Rabu, 22 Februari 2012

Alahai Anwar, mana nak lari ni...

Oleh Zamzuri Damanhuri



DAH lama saya ikuti pelbagai ulasan mengenai “kenyataan” Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Israel hingga menyebabkan Menteri Besar Kelantan, Tok Janggut Nik Aziz Nik Mat bimbang media akan melaga-lagakannya dengan Anwar.

Jelas, dalam apa suasana sekali pun, sebenarnya Anwar dan Nik Aziz “berada dipersimpangan” dalam isu ini. Walaupun mereka bimbang berpecah kerana kepentingan bersama di dalam Pakatan Rakyat, namun Nik Aziz dijangka akan mempertahankan Anwar daripada mempertahankan islam. Ini semakin jelas.

Anwar mempunyai satu kepakaran. Kepakarannya ialah mengelak daripada menjawab pertanyaan dengan tepat. Dalam ceramah-ceramahnya, dia akan mengalih isu ini supaya dia nampak seperti lebih baik dari Barisan Nasional dan Kerajaan Malaysia.

Malangnya, Anwar terlupa di Malaysia sekatang ini ada seorang Ketua Pergerakan Pemuda Umno bernama Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Semalam, selepas mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengeluarkan kenyataan supaya Ketua Pembangkang jangan hipokrit – Utusan Malaysia, Rabu 22hb Februari 2012.

Sekarang, ke mana Anwar hendak lari? Bolehkah dia menjawab pertanyaan Khairy Jamaluddin itu? Kata Khairy Jamaluddin, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta tidak bersikap hipokrit dengan berpura-pura seolah-olah beliau tidak mengetahui mengenai wujudnya hubungan perdagangan antara syarikat antarabangsa di Malaysia dengan di Israel.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, pindaan terhadap Akta Kastam yang memberi kelonggaran kepada syarikat di Malaysia berdagang dengan syarikat di Israel diluluskan oleh Kabinet pada 1996 ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

“Saya hendak dedahkan di sini, kawalan terhadap perdagangan dengan Israel adalah di bawah Akta Kastam di bawah Kementerian Kewangan dan kelonggran untuk syarikat-syarikat berdagang dengan syarikat lain di Israel dibuat pada 1996 oleh Jemaah Menteri.

“Pada 1996, siapa Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan? Tidak lain dan tidak bukan Datuk Seri Anwar. Jadi, kalau dia kata hari ini kerajaan Malaysia buat perdagangan dengan Israel. Dia buat-buat tidak tahu, dia sebenarnya menteri yang membenarkan perkara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda Umno di Bangunan Umno Bahagian Parit, di sini hari ini.
Turut serta pada sidang akhbar itu ialah Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim, Penolong Setiausaha, Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan Ketua Pemuda Umno Perak, Khairul Azwan Harun.
Sambil menegaskan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dan politik dengan Israel, Khairy berkata, hubungan dagangan antara dua negara itu hanya antara syarikat antarabangsa dan ia dibuat atas keperluan globalisasi.
Katanya, sebagai contoh syarikat Intel atau pengilang di malaysia terpaksa mengimport bahan membuat mikrocip atau semikonduktor dari syarikat Intel yang berpangakalan di Israel kerana bahan tersebut tdak boleh diperolehi dari negara lain
Menurut Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) itu, kebenaran perdagangan itu jauh berbeza daripada sokongan politik seperti kenyataan Anwar dalam The Wall Street Journal (WSJ) yang menyokong segala usaha memastikan keselamatan negara Israel.
“Kalau Israel, negara itu akan memberikan justifikasi mempertahankan keselamatan mereka dengan apa jua cara termasuk pembunuhan rakyat Palestin,” ujar beliau.
Khairy juga berkata, Pemuda Umno menyanggah apa jua alasan yang diberikan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu termasuk menyalahkan media arus perdana memutar-belitkan laporan WSJ berhubung kenyataannya dalam isu Israel.
“Sekarang dia beri penjelasan itu (sokongan) bergantung kepada kebebasan, kemerdekaan dan penubuhan negara Palestin yang berdaulat, tetapi dalam kenyataan itu dia menyokong segala tindakan untuk mempertahankan Israel. Itu kenyataan umum yang menunjukkan Anwar menyokong Israel,” katanya.
Beliau berkata, ekoran isu tersebut, sokongan orang Melayu terhadap pakatan pembangkang semakin luntur dan sebab itu mereka kelam-kabut untuk memberi penjelasan bagi menarik semula sokongan kaum tersebut.
Alahai, Anwar... macam mana ni. Pendedahan Khairy Jamaluddin tentunya akan mengejutkan PAS dan DAP. Maklumlah, Khairy Jamaluddin jangan dibuat main-main. Beliau ni seorang yang cerdik, pintar dan berkaliber. Kalau orang lain, Anwar mungkin tidak hairan, tetapi dengan Khairy Jamaluddin, beliau bercakap berdasarkan fakta.
Inilah kelebihan Umno sekarang. Walaupun Khairy Jamaluddin tidak diberikan apa-apa jawatan dalam kerajaan tetapi kerja kuatnya telah berjaya menarik minat anak muda untuk menjadikan Umno sebagai pilihan mereka.
Mereka nampak, ketegasan dan kemampuan Khairy Jamaluddin di dalam mengetuai Pergerakan Pemuda Umno walaupun pelbagai fitnah selama ini menyelubungi kehidupannya. Ramai yang tahu, Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sendiri menghargai sumbangan Khairy Jamaluddin di dalam menarik minat golongan belia untuk menghadiri program-program anjuran Pemuda BN dan Pemuda Umno.

Satu hal lagi, bila Anwar mengesahkan beliau tidak akan menyaman WSJ berhubung kenyataannya mengenai sokongan terhadap keselamatan Israel meskipun Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini menggesa beliau berbuat demikian jika benar kenyataannya diputar-belitkan oleh media, mengesahkan antara Pas dengan Anwar akan jadi masalah.
Tetapi, melihat kepada Pas era “endorgan”, mereka akan rela untuk mendiamkan diri sahaja demi mencapai matlamat untuk menumpang Anwar dalam memasang cita-cita untuk menjejakkan kaki ke Putrajaya.

Politik mereka, matlamat menghalalkan cara. Asalkan matlamat mereka tercapai, mereka sedia mengadaikan segala-galanya.

Tiada ulasan: