Oleh Zamzuri Damanhuri
SAKIT perut saya ketawa. Ketawa kerana budak ni, yang berjawatan Ketua Koordinator JINGGA 13, Fariz Musa tiba-tiba muncul di sebbuah portal pro pembangkang mencabar Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil untuk mengisytiharkan adakah dana NFC digunakan untuk pergerakan itu.
Siapa budak ni? Berapa orang ahli NGO yang dia jadi Ketua Koordinator ni. Budak-budak sekarang ni, nak tumpang glamour macam orang politik juga. Dia tengok Lim Kit Siang yang sudah hampir dilupakan, tiba-tiba menjadi sebutan bila melibatkan diri dalam isu NFC dan mencabar Datuk Seri Shahrizat.
Lotong dan monyet di hutan juga ketawa kalau mereka tahu membaca portal pro pembangkang itu. Mungkin pembangkang sudah berjaya melantik agen-agen mereka untuk terus menyerang Datuk Seri Shahrizat. Mungkin juga, kata mereka yang menyokong Datuk Seri Shahrizat portal-portal tertentu yang berniat untuk menjadikan portal mereka popular dengan memainkan isu NFC dan Datuk Seri Shahrizat habis-habisan.
Bersambung-sambung serangan mereka. Di carinya seorang demi seorang yang lidahnya adalah lidah pembangkang untuk menyerang Shahrizat. Saya tidak kata portal itu Malaysiakini atau mana-mana, tetapi bacalah portal yang pro pembangkang, mereka seronok dan beria-ia menyerang Datuk Seri Shahrizat.
JINGGA 13 ni apa ya? Adakah mereka mewakili penternak kambing? Atau mereka mewakili penternak tupai? Atau mereka tidak terlibat dengan kisah-kisah ternak ini. Jadi, kenapa mereka muncul ketika NFC sedang teruk diserang? Adakah mereka tidak nampak isu lain, macam isu orang ternak tikus di Kuala Lumpur? Tiba-tiba gambar Ketua Koordinatornya muncul dengan berbaju Melayu dan bersongkok. Bercakap isu Ketua Pergerakan Wanita Umno dan wang NFC.
Elok juga kalau ada pakaian Wanita Umno yang lebih, Datuk Seri Shahrizat hadiahkan kepada budak ini. Jika dia tidak mahu pakai, boleh isterinya pakai. Dia mungkin mengesyaki Wanita Umno beli baju merah putih menggunakan wang NFC.
Kesihan budak ni. Kalau dia nak popular, kenapa dia serang Wanita Umno? Kalau dia seorang budak lelaki, ajaklah lelaki yang berlawan dengannya. Dia seranglah NFC kerana NFC itu diuruskan oleh orang lelaki. Malangnya, dia boleh serang Wanita Umno. Jiwanya lembut barangkali.
Datuk Seri Shahrizat dah berkecimpung dengan Wanita Umno sejak 30 tahun yang lalu. Budak ni memimpin JINGGA 13 entah bila? Budak ni dilahirkan selepas atau sebelum 13 Mei? Kalau dia lahir selepas 13 Mei, hadiahkan dia buku Tragedi 13 Mei supaya dia baca dan memahami perjuangan politik Melayu ini.
Kat Malaysia sekarang, NGO lahir macam cendawan tumbuh selepas hujan. Masing-masing kedepan mengeluarkan kenyataan. Bila keluar tunjuk perasaan, lebih kurang 13 orang sahaja pengikutnya. Kalau bercakap, macam mereka ini pemimpin Nahdatul Ulama di Indonesia, yang mempunyai puluhan juta ahli.
JINGGA 13 ni, penjaga Zoo Negara pun tak tahu siapa mereka. Apa sebenarnya perjuangan mereka. Mungkin juga mereka ini dari golongan penari dan tukang iring pengantin bersanding. Mereka ini tidak ada asas perjuangan yang sebenar.
Sudah ada penegsahan dari SPRM yang mengatakan siasatan mengenai NFC sudah sampai ke penghujung. Orang-orang yang boleh membantu siasatan akan dipanggil. Sabarlah. Kenapa nak cabar dan cabar. Cabar apa sebenarnya JINGGA 13 ni?
Hidup ini, perlu berhemah. Kalau kita tidak perlu bercakap, tidak usahlah bercakap walaupun wartawan portal menghubungi kita. Kenapa nak bercakap, kalau caka-cakap kita itu tidak “berpijak di bumi nyata”. Apa hal yang kita nak menyibuk dan seolah-olah senada dengan pembangkang, khususnya pemimpin-pemimpin DAP.
Bawalah watak yang baik. Risaulah tulisan jawi sudah hampir mati di Malaysia ini. Risau itu biarlah bertempat. Kenangkan nasib anak bangsa sendiri yang mengkin tidak kenal lagi dengan tulisan jawi dan bukan mencabar pemimpin Umno, khususnya Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia.
Sudah ramai yang mendesak Datuk Seri Shahrizat. Beliau pun sudah banyak kali bercakap mengenai dirinya tidak terlibat dengan NFC. Beliau rela disiasat dan beliau mengesahkan mengambil cuti bagi memudahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan.
Tiba-tiba, ada budak hingusan yang entah bila lahir ke dunia muncul membuat cabaran. Mencabar Datuk Seri Shahrizat samalah seperti mencabar Umno. Jangan marah kalau Umno menyerang awak nanti kerana keceluparan itu!
Masuk DAPlah. Elok sangat perjuangan itu dengan perjuangan DAP. Lim Kit Siang sudah banyak kali menyerang Shahrizat dan mencadangkan cuti Shahrizat disambung lagi. Macam senada Ketua Koordinator JINGGA 13 ini dengan Kit Siang. Jadi, kalau tidak bertopengkan JINGGA 13, lebih elok rasanya.
Kadang-kadang, memang ada budak-budak Melayu, pandai bersongkok dan berbaju Melayu, jiwanya JINGGA dan tidak putih. Jiwanya, jiwa pembangkang dan cakap-cakapnya tidak berhemah langsung. Dia ingat dia hebat sangat. Jadi, elok jika ada orang Umno cabar budak ini, dedahkan berapa orang ahlinya yang dia menjadi Ketua Koordinator JINGGA 13.
Kalau ahlinya sama dengan angka 13 di belakang nama NGO yang dia pimpin, lupakan sahaja cerita cabar mencabar ini. Nanti, kalau ada antara Wanita Umno yang mencabarnya, hilang “telor budak ini”. Dia tahu atau tidak tahu kehebatan Wanita Umno ni?
Kita tengok sehari dua ni, parti mana yang menyokong cabarannya? Kita tengok warna dia sebenarnya. Sama ada dia jingga, kelabu atau kelabu asap. Mudah sebenarnya nak mengenali siapa budak ini kerana dalam Malaysia, NGO ada banyak dan kadang-kadang, hanya ada jawatankuasa sahaja tetapi tak ada ahli.
Harap-harap Datuk Seri Shahrizat tidak memberi respon kepada cabaran budak ini. Menjawab cabarannya akan menjadikan dia penting sedangkan JINGGA 13 itu tidak dikenali langsung. Orang lebih kenal ikan kembong di pasar dari JINGGA 13.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan