntungkan mereka, mereka akan kata ‘boleh’ kerana Pas yang selama ini mengatakan Islam menjadi pegangan mereka, merupakan ‘parti politik’ juga.
Kata-kata ulama mereka boleh berubah-ubah mengikut masa dan keadaan, asalkan menguntungkan mereka.
Dulu, Umno dikatakan kafir kerana berkawan dengan bukan Islam tetapi sekarang mereka sudah tidak menggunakan senjata serupa untuk menyerang Umno kerana mereka juga sudah berkawan dengan bukan Islam dalam mencari undi dan kemenangan dalam pilihan raya.
Memetik tulisan Zamzuri Damanhuri; BIASALAH. Kalau DAP mahu mengadakan mogok lapar, ia memang budaya mereka. Budaya yang tidak sesuai dengan masyarakat Melayu di Malaysia. Dalam Islam, kita diajar berpuasa dan doa orang yang berpuasa, insyaAllah akan dimakbulkan Allah.
Tetapi kalau DAP memilih untuk mogok lapar, khabarnya, mogok lapar mereka boleh minum susu dan minum air, kalau dahaga dan terasa lapar, biarlah mereka melakukannya. Ini sahajalah yang boleh mereka lakukan setelah mereka tahu, proses undang-undang memang jelas adil tetapi tidak menyebelahi mereka.
Kalau proses undang-undang menyebelahi mereka, mereka tidak jadi mogok lapar. Kalau undang-undang menyebelahi mereka, mereka tidak berkabung memakai pakaian serba hitam, macam orang Cina berkabung kerana keluarganya mati.
Pakatan Pembangkang yang diketuai Nga Kor Ming memberitahu akan mengadakan mogok lapar selama tiga hari bermula 26 Mei ini untuk menyampaikan mesej agar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan.
Di mana mereka mengadakan sidang akhbar? Di Wisma DAP. Di mana letaknya Wisma DAP? Bersententang dengan Pejabat Menteri Besar Perak. Kenapa Wisma DAP terletak di situ? Kerana mereka bercita-cita menjadikan Wisma DAP sebagai pejabat Menteri Besar DAP, selepas DAP tidak diperkenankan Tuanku Sultan Perak menjadi MB Perak selepas PRU 12, Mac 2008 yang lalu.
Cuba kita bertanya dengan DAP, Pas dan PKR di Perak. Jika selepas diadakan pilihan raya semula, keputusannya nanti ‘status quo’ tidak ada bezanya dari jumlah kerusi yang diterima sebelum ini, adakah mereka mahu DUN Perak dibubarkan lagi?
Misalannya, keputusan kali kedua dibubarkan, begitu juga keputusannya, adakah DUN Perak akan dibubarkan semula, sehingga DAP menang 100 peratus kerusi di DUN Perak?
Kalau perkiraan DAP kurang cerdik, janganlah PKR dan PAS juga mengikut apa sahaja kehendak DAP. Tidak ada suara langsung PAS dan PKR dalam bab DUN Perak dibubarkan ini. Mengikut sahaja!
Mogok lapar itu khabarnya akan dirasmikan Mohamad Nizar Jamaluddin dan V. Sivakumar. Kenapa dua orang sekali merasmikannya? Tentulah kerana DAP tahu Mohamad Nizar tidak ada kuasa apa-apa ketika menjadi Menteri Besar, manakala V. Sivakumar adalah ‘hero Tamil’ yang baru menerima oskar pelakon terbaik dalam drama panjang Persidangan DUN Perak, 7 Mei lalu.
Selasa, 26 Mei 2009
Haram Mogok Lapar, kata Mufti
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan