Oleh Zainal Yusof
SUNDAY Star, 3 Mei 2009, memetik kenyataan Ketua Polis Terengganu, SAC 1, Datuk Mohd Shukri Dahlan ‘Terengganu police have obtained new leads on the April 13 case of the SMS death threats on three Barisan Nasional assemblymen.
‘State police chief comfirmed that police were close to solving the case.
‘It is only a matter of time before the suspect is apprehended but I can’t divulge more information for now,” he said when contacted yesterday.
Ketika semua pihak menanti tindakan selanjutnya pihak polis, orang-orang Umno tertanya-tanya, kenapa dari lima ‘pemimpin tertinggi’ Umno yang diberi tanggungjawab menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri-negeri, mengapa Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein diberikan ‘tugas’ paling ringan?
‘Ringan’ di sini mereka maksudkan, hanya Hisham diberi tanggungjawab menjadi Pengerusi Perhubungan di negeri yang BN menang, sedangkan empat yang lain, menjadi pengerusi di negeri yang BN kalah.
Kata mereka yang rajin membuat persepsi, adakah ini menunjukkan keyakinan Najib terhadap Hisham terlalu ‘nipis’ hingga menyebabkan dia hanya diberi peluang menjaga negeri yang paling sedikit bahagian/kawasan Parlimen, berbanding Selangor, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang dan Kedah.
Sebelum ini, ketika mengumumkan perlantikan pengerusi-pengerusi negeri, Perdana Menteri menamakan dirinya sendiri menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal, Kedah dan Hishammuddin, Terengganu.
Semua negeri yang mendapat pengerusi negeri dari kalangan pemimpin tertinggi Umno ini adalah negeri-negeri kalah, kecuali Hishammuddin diberi tanggungjawab di negeri di mana BN menang.
Bukan sahaja BN menang di Terengganu, malahan, dari kesemua negeri ini, Terengganulah yang paling sedikit mempunyai bahagian Umno, iaitu lapan sedangkan Selangor 22, Pulau Pinang, 14, Kedah, 15 dan Wilayah Persekutuan, 14.
Mungkin hubungan Hisham dengan bahagian-bahagian agak terhad kerana dia lebih tertumpu kepada Pergerakan Pemuda, hinggalah dalam pemilihan baru-baru ini, Hisham menang kerusi Naib Presiden di tempat kedua, selepas Dr. Ahmad Zahid.
Tidak hairanlah, apabila timbul krisis politik di Terengganu, ADUN yang terkehadapan dalam isu pemboikotan persidangan DUN Terengganu, Datuk Rosol Wahid menulis dalam blognya agak Hishammuddin dapat menyelesaikan masalah politik Terengganu kerana Hisham mempunyai hubungan dengan bekas-bekas ketua Pemuda bahagian-bahagian di Terengganu.
Jika Hisham ‘mudah tunduk’ dengan kehendak Geng 10 yang memulakan krisis politik Terengganu ini, nescaya harapan Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak akan kesampaian.
Tetapi, jika Hisham memulakan langkah dengan baik dan mengikut kehendak majoriti ahli Umno, keyakinan Najib yang agak tipis terhadapnya akan berubah menjadi ‘tebal’ kerana inilah ujian pertama yang Najib serahkan kepada Naib-Naib Presiden dan Timbalan Presiden sebaik sahaja mereka menang.
Semua tahu, rekod Hisham sebagai Ketua Pergerakan Pemuda amat menyedihkan. Banyak program yang disusunnya tidak ke mana dan dalam era kepimpinannya Pemuda sering menjadi bahan kritikan.
Pemuda Umno dalam era Hisham terkenal kerana ‘memohon maaf’ kepada MCA dan masyarakat Cina kerana peristiwa menghunus keris ketika perhimpunan pergerakan itu yang menyebabkan pengundi Cina takut dan menjauhkan diri dari BN.
Malahan, kemarahan masyarakat Cina, termasuklah peristiwa bekas Naib Ketua Pergerakan Pemuda, Datuk Aziz Sheikh Fadzir pernah memanjat tembok Dewan Perhimpunan Cina di Kuala Lumpur yang dianggap sebagai ‘melampau’.
Selain itu, Hisham yang dilihat lembik selama menerajui Pergerakan Pemuda hingga menyebabkan beberapa isu yang sepatutnya mendapat perhatian dari Pergerakan Pemuda tertinggal begitu sahaja, hingga diambil kesempatan oleh parti-parti pembangkang.
Adakah dengan imej lembik dan gagal memimpin Pergerakan Pemuda itu akan menular pula ke Terengganu dengan Hisham mengambil mudah kerja-kerja menyelesaikan masalah ini tanpa mengambil kira sejarah kemelut ini bermula.
Sebagai Menteri Dalam Negeri, Hisham sepatutnya sudah mempunyai laporan lengkap mengenai isu SMS ugutan yang menyebabkan 10 ADUN enggan menghadirkan diri ke persidangan DUN.
Menurut laporan berita, hanya tiga ADUN sahaja menerima SMS ugutan itu tetapi yang tidak hadir kerana khuatir akan keselamatan mereka, iailah 10 ADUN. Namun, kesemua 10 ADUN ini dikatakan bermalam di Felda Residen (sebuah hotel baru di Kuala Terengganu) dan keluar makan dan minum di sekitar Kuala Terengganu tanpa apa-apa kebimbangan tentang keselamatan diri masing-masing.
Namun, selepas diarahkan Perdana Menteri, kesemua 10 ADUN ini hadir ke persidangan DUN, hari yang akhir kerana mereka sudah berjaya menyampaikan mesej kepada PM bahawa mereka tidak mahu dengar arahan MB Terengganu tetapi mereka akan akur arahan PM.
Barangkali 10 ADUN ini mahu menjadi Ahli Parlimen agaknya, untuk mereka sentiasa dekat dengan Perdana Menteri atau mereka sudah merasakan mereka bukan lagi bakal calon ADUN di Terengganu dalam PRU ke 13 nanti yang menyebabkan mereka ‘menghantar mesej ini’ kepada Perdana Menteri.
Walau apa pun alasannya, 10 ADUN ini tidak sedar diri. Tidak tahu Umno yang meletakkan mereka menjadi ADUN dan bergelar YB. Malangnya, mereka tidak tahu yang mana prinsip parti, yang mana keinginan peribadi dan yang mana permainan emosi semata-mata.
Mereka lupa, negeri mereka berketuakan seorang Sultan dan ketua pentadbir ialah Menteri Besar dan mereka bersorak gembira apabila Perdana Menteri menamakan Hisham sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu kerana mereka (Geng 10) ini dapat mendedahkan pekung Umno Terengganu kepada Hisham.Malahan, mereka juga sebenarnya seronok jika orang luar tahu Menteri Besar Terengganu sekarang ini tidak mendapat sokongan bulat dari semua ADUN BN. Maklumlah mereka semua dulu dipilih bertanding oleh Datuk Seri Idris Jusoh maka mereka masih berketuakan Idris hingga ke hari ini sedangkan kepimpinan negeri dan negara sudah berubah
Ahad, 3 Mei 2009
Najib tak yakin kemampuan Hisham?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
salam tuan,
najib tak yakin atau nak selamatkan hisham dengan memberikan negeri yang tidak berisiko untuk mengembalikan kekuasaan UMNO dan BN,
mungkin dua2 sekali kot kerana '1Malaysia, keluarga didahulukankan, kroni diutamakan' ada saya coretkan di blog saya, jika ada masa boleh lah membacanya
terima kasih
Catat Ulasan