Jumaat, 20 April 2012

PAS kena sahut cabaran MB Terengganu

Oleh Zainal Yusof

BAGI saya, satu keuntungan besar rakyat Negeri Terengganu Darul Iman ialah mempunyai seorang Menteri Besar bernama Datuk Seri Ahmad Said. Dulu, kemunculannya disangsikan. Dulu, kebolehannya dipertikaikan. Dulu, kehadirannya dikutuk dan dihina. Hari ini, seluruh rakyat Terengganu terasa, memang beliau seorang Menteri Besar yang cukup layak dan berkebolehan. Hari ini, bila saya baca akhbar Utusan Malaysia, saya terpandang berita bertajuk ‘Pas dicabar biayai pengajian 9 pelajar ditarik pinjaman di Mesir’. Terus berdetik perasaan saya, betul! Kalau saya boleh bersuara di dalam parti Pas, saya juga akan mendesak Pas supaya mengambil tanggungjawab ini. Duit yang Pas kutip setiap masa ketika menganjurkan ceramah, banyak. Gunakanlah untuk pelajaran anak-anak yang mereka hasut ini. Terima kasih Datuk Seri Ahmad Said. Datuk Seri adalah seorang pahlawan di abad ini. FAM dulu dikenali sebagai persatuan paling kebal pun boleh Datuk Seri gegar. Inikan pula Pas yang sudah Datuk Seri kata sebagai parti ajaran sesat. Apalah sangat kos pelajaran bagi 9 pelajar yang ditarik balik pinjaman ini jika dibandingkan dengan wang yang Pas kutip selama ini dari penyokong-penyokongnya. Sahutlah cabaran tersebut. Kalau tidak mampu, Pas tidak payahlah berpolitik lagi. Bubarkan sahajalah parti yang sudah digelar dengan pelbagai gelaran tersebut. Mana orang-orang kaya dalam PKR? Keluarkanlah duit untuk membantu pelajar ini. Dulu, mereka inilah yang beria-ia menghasut pelajar-pelajar ini supaya melibatkan diri dalam demontrasi Bersih 2.0. Lepas tu, mereka buat tidak kisah dengan kesan dan akibat dari hasutan mereka itu. Para pelajar semua, tidak kisahlah yang berada di Mesir atau di mana-mana sahaja, kalau nak buat sesuatu, fikirlah dulu. Fikir panjang-panjang. Saya tertawa (bukan ketawa) membaca kenyataan MB Terengganu yang menasihatkan pelajar supaya tidak mengadaikan masa depan dengan terpengaruh hasutan pembangkang kerana belum sampai masanya untuk mereka berpolitik. Sebab apa saya tertawa, sebab “belum sampai masanya untuk mereka berpolitik” itu memberi maksud, “kamu semua ni budak-budak lagi. Kalau masih budak-budak, belajarlah dulu. Belajar mengejar diploma dan ijazah”. Kalau malas belajar, akhirnya akan jadi manusia yang “separuh masak”. Menteri Besar Terengganu tidak berkata demikian. Saya yang mentafsirkan ikut selera saya. Mungin tafsiran saya ini silap dan mungkin juga tafsiran saya ini betul. Yang rugi ialah mereka yang menghantar kamu ke luar negara, iaitu kedua ibu bapa kamu. Kedua ibu bapa ketika mendapat tahu anaknya berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti, sama ada dalam atau luar negara, tentulah berbangga. Malangnya, kebanggaan kedua ibu bapa itu tidak dihormati oleh para pelajar biadap ini. Saya petik laporan Utusan Malaysia; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mencabar pemimpin Pas membiayai pengajian sembilan pelajar di Mesir yang ditarik balik pinjaman kewangan mereka oleh Yayasan Terengganu. Katanya, Pas perlu mengambil alih tanggungjawab itu kerana menghasut pelajar bertindak mengingkari perjanjian apabila membabitkan diri dengan kegiatan negatif yang menjejaskan kepentingan negara serta Institut Pengajian Tinggi (IPT). “Saya cabar Pas membiayai pengajian pelajar ini sebab Pas menjadi punca kepada mereka terlibat dalam demontrasi. “Saya lihat Pas hanya kutip derma dekat dengan pilihan raya. Sekarang, ambillah tanggungjawab membiayai pengajian pelajar yang tertangguh itu. “Bahagi-bahagilah (pembiayaan). Pas berapa orang (pelajar). Parti Keadilan Rakyat pula berapa orang. Tangngunglah,” katanya kepada pemberita di Wisma Darul Iman, semalam. Satu hal lagi yang saya nak tergelak ialah ada satu demontrasi diadakan di depan bangunan Yayasan Terengganu dan Wisma Darul Iman, kerana tidak berpuashati dengan tindakan Yayasan Terengganu memberhentikan pinjaman kepada pelajar-pelajar ini. Maknanya, demontrasi Bersih 2.0 yang pelajar-pelajar di Mesir itu disambut pula dengan demontrasi di bangunan Yayasan Terengganu untuk meminta Yayasan Terengganu membantu pelajar yang sudah kurang ajar ini. Lepas ni, semua hal akan diselesaikan dengan demontrasi dan demontrasi. Budaya ini adalah budaya bodoh zaman ini. Yang tidak tahu apa-apa, terikut-ikut. Gunakanlah wakil-wakil rakyat yang mereka ada untuk bercakap di Sidang Dewan Undangan Negeri atau Parlimen. Di situlah suara pembangkang didengari oleh kerajaan. Bukan bertempik dengan sepanduk murahan, kononnya menarik perhatian orang ramai yang lalu lalang di kawasan tersebut. Saya juga kagum dengan kata-kata MB Terengganu, sesetengah mahasiswa ini tidak pernah mengundi pun. “Jadi, bagaimana mereka boleh mendakwa pilihan raya umum atau proses mengundi di negara ini tidak bersih,” kata Datuk Seri Ahmad Said. Jadi, kalau ada mana-mana pihak terfikir bahawa mahasiswa universiti ini pandai menyebabkan mereka masuk universiti, ia adalah silap. Mereka hanya pandai belajar kerana mereka menghafal untuk menjawab soalan. Mereka sebenarnya naif dan bodoh hingga tidak tahu langsung adap dan beradap dalam kehidupan. Mereka kena belajar untuk hidup dan mereka kena belajar untuk menjadi manusia yang beradap dan tahu adap.

Tiada ulasan: