Isnin, 20 Februari 2012

Mahfuz Cabar Hishammuddin berdebat

Oleh Zainal Yusof



BERUK dan lotong di hutan tertawa. Tertawa kerana mereka dapat tahu Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mencabar Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berdebat. Tajuk debat diserahkan kepada Hishammuddin memilihnya. Dia ikut sahaja.

Keghairan Mahfuz mahu berdebat ini bila dia melihat perdebatan antara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendapat liputan dari pelbagai media, hingga ke seluruh dunia, ia tersebar.

Maka, tidak nyenyak tidur malam Mahfuz kerana dia inginkan populariti melebihi populariti Menteri Besar Kedah, datuk Seri Ustaz Azizan Razak. Maka, dia memilih membuat cabaran berdebat dengan Hishammuddin, yang dia sudah jangka, tidak akan mendapat “respon” dari Hishammuddin.

Satu masalah orang PAS ialah, mereka meletakkan tahap kedudukan mereka sama tinggi dengan orang Umno. Ini suatu kesilapan besar. Antara PAS dengan Umno pun berbeza jauh, inikan pula kedudukan dalam hirerki parti.

Presiden PAS tidak sama tahap dengan Presiden Umno. Kalau Presiden PAS nak sama taraf, mungkin mereka boleh bariskan pemimpin PKR dengan DAP sama dengan tahap mereka. Malangnya, Mahfuz yang mungkin memasang angan-angan mahu menjadi Menteri Besar Kedah selepas ini. Jadi, carilah cara lain untuk menonjolkan diri.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu misalannya, tidak boleh disamakan dia dengan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin. Dari segi pengalaman bekerja pun mereka tidak sama, inikan pula dari segi tahap dan taraf.

Janganlah memperendahkan “pemikiran” orang Malaysia begitu teruk. Mahfuz nak berdebat apa dengan Hishammuddin? Mahfuz tahu apa mengenai keselamatan negara? Andai kata Hishammuddin memilih untuk melayan Mahfuz, beliau boleh mencadangkan Setiausaha Umno Bahagian Pokok Sena, Ramli Mohd Yunus berdebat dengan Mahfuz.
Adakan perdebatan ini dalam Bahasa Inggeris. Buat di Pokok Sena dan beri Mahfuz peluang memilih tempat manakala Ramli memilih tajuk. Begitu juga kalau Mohamad Sabu hendak berdebat dengan Muhyiddin, Muhyiddin boleh menghantar Naib Ketua Umno Bahgaian Tenggara, Suhaimi Khalid. Biar Suhaimi bertanya dengan Mohamad sampai Mohamad lari kerana tak tahu nak jawab apa.
Amatlah malang kalau Mahfuz perasan dia hebat dan setanding dengan Naib-Naib Presiden Umno. Walaupun dia Naib Presiden PAS, dia kena ingat datuk Nakhaie Hj Ahmad dan Datuk Hasan Ali juga bekas Naib Presiden PAS.
Kalau Mahfuz tahu bahawa Nakahie dan Dr Hasan cukup hebat dalam PAS boleh tersingkir begitu sahaja, siapalah Mahfuz di kalangan orang-orang PAS? Sedih nyamuk dan unggas kalau berlaku perdebatan antara Mahfuz dengan Hishammuddin.
Dari segi jumlah keahlian Umno dan keahlian PAS pun, PAS hanya satu per tiga dari Umno. Janganlah PAS dan Naib Presidennya nak berlagak ajak berdebat. Dari segi usia pun, Umno itu sendiri lahir lebih dulu dari PAS. Jadi, tentulah Umno lebih banyak pengalaman dari PAS.
Andai kata Mahfuz ingin sangat hendak berdebat, tulislah surat kepada Ibu Pejabat Umno. Hantar kepada Setiausaha Agung Umno dan jangan hantar kepada Setiausaha Kerja Umno kerana Setiausaha Kerja Umno hanya berbadan sahaja besar tetapi hati dia kecil, sekecil pemikirannya.
Itulah sebabnya, dia pernah mengumumkan ada 100 ulama muda akan masuk Umno tetapi khabarnya hanya 40 sahaja golongan ini menyertai Umno. Tidak sampai 50 peratus apa yang diumumkannya. Maka, jangan berurusan dengan budak berbadan besar ini. Dia tak tahu apa-apa.

Kalau Mahfuz serius, hantar surat kepada Setiausaha Agung Umno. Mudah-mudahan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersetuju Umno menghantar Sdr Ramli Mohd Yunus mewakili Umno berdebat. Anjurkan dalam Bahasa Inggeris kerana generasi muda yang sudah boleh menguasai bahasa Inggeris memang ingin sangat hendak mendengar Mahfuz berpidato dalam Bahasa Inggeris.

Mulai hari ini, kalau Setiausaha Agung DAP mengajak Presiden MCA berdebat, ia boleh dikira sesuai kerana sebagai bekas banduan, Lim Guan Eng kenalah berdebat dengan bekas Menteri Kesihatan. Sekurang-kurangnya, mereka berdua adalah “bekas” walaupun seorang bekas banduan dan seorang lagi bekas menteri.

Dalam bab Mahfuz, apakah persamaan dia dengan Hishammuddin? Dia tidak pernah menjadi Setiausaha Parlimen, Hishammuddin pernah. Dia tidak pernah menjadi Timbalan Menteri, Hishammuddin pernah.

Mahfuz tidak pernah menjadi Menteri, Hishammuddin sudah pernah menjadi Menteri di tiga kementerian iaitu kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pelajaran dan kini Kementerian Dalam Negeri.

Hishammuddin pernah menjadi Ketua Pergerakan Pemuda Umno dan Mahfuz pernah menjadi Ketua Pemuda PAS. Walaupun sama-sama pernah jadi Ketua Pemuda tetapi Pemuda Umno jauh berbeza dengan Pemuda PAS. Perjuangan Pemuda Umno sejak zaman Hussein Onn dan Sardon Jubir pun sudah boleh meletakkan mahfuz hanya berada di tahap cukup rendah.

Itulah sebabnya, Mahfuz jangan sesekali memikirkan, sejak dia tidur di Legend Hotel dan Seri Pacifik bila Persidangan Parlimen berlangsung, janganlah dia perasan. Masalah besar PAS kalau ada anggota mereka yang perasan diri itu hebat, sehebat pemimpin-pemimpin Umno.

Depan penyokong PAS, Mahfuz boleh menjerit-jerit untuk menyakinkan mereka tentang apa yang diperkatakannya tetapi di depan penyokong Umno, mahfuz silap kalau bercakap tidak ada fakta dan menuduh tanpa bukti.

Orang PAS suka cerita-cerita bohong dan fitnah. Orang Umno tidak begitu. Malahan, bila ada orang PAS menuduh orang atau pemimpin Umno, orang Umno tidak mempertahankannya malahan ada di kalangan orang Umno sendiri turut menyokong tuduhan itu dan membuat desakan sama seperti orang PAS.

Itu membuktikan orang Umno baik-baik belaka. Mereka tidak mempertahankan pemimpin mereka yang dituduh oleh PAS. Kalau orang PAS, mereka akan terus mempertahankan orang atau pemimpin PAS walaupun pemimpin mereka betul-betul melakukan kesalahan.

Itulah bezanya antara orang Umno dan orang PAS. Orang Umno baik-baik belaka. Mereka tidak taksub. Orang PAS taksub. Bila Nik Aziz Nik Mat mengutuk Nabi Mohamad SAW pun mereka tidak kisah. Sebab mereka taksub kepada Nik Aziz.

Orang Umno berbeza. Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil yang belum tentu bersalah, mereka dah kecam dan kutuk macam-macam. Mereka tidak pertahankan. Mereka sama-sama mengutuk seperti pembangkang kutuk. Ini bezanya orang Umno dengan orang PAS.

Jadi, janganlah Mahfuz buat kelakar mahu mencabar Hishammuddin berdebat. Beruk dan lotong pun tertawa. Kesihan beruk dan lotong kerana mereka mungkin seronok tengok Mahfuz yang berlagak macam Mr Bean bila bercakap atas pentas politik.

Tiada ulasan: