Ahad, 29 September 2013

Siapa yang akan menang Naib Presiden?

Satu Teori

Saya ingin mencadangkan kepada perwakilan Umno, kalau mahu melihat Umno terus suksess, mesti betul cara membuat pilihan. Kerusi Naib Presiden ada enam calon. Kalau sayangkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pilihlah Zahid bersama-sama Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Mohd Isa Samad (ZAI).

Sebab apa? Zahid akan selamat jika yang mengapitnya di kerusi Naib Presiden oleh dua orang otai yang tidak menjadi saingan kepada beliau untuk terus meningkat dalam hirerki kepimpinan Umno.

Ini bukan mengajar cara memilih tetapi mahu memberitahu cara berfikir di dalam membuat keputusan. “Habis tu, kalau saya sayangkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, macam mana pula,” tanya seorang ketua cawangan Umno di Selangor.

Mudah sahaja. Kalau sayangkan Hishammuddin, pilih Hishammuddin berganding dengan Ali dan Isa (HAI). “Kenapa,” tanya ketua cawangan ini.

Jawapannya sama. Kalau Hishammuddin menang bersama-sama Zahid, ia akan menyukarkan Hishammuddin meningkat ke kerusi yang lebih tinggi. Sama seperti yang berlaku ketika Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Musa Hitam dan Tun Ghafar baba di kerusi Naib Presiden. Seorang AJK Umno Bahagian dari Johor pula mencelah, bagaimana kalau saya mahukan Datuk Seri Shafie Afdal sebagai Naib Presiden? Jawapannya sama, teori di atas kena diguna pakai. Pilih AIS, iaitu Ali, Isa dan Shafie….Sebabnya, kalau ingin melihat seorang wakil dari Sabah mencapai tahap Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri, jangan sesekali memilih Shafie berganding dengan Hishammuddin dan Zahid. Seorang teman bertanya, sedangkan ketiga-tiga Naib Presiden ini bersatu dalam berjalan sebagai rakit. Maka, jawap seorang kawan lain, mereka sendiri sedang bunuh-membunuh secara diam-diam kerana mereka juga tahu teori yang didedahkan di atas adalah yang terbaik buat masa ini. “Kenapa mesti kekalkan Ali dan Isa? Jawapannya ialah AI (baca: Eh One) adalah gandingan terbaik yang terbukti diterima oleh rakyat teramai khususnya orang-orang Umno. “Eh One” ini mesra dan mudah ditemui, mudah diajak bergambar dan berpijak di bumi nyata. Kalau ada yang bertanya, kenapa dalam perbincangan ini, tidak dikaitkan dengan calon muda Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir? Saya akan menulis satu rencana khas mengenai politik Kedah dan mengulas mengenai masa depan politik Mukhriz. Ingat, kalau saying Zahid, kalahkan Hishammuddin dan Shafie. Kalau saying Hishammuddin, tewaskan Zahid dan Shafie. Jika sayang Shafie, kalahkan Zahid dan Hishammuddin. Kalau sayangkan ketiga-tiganya? Bererti perwakilan Umno tidak pandai menconggak politik yang akhirnya Umno akan kehilangan ketiga-tiga mereka ini seperti mana pernah berlaku Umno kehilangan Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Tan Sri Sanusi Junid dan Tengku Razaleigh dari hirerki kepimpinan Umno. Padahal, mereka ni semuanya hebat-hebat belaka. Tetapi disebabkan perwakilan Umno silap perhitungan, maka yang baik-baik “terlepas”.

Tiada ulasan: