Khamis, 19 April 2012

Pelajar di Dataran Merdeka Kena Serang Samseng

Oleh Wan Yusoff Hj Wan Ngah

 TIMBALAN Presiden PAS, Mohamad Sabu kecewa kerana dua menteri Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tidak melahirkan rasa simpati ke atas pelajar-pelajar yang berkhemah di Dataran Merdeka kerana diserang samseng. Auw! Mereka (pelajar-pelajar ini) kecewa juga dengan sikap anggota polis yang didakwa berada di sekitar kawasan perkhemahan tersebut tidak berbuat apa-apa ke atas kejadian tersebut kecuali selepas diminat tolong oleh para pelajar yang berkhemah ini. Oh! Rupa-rupanya ada gunanya juga polis kat Malaysia ni. Mereka berada di mana-mana. Ketika mereka yang memprotes kerajaan sering mengutuk polis, bila mereka kena belasah, Auw! Mereka tahu pula meminta tolong dari polis. Satu soalan saya nak tanya kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kenapa mereka tidak boleh bertindak ke atas khemah dan budak-budak mentah dan budak-budak higusan ini kerana berkhemah di Dataran Merdeka? Dataran Merdeka Mohamad Sabu ingin jadikan Dataran Tahrir, tempat rakyat Mesir menumbangkan Hosni Mubarak. Sepatutnya polis boleh bertindak ke atas Mohamad Sabu kerana menyebut Dataran Merdeka merupakan Dataran Tahrir adalah satu hasutan yang mahu menjatuhkan kepimpinan dan kerajaan yang halal. Pertanyaan saya kepada DBKL ialah, bolehkah sesiapa nak berniaga di mana-mana sahaja di Kuala Lumpur, di kawasan jajahan takluk DBKL dengan mendirikan payung dan meletakkan meja, sesuka hati? Tentulah jawapannya tidak boleh. Kalau tidak boleh berniaga, tetapi ada peniaga yang degil, apakah DBKL berdiam diri sahaja tanpa apa-apa tindakan? Tentulah jawapannya tidak, kecuali DBKL bawa traktor, bawa penguatkuasa yang ramai, siap dengan senjata api, siapa dengan cotar dan mengepung serta merobohkan premis perniagaan tersebut. Satu lagi, soalan saya kepada DBKL, bolehkah sesiapa nak parkir kereta mereka di mana-mana sahaja kawasan di Kuala Lumpur ini? Jika kawasan itu kawasan tidak boleh parkir, tentulah DBKL akan menyaman kereta berkenaan atau, menarik kereta itu untuk dialihkan. Tentulah datang tow trak dengan pekerja yang memakai unoform, mencangkukkan kenderaan itu dan ditarik ke satu kawasan yang DBKL sediakan. Jadi, kenapa pelajar-pelajar biadap ni kebal? Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Ketua Polis Kuala Lumpur khabarnya terpaksa mengadakan mesyuarat 48 jam tanpa berhenti kerana mencari formula bagaimana mahu menyelesaikan masalah perkhemahan tersebut. Berdedai-dedai para simpatisan dan wakil rakyat pembangkang datang menghulurkan bantuan dan makanan kepada pelajar-pelajar biadap ini, sebagai tanda sokongan moral. DBKL dan Polis khabar terus bermesyuarat. Orang ramai terus membenci DBKL dan Polis kerana terlalu “lembab” mahu menyelesaikan masalah tersebut. Jadi, selepas ini, jika ada perkhemahan seperti ini di Terengganu, Johor bahru, Melaka atau Ipoh, tiada siapa boleh bertindak kerana mereka akan menggunakan hujah Ibukota Kuala Lumpur yang merupakan Ibu negeri bagi negara Malaysia pun “membenarkan” perkhemahan, mengapa tempat lain tidak boleh? Apakah perlu dibentangkan rang Undang-Undang baru khusus mengenai pelajar berkhemah untuk diluluskan selepas bacaan kali pertama, kali kedua dan kali ketiga di Parlimen, baru boleh tindakan penguatkuasaan dilakukan? Janganlah terlalu “kurang cerdik”. Saya nak gunakan perkataan bodoh tetapi tak tergamak. Kurang cerdik mungkin tidak sama dengan bodoh tetapi DBKL dan Polis di Kuala Lumpur dilihat terlalu kurang cerdik menyelesaikan perkara pelajar berkhemah di Dataran Merdeka ini. Saya tidak bersetuju kalau ada orang yang menyokong tindakan samseng menyerang para pelajar ini tetapi saya tidak mempunyai kuasa apa-apa untuk menghalang serangan samseng ini. Barangkali mereka yang menyerang ini bukan samseng tetapi mereka meluat dengan situasi “kurang cerdik” yang ada pada DBKL dan Polis dalam menyelesaikan perkara ini. Banyak hal, DBKL dilihat proaktif dalam tindakan. Terutama, kalau ada peniaga-peniaga Melayu mahu memulakan perniagaan, mencari rezeki menanggung anak sekolah. Sampai ada peniaga-peniaga ini memberitahu, macam pendatang asing di negara sendiri. Nak berniaga pun tak boleh. Tetapi bila para pelajar ini berkhemah, bukan sehari, bukan dua hari tetapi agak lama juga, dengan khemah yang berbagai-bagai warna, DBKL macam buntu pula nak bertindak. Nak sebut kurang cerdik, nanti ada pegawai DBKL termasuk Datuk Bandar terasa. Tetapi, kenapa mereka terlalu berlembut hingga budak-budak ni Auw!..... berani meneruskan perkhemahan mereka. Dataran Merdeka ni adalah Dataran sejarah. Mungkin mahasiswa universiti yang berkhemah ini tidak tahu sejarah apa yang berlaku di Dataran Merdeka dan kerana apa dataran ini diberi nama Dataran Merdeka. Pegawai-pegawai DBKL termasuk Datuk Bandar pun mungkin tidak ada masa untuk menerangkan kepada para pelajar ini bahawa Dataran Merdeka ini adalah dataran sejarah, kerana Datuk Bandar nak jaga macam-macam hal, termasuk isu cukai pintu menantu Tan Sri P Ramlee, banjir kilat di merata tempat di Kuala Lumpur dan isu tikus dan sampah yang banyak. Tetapi, tidak bertindak sebaliknya berunding dan terus berunding dengan sekumpulan mahasiswa universiti yang malas belajar ini, adalah satu tindakan tidak cerdik, kurang cerdik dan tidak sesuai di zaman yang serba canggih ini. Alihkan budak-budak ini untuk berkhemah di kawasan-kawasan perkhemahan yang sesuai, jika mereka masih ingin berkhemah. Elok juga jika mereka berkhemah di hutan lipur atau sebagainya. Dataran Merdeka tidak sesuai untuk mereka berkhemah dengan tujuan mahu menjadi pejuang.

Tiada ulasan: