Awal November nanti, pengundi di DUN Sungai Limau akan
membuat pilihan. Apakah mereka mahu mengekalkan PAS di kawasan itu atau memberi
peluang kepada BN.
Kali ini, kalau pengundi ingin menikmati udara segar di DUN
Sungai Limau, cubalah memberi undid an sokongan kepada BN.
Tengok, selepas BN terpilih, apakah mereka berbakti kepada
rakyat atau sebaliknya. Selama ini, mereka sudah lama memberi undi kepada PAS.
Yang nyata, PAS tidak mempunyai kemampuan membawa udara segar dan pembangunan
di DUN Sungai Limau.
Orang luar hanya boleh bercakap macam-macam tetapi pengundi
DUN Sungai Limau berhak menentukan.
Satu undi mereka kepada BN, bererti mereka memberi undi
kepada YAB Datuk Paduka Mukhriz Tun Dr Mahathir. Satu undi kepada Mukhriz
bererti satu undi itulah pengundi berikan kepada YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun
Razak.
Kalau pengundi bagi undi mereka kepada Mukhriz dan kepada
Najib, mustahil mereka tidak mendapat apa-apa faedah dari kerajaan negeri dan
kerajaan Pusat.
Cubalah. Ini kalilah kalau pengundi yang hamper 100 peratus
orang Melayu yang beragama Islam mahu membuktikan bahawa mereka menyokong
usaha-usaha kerajaan negeri dan kerajaan pusat mempertingkatkan syiar Islam.
Undi yang pengundi berikan kepada BN tidak merugikan PAS
kerana PAS bukan kerajaan negeri yang sedang memerintah. Jika kerajaan negeri
sekarang diibaratkan sebagai pohon, DUN Sungai Limau adalah ranting dari pohon
tersebut. Sangat tidak elok, jika pohonnya BN, tetapi dahan dan rantingnya PAS.
Sudah banyak kali pengundi memberikan undi mereka kepada PAS,
apalah salahnya sekali ini, pengundi memberi undi kepada BN pula.
Jika kerajaan BN bagi BR1M nanti, yang dapat
pengundi-pengundi juga. Jika BN buat baik, yangn dapat pahala pengundi-pengundi
juga kerana menyokong dan mengundi pihak yang membuat kebaikan, dapat pahala.
Kalau pengundi mengundi PAS di DUN Sungai Limau, wakil
rakyat PAS itu bukan boleh berbuat apa-apa kerana dia tidak mungkin akan
menjadi Menteri Besar Kedah atau Exco Kerajaan Negeri Kedah.
Sebab, kerajaan yang sedang memerintah Kedah sekarang adalah
kerajaan BN. Maka, inilah peluang terbaik bagi pengundi di sini membuktikan,
mereka bijak membuat pilihan.
Kerajaan Negeri Kedah di bawah kepimpinan Muhkriz telah
membuktikan layanan yang cukup baik kepada pemimpin-pemimpin PAS. Ini
menunjukkan BN sentiasa mencari perdamaian dan bukan persengketaan.
Rakyat di DUN Sungai Limau perlu memikirkan masa depan
anak-naka dan cucu cicit mereka. Di bawah kerajaan BN, yang mempunyai
perancangan baik dan tersusun, sudah pasti memberi dan membuka banyak peluang
kepada penduduk dan pengundi untuk mengecapi faedahnya.
Pilihlah kemajuan dan tolaklah politik persengketaan. Islam
dan Melayu makin terhina apabila PAS bekerjasama dengan PKR dan DAP.
Berbeza dengan BN, selama ini BN membuktikan Islam tetap
menjadi Agama Rasmi yang sentiasa dipelihara.
Kerajaan terus memastikan Islam berada di kedudukan
tertinggi ketka PAS masih berdolak dalik dengan isu-isu yang membelit mereka
kerana mahu menjaga hati DAP dan PKR
(DHI)
1 ulasan:
Terbaik bro, Insya Allah sama-sama kita hijrahkan Sg Limau ke Barisan Nasional.
Catat Ulasan