Rabu, 27 Mei 2009

Nik Aziz tak ada maklumat sebelum bercakap

Oleh Malek Saiful Muda

citra_bangsa@yahoo.com

JIKA sebelum ini, anak kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat, Nik Abduh sendiri kesal dengan nasihat yang salah diberikan kepada bapanya, oleh para penasihat, kini bolehlah disahkan kata-kata itu apabila Menteri Besar Kelantan ini memberi gelaran Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Mahkamah.
Menggelar Menteri Besar Perak sebagai Menteri Besar Mahkamah membuktikan Nik Aziz sebenarnya bercakap tanpa maklumat yang cukup kerana usianya yang sudah semakin tua. Dalam kes antara Dr. Zambry dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, keratan wawancara antara Berita Minggu 17 Mei 2009 dengan Mohamad Nizar sepatutnya diberikan kepada Nik Aziz.
Mungkin Setiausaha Akhbar dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kelantan tidak dibekalkan dengan akhbar ini. Oleh sebab itu, dipetik semula sebahagian dari hasil wawancara tersebut. “…Berlakulah krisis ini. Ia berlakuberpanjangan sampailah kemuncaknya apabila saya mengambil tindakan mahkamah. Kami ambil tindakan berdasarkan lunas undang-undang, bukannya nak merebut kuasa itu sangat.”
Kalaulah Nik Aziz tidak ada kesempatan membaca akhbar arus perdana kerana kesibukan, sepatutnya pembantu-pembantunya membacakan bagi pihaknya. Barulah dia menjadi Menteri Besar (MB) yang ‘up to date’ kenyataannya. Tapi nak buat macam mana, pemimpin dalam Pas, dianggap maksum oleh orang-orang Pas. Semua yang dia cakap, dianggap sebagai fatwa. Semua betul.
Itulah sebabnya, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata; sepatutnya Mursyidur Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat memberikan gelaran ‘Menteri Besar Mahkamah’ kepada Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin kerana beliau yang lebih sesuai menerimanya.
Dr. Zambry berkata, orang yang mula-mula mengheret isu itu ke mahkamah ialah Mohamad Nizar dan selayaknya gelaran itu diberikan kepadanya.
“Sebenarnya yang sepatutnya ‘tuan guru’ (Nik Aziz) sebutkan ‘Menter Besar Mahkamah’ itu ialah Nizar kerana yang menyerang dan membawa kes ke mahkamah itu bukan saya tetapi beliau yang melakukan proses itu.
“Jadi saya perbetulkan pandangan ‘tuan guru’ yang saya hormati kerana sebagai manusia biasa, dia buat silap juga,” katanya kepada pemberita di Ipoh.
Dr. Zambry mengulas kenyataan Nik Aziz kelmarin yang menyifatkan beliau sebagai menteri besar mahkamah dan bukannya mewakili seluruh penduduk Perak.
Di sini, rakyat oleh menilaikan. Inilah sebenarnya kelakuan pemimpin Pas. Merek tidak ada maklumat dan mereka tidak tahu banyak perkara sebelum mereka bercakap. Nasib baik dia tidak bercakap soal-soal ekonomi. Kalau tidak, musnah.
Begitu juga dengan hal-hal keselamatan. Kalau mereka bercakap soal-soal keselamatan, boleh huru-hara keadaan di negara ini. Namun, inilah Pas dan kelemahan yang ada ini menyebabkan Pas dapat ‘diperkudakan’ oleh PKR dan DAP.

2 ulasan:

krdb berkata...

salam,
saudara, maafkan sya terlebih dahulu adai kata sya mungkin membuat kan saudara berasa x selesa.
sya ini bukanlah pandai sgt nak bagi pendapat kat org tp sya cuba.
dengan ilmu agama yg ada di kalangan wakil pas sya yakin mereka boleh mentabir malaysia dgn mengikut landasan islam.
sya x nak burukkan sesiapa, yg penting nawaitu kta sbb ape. sya yakin saudara nak masuk syurga, jd dikesempatan ini berdakwah lah agar manusia di muka bumi ini menjalan tanggungjawab sebagai islam yang baik. sudara pn dapat pahala, ni org kata sikit saudara pulak sambung memburukkan org tersebut,sama lah saudara macam org yg saudara kutuk. mungkin org itu tahu saudara x tahu atau mgkn saudara tahu org itu x tahu, maka jangan kita mengutuk org lain.

Nostalgia abkk berkata...

Saudara jangan bandingkan TG Nik Aziz dengan ahli-ahli politik lain yang ada di Malaysia ni.Perbezaan nya banyak dan tidak mungkin ia nya sesuai untuk dibuat perbandingan.