Khamis, 17 Oktober 2013

PRK DUN Sungai Limau

PAS sukar mencari pengganti Allahyarham Azizan

PAS Kedah sebenarnya sukar hendak mengawal Allahyarham Tan Sri Azizan Abd Razak, ketika Allahyarham menjadi Menteri Besar Kedah.

Ada beberapa kali, hubungan PAS dengan DAP seolah-olah renggang ekoran ketegasan Allahyarham.
Allahyarham juga tidak peduli dengan PKR, jika ada sesuatu keputusan yang dilakukannya, mendaulatkan Islam.

DAP dan PKR cukup risau dengan Allahyarham. Pernah, Presiden PAS dikatakan terpaksa mengendurkan keadaan dan meminta Allahyarham Azizan supaya lebih sedrhana dalam tindak-tanduk.
Cara Allahyarham juga dilihat sukakan perdamaian, tidak menyenangkan hati beberapa pemimpin PAS Kedah yang ekstrem.
Itu sebab, dihari perkebumian Allahyarham, ramai pemimpin Umno turut menziarahinya walaupun, ia bukan satu usaha ke arah perpaduan.

Allahyarham dilihat membawa watak sederhana dan sekaligus membuktikan Allahyarham tidak berminat dengan orang-orang PAS yang suka menjerit-jerit, memfitnah dan bercakap kosong.
Hari ini, apabila Allahyarham meninggal dunia dan kerusi DUN Sungai Limau diisytiharkan kosong, PAS Kedah pening kepala memikirkan siapakah yang layak dicalonkan di kerusi ini.

Allahyarham Azizan yang merupakan antara tokoh PAS yang berpendidikan tinggi, kelihatan lebih kerap memakai songkok hitam ala orang Umno berbanding dengan kopiah putih ala orang PAS.
Jika Umno mempunyai strategi baik, tidak mustahil BN akan menang kerusi DUN Sungai Limau yang begitu lama dimenangi Allahyarham Azizan.

Ramai yang percaya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membuat pilihan tepat, menamakan seseorang yang diterima pengundi DUN Sungai Limau.

Kekalahan BN dengan 2,774 undi dalam PRU 13 yang lalu, bukan merupakan kemenangan mutlak kerana ada orang-orang Umno yang memberikan undi atas nama peribadi kepada Allahyarham Azizan.
Kali ini, apabila Allahraham Azizan bukan lagi calon PAS, undi simpati tersebut dikatakan tidak akan dapat lagi kepada PAS, walau siapapun calonnya.

Boleh dikatakan Allahyarham Azizan mempunyai pengaruh peribadi yang amat-amat kuat di kawasannya.
Umno hanya perlu bersatu. Umno hanya perlu korbankan rasa berpuak-puak. Umno perlu bersatu hati di dalam menjalankan kerja-kerja bagi menjamin kemenangan kali ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Tun Dr Mahathir dilihat membawa watak yang cukup sederhana sebagai pemimpin peringkat negeri.

Malahan, beliau dikatakan mempunyai hubungan yang begitu mesra dengan beberapa pemimpin PAS kerana Mukhriz dikatakan tidak mempunyai apa-apa masalah dengan mereka.
Orang-orang PAS sendiri tidak mempunyai sebab mahu menyerang kepimpinan Mukhriz yang mempunyai aura luar biasa di kalangan orang-orang tua dan orang muda.


BN akan menang kali ini di DUN Sungai Limau, jika penyokong Umno bersatu dan sanggup meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan politik peribadi yang sempit (DHI). 

Tiada ulasan: