Jumaat, 18 Oktober 2013

Pilihanraya Kecil DUN Sungai Limau

Pengundi kena tolak PAS

HARI penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Kedah yang dijadualkan 23 Oktober depan semakin hampir.

Pengundi yang berdaftar dan layak mengundi sudah tentu boleh semak pendaftaran masing-masing supaya tidak berlaku apa-apa masalah apabila sampai hari mengundi nanti.

Yang pasti, mereka kena kuatkan tekad untuk menolak PAS dalam PRK Sungai Limau, 4 November depan, demi memperbaiki masa depan anak-anak dan cucu kita.
Pembangunan kawasan DUN Sungai Limau akan diteruskan oleh Barisan Nasional (BN) kali ini, jika ada kerjasama dari pengundi.
Kenapa pengundi yang selama ini menyokong PAS diminta menyokong BN? Tentulah ada sebab. PAS kebelakangan ini sudah jauh terpesong dari perjuangan asalnya.

Bayangkan, mereka boleh bekerjasama dengan PKR dan DAP yang jelas merupakan parti yang tidak ada arah tujuan dalam mempertahankan agama Islam, orang Melayu dan Negara Malaysia.
Pengundi di DUN Sungai Limau kena buktikan bahawa mereka juga ingin melihat DUN Sungai Limau membangun seperti kawasan-kawasan lain di Kedah yang diwakili BN.

Boleh dikatakan sebahagian besar rakyat Kedah sudah menolak PAS hingga BN dapat berkuasa semula selepas PRU 13.
Ini membuktikan bahawa pengundi di DUN Sungai Limau mestilah selangkah dan sederap dengan pengundi-pengundi di kawasan lain, yang nyata sudah menderita di bawah PAS.

Rakyat Kedah amnya, dan rakyat Kedah di DUN Sungai Limau sepatutnya berbangga kerana anak-anak Kedah yang pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia seperti Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sepatutnya, orang Kedah tidak perlu memberi sokongan mereka kepada PAS lagi kerana rakyat di negeri-negeri lain dapat menerima anak Kedah sebagai pemimpin mereka melaui Umno dan BN, tetapi kenapa orang dan pengundi di DUN Sungai Limau keberatan mahu memilih BN.

Ini kalilah! Pengundi di DUN Sungai Limau perlu menyatakan pendirian mereka, menolak PAS dan beri isyarat kepada PAS supaya menghentikan kerjasama yang mereka jalinkan dengan DAP dan PKR.
PAS kini tersasar jauh. Kalau hendak mempertahankan Islam pun, mereka terpaksa mengeluarkan kenyataan mengikut rentak DAP dan PKR.

Lihat contoh isu Kalimah Allah. Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din dan Ketua Dewan Ulamanya, Ustaz Dato’ Harun Taib tidak bersetuju dengan pihak lain menggunakan kalimah tersebut, tetapi kepimpinan PAS masih degil.

Sebab apa mereka degil? Kerana mereka takut kena herdik dengan Anwar Ibrahim dan Karpal Singh.
Nik Aziz Nik Mat tidak bersetuju sambutan Maulidul Rasul disambut, tetapi Nik Aziz sambut hari jadinya di rumah Karpal Singh.


Apakah masih ada pengundi di DUN Sungai Limau mahu menyokong sebuah parti yang tersasar seperti ini? 

Tiada ulasan: