Oleh Wan Yusof Hj Wan Ngah
(citra_bangsa@yahoo.com)
MELIHAT kemelut dalam diri blogger Abdul Mubin Ismail melalui tulisannya dalam http://jaranganakmelayu.blogsot.com kebelakangan ini, jelaslah dapat kita nilaikan pemikiran ‘anak didik Datuk Din Adam’ ini terlalu mentah, malah, terlalu rendah mutunya.
Ketika dia menulis, ‘ kemelut politik di Perak masih jauh untuk kelihatan cerah dan tenang. Jelaslah Nizar nampaknya seorang hero koboi yang tidak mudah mengaku kalah. Tahniah. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang mandi biar basah, genggam bara api biar sampai jadi arang’.
Blogger ini tidak dapat membezakan antara kemelut di Perak dengan kemelut di Terengganu. Di Perak, pertembungan dua pihak, iaitu dari parti A dan parti B.
Di Terengganu, pertembungan berlaku antara ‘team A dengan team B’.
Dua negeri dengan dua kisah ini tidak ada persamaan, kecuali dalam menentang raja dan bersikap biadap dengan raja, seolah-olah, team B di Terengganu sama dengan parti B di Perak.
Amat malanglah kalau ada pembaca terkeliru dengan fahaman blogger ini yang seronok menyambut kemelut dan kalau boleh tidak mahu kemelut ini dihentikan kerana itu dia menulis…’alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang mandi biar basah, genggam bara api biar sampai jadi arang.’
Apa yang berlaku di Perak, pakatan pembangkang tidak dapat menerima hakikat mereka sudah kehilangan majoriti di DUN Perak. Selepas PRU 12, DAP, PKR dan Pas berjaya mengumpul 31 kerusi dan dengan perkenan Baginda Sultan Perak, maka salah seorang dari tiga wakil parti diangkat menjadi Menteri Besar.
Selepas 11 bulan menjadi kerajaan, pakatan pembangkang yang memang tidak ada ikatan rasmi akhirnya ‘terburai’ apabila dua ADUN dari PKR dan seorang ADUN dari DAP meninggalkan parti masing-masing. Ketiga-tiga ADUN ini memilih untuk menyokong Barisan Nasional (BN) yang mempunyai 28 kerusi dalam DUN Perak.
Bertindak atasdesas-desus kononnya mereka akan kehilangan kuasa, Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin memohon untuk mengadap Baginda Sultan bagi membubarkan DUN Perak, sedangkan ketika itu, Sultan Perak mengetahui bahawa Mohamad Nizar bukan lagi mewakili majoriti ADUN Perak.
Berbeza dengan Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh tidak mendapat perkenan dari Baginda Sultan Terengganu untuk mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terenganu.
Walaupun Idris dari Umno, tetapi Baginda Sultan memperkenankan perlantikan Datuk Ahmad Said menjadi Menteri Besar, selepas Idris cuba menyingkirkan semua Ketua Umno Bahagian dari menjadi calon (ADUN) dalam pilhan raya umum yang lalu.
Mustahil Abdul Mubin mahu menafikan bagaimana Idris berjaya ‘menyingkirkan’ empat ketua bahagian dalam PRU 11 dan menyingkirkan empat lagi ketua bahagian dalam PR 12 yang lalu supaya dia tidak mendapat saingan dari mana-mana ketua bahagian tetapi, atas kehendak Allah, Datuk Ahma Said yang merupakan Ketua Umno Bahagian Kemaman, terlepas pandang oleh Idris.
Apa yang ditimbulkan oleh Geng 10 atau ‘10 budak hitam’ di Terengganu sebenarnya satu pengkhianatan kepada Umno dan BN yang menang dan mendapat kepercayaandari pengundi.
Berbanding dengan Perak, apa yang dilakukan oleh pakatan pembangkang sebenarnya mahu mengelirukan rakyat supaya percaya kata-kata mereka, kononnya BN merampas kuasa dengan kemasukan tiga ADUN pembangkang yang kini menyokong BN.
Rakyat perlu diberi penerangan sebenar apa yang berlaku. Jika Abdul Mubin seronok dengan sikap Mohamad Nizar yang bermati-matian mahu kembali menjadi MB Perak sebagai ‘hero koboi’ yang perlu disanjung, sebenarnya ia merupakan satu kesilapan perhitungan kerana tindak-tanduk Mohamad Nizar sebenarnya menimbulkan keresahan di kalangan rakyat.
Jika Mohamad Nizar mementingkan kepentingan rakyat, dia sepatutnya memberhentikan semua kegiatan ceramah yang berunsur fitnah dan sabar untuk melalui proses undang-undang yang dia sendiri sudah mulakan.
Janganlah ketika Mahkamah Tinggi memutuskan dia menang, dia seronok tetapi apabila Mahkamah Rayuan memutuskan dia kalah, dia menghempas-hempas badan acam budak-budak menangis mahukan aiskrim.
Begitu juga Abdul Mubin. Jika dia merasakan Din Adam sepatutnya menjadi Menteri Besar Terengganu, janganlah dia menolak qada’ dan qadar Allah.
Seperti kata Datuk Ser Dr. Zambry Abdul Kadir yang beliau tidak pernah meminta untuk jadi MB Perak, begitulah juga dengan Datuk Ahmad Said yang tidak menyangka beliau akan dipilih menjadi MB Terengganu kalau Idris tidak melakukan sesuatu hal yang menyebabkan istana Terengganu tidak dapat menerimanya lagi.
10 budak hitam yang masih menjadikan Idris sebagai ‘boss’ mereka, janganlah meletakkan kepetingan Idris mengatasi kepentingan Umno dan BN.
Jika bukan kerana Umno dan BN, mustahil 10 budak hitam boleh bergelar YB walaupun sebahagian dari mereka, hanya juruteknik rendah sebelum menjadi YB.
Mereka sepatutnya menjadikan kata-kata ‘kami bukan tidak sayangka Idris tetapi kami lebih sayangkan Umno’ dalam berdepan dengan isu dan stuasi sebegini.
Kebetulan, sekarang ketua mereka di negeri ialah Datuk Ahmad Said, mengapa harus mereka memilih jalan sukar untuk menyulitkan Umno (BN) berdepan dengan PRU 13 akan datang?
(dipetik dari http://bypass308.blogspot.com )
Isnin, 25 Mei 2009
Anak Didik Din Adam Tak Faham Sentimen Politik Antara Perak & Terengganu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
http://jaranganakmelayu1.blogspot.com/2009/05/yang-tak-serupa-dan-tak-sama-_5207.html
ada artikel ditulis oleh penulis ini mengenai YANG TAK SERUPA DAN TAK SAMA
saya kira orang ini arif mengenai prinsis asas demokrasi berpalimen dan raja berpelembangaan
artikel ini mungkin untuk menyanggah apa yang ditulis oleh mubin
Catat Ulasan