Sabtu, 2 Mei 2009

Blogger ‘itulahUmno’ : orang miskin memang benci orang kaya

Oleh Wan Yusof Hj. Wan Ngah
TERGAMAM saya apabila membaca teguran ‘blogger itulahUmno’ dalam http://bypass308.blogspot.com sehari dua yang lalu kerana saya rasa saya memang memerlukan kawan-kawan, pembaca dan audien yang rajin yang melayari blog, web dan laman-laman portal supaya ‘ambil kisah’ dengan tulisan-tulisan saya.
Terima kasih kepada blogger ‘itulah Umno’ yang saya cuba layari blognya, http://itulahumno.blogspot.com tetapi malangnya, blog itu kosong, seperti kosongnya fikiran mereka yang ada jiwa tetapi tiada semangat. Lantas saya teringat satu kisah yang diceritakan oleh seorang sahabat kepada saya mengenai orang miskin yang sentiasa membenci orang kaya, sedangkan orang miskin ini sentiasa memasang cita-cita ingin menjadi kaya.
Apa dosa orang kaya kepadanya, tidak siapa yang tahu kerana orang kaya ini sentiasa membuat amal jariah kerana dia yakin, segala rezeki yang dia dapat adalah dari Allah semata-mata dan apalah salahnya jika sebahagian darinya disedekahkan kepada pihak yang memerlukannya.
Si miskin seperti biasa, mencemuh sikaya sedangkan simiskin tidak mampu bersedekah apa-apa, kecuali ‘bersedekah dengan cerita-cerita buruk dan memfitnah’ sikaya. Dalam dunia penulisan, saya terjumpa dengan ramai simiskin, yang kerjanya mengecam orang kaya. Dia juga sebenarnya bercita-cita untuk menjadi orang kaya, tetapi dalam masa yang sama, dia sentiasa menyangka orang kaya semuanya tidak berguna.
Dalam tulisan ini, saya tidak sama sekali menyamakan ‘blogger itulahumno’ sebagai simiskin dan saya sebagai sikaya kerana saya sendiri sedar bahawa saya bukanlah penulis yang hebat atau kaya dengan pelbagai idea kerana saya yakin kekuatan yang saya ada, serta semangat menulis mempertahankan kebenaran bukan kerana saya ‘makan di bawah tapak tangan Datuk Rosli Mat Hassan seperti dakwaan ‘blogger itulahumno’.
Ketika ‘blogger itulahumno’ membayangkan dia seorang penyokong Pas, saya ingin memberitahu dia bahawa saya adalah seorang penulis yang tidak menyertai mana-mana parti politik dan saya memang berminat dengan politik Umno kerana saya nampak, ada kelebihan mereka yang berjuang melalui Umno dan saya nampak, jika sesiapa yang ‘suka tidur siang hari’ (tidak suka bekerja) bolehlah masuk dan menyokong Pas.
Ketika kepimpinan Umno saya nampak bekerja kuat membawa pembangunan termasuk pembangunan modal insan, Pas pula sibuk membuat pelbagai dakwaan bagi menimbulkan persepsi kononnya semua pemimpin Umno tidak bersih, tidak bekerja dan tidak ikhlas.
Ketika pemimpin Umno terus bekerja dan menarik pelabur dari dalam dan luar negara, saya lihat pemimpin pembangkang, sama ada Pas, DAP dan PKR, sibuk menimbulkan keraguan kepada pelabur-pelabur bahawa Malaysia dipimpin oleh mereka yang diselaputi dengan persepsi buruk yang mana persepsi itu direka oleh orang-orang Pas.
Begitulah ‘blogger itulahumno’ ketika dia menulis dengan mendakwa saya dan Mubin Ismail sebagai sama-sama Umno yang dia mengakui bahawa Mubin lebih mahir dari Wan Yusof dalam dunia penulisan kerana dia nampak, dia boleh menumpang memburuk-burukkan kepimpinan Umno di Terengganu.
Apabila saya mempertahankan serangan Mubin Ismail itu dengan memberi penerangan dan ‘menembak’ Mubin seperti Mubin menembak Datuk Rosli Mat Hassan dengan kata-kata ‘doktor Jepun in bracket’, saya dituduh sebagai ‘makan di tangan Datuk Rosli.
Apakah salah saya mempertahankan orang yang benar? Adakah Geng 10 tidak menghadiri persidangan DUN Terengganu mesti dipertahankan manakala mereka yang berada di persidangan DUN Terengganu, termasuk Menteri Besar, Datuk Ahmad Said ‘dibelasah’ sebagaimana Mubin menggunakan blognya untuk tujuan mengeruhkan lagi suasana?
Inilah sebenarnya, kisah simiskin yang membenci sikaya bukan kerana sikaya menggunakan kekayaannya untuk melakukan kerosakkan tetapi mempertahankan perkara yang hak mendapat kecaman dari mereka yang mendoakan Pas kembali berkuasa di Terengganu.
Saya memberi peluang kepada ‘blogger itulahumno’ dan sesiapa sahaja untuk berpolemik tetapi jangan memfitnah kerana sesungguhnya dosa memfitnah itu lebih besar dari membunuh.

Tiada ulasan: