Selasa, 24 Januari 2012

Rosmah nafi, portal teruskan serangan

Oleh Hassan Md Hssein (Sandakan)



SATU sifat orang Malaysia, mereka cukup percaya sesuatu yang datang dari luar. Perabot mereka suka kalau dibeli di luar negara atau buatan luar negara. Kasut dan baju juga, jika buatan atau dibeli di luar negara, kebangaan akan lebih terserlah jika dibandingkan dengan buatan dalam negeri atau yang dibeli dari luar.

Terbaru, bukan main ramai yang memberi respon laporan sebuah portal pro pembangkang yang mendakwa isteri Perdana Menteri, Datin Sri Rosmah Mansor menghabiskan A$100,000 yang bersamaan RM325,000 untuk berbelanja di Sydney baru-baru ini.

Bukan setakat itu, mereka yang menyambung lidah Kolumnis Sydney Morning Herald, Andrew Hornery mempertahankan dakwaan tersebut dan menambah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isterinya bermalam disebuah bilik yang berharga A$20,000 iaitu bersamaan dengan RM65,000 satu malam.

Datin Sri Rosmah sudah menafikan dakwaan ini kerana ia disifatkan sebagai tuduhan liar yang sengaja diperbesarkan tetapi apabila Andrew Hornery mengulangi dakwaannya dengan mengatakan dia mempunyai bukti dan sumber yang kukuh, makin ramai yang menyerang Rosmah.

Tidak ada langsung belas kasihan orang Malaysia terhadap Rosmah. Kalau betul Datin Sri Rosmah berbelanja sedemikian, ia mungkin sesuatu yang agak terlanjur tetapi kalau dia tidak berbelanja sedemikian besar, apakah tidak salah kita menyambung fitnah ini?
Orang Malaysia memang sukup kagum dengan orang luar. Bagi masyarakat bawahan, gadis-gadis Melayu memang sering tergoda dengan lelaki asing termasuk dari Lombok dan kalangan Negro. Yang berada di kalangan orang-orang senang, mereka suka lelaki Mat Salleh.

Dalam memfitnah, orang Malaysia pun suka kalau fitnah itu datangnya dari luar negara. Mereka akan sambung dan mereka akan cari dan gali lagi. Mereka nak tambah-tambah dan mereka nak sedapkan lagi cerita sensasi ini.

Bagi orang politik di kalangan pembangkang, mereka memang cukup berminat dengan cerita Datin Sri Rosmah. Itulah sebabnya cerita Cincin Berlian yang dikatakan berharga RM24 juta dipanjang-panjangkan ceritanya.

Tiada siapa nak ambil tahu di mana jam Omega milik Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebab apa mereka tidak mahu ambil tahu? Kerana cerita itu dibawa oleh orang tempatan dan ia seperti tidak bernilai buat mereka. Jika ada orang dari China yang menceritakan jam Omega Anwar tertinggal di China, mungkin cerita itu lebih menarik.

Bagi saya, sesiapa yang nak percaya dakwaan yang dibuat terhadap Datin Sri Rosmah, silakan. Saya tak untung dan saya tak rugi apa-apa. Bagi yang tak mahu percaya, silakan. Saya tak untung dan tak rugi apa-apa juga. Cuma, saya nak ingatkan, berpada-padalah di dalam menuduh dan berhati-hati dengan fitnah.

Maklumlah, orang seperti Rosmah memang mudah dikaitkan dengan cerita kemewahan ini. Apa sahaja yang Rosmah beli dan Rosmah pakai, memang dilihat barangan mewah. Tetapi dalam masa yang sama, ada juga cerita kebaikan Rosmah ini.

Dia dikatakan suka menderma. Kepada siapa dia menderma, saya tidak tahu tetapi maklumlah, ajaran Islam seboleh-bolehnya, tangan kanan memberi, tangan kiri tidak tahu. Maka, kebaikannya tersorok kecuali orang yang menerima sumbangan dari Rosmah yang mendedahkannya.

Yang banyak timbul ialah cerita keborosannya. Sama ada cerita itu benar atau tidak, sudah tidak dipedulikan lagi. Yang pasti, mereka yang kaki menyerang akan mengambil kesempatan menyerang Rosmah.

Sebagai suami, Najiblah yang menerima kesannya. Sedikit sebanyak, BN juga terkesan dengan cerita-cerita ini. Siapa yang tidak sakit hati kalau mendengar cerita isteri Perdana Menteri boros dan menerbangkan pereka fesyen dari Sydney ke Malaysia.
Betul ke cerita ini. Kenapa tiada usaha untuk menutup keaiban isteri Perdana Menteri? Bukankah berdosa mendedahkan keaiban orang? Tetapi, demi kepentingan politik sempit, masing-masing berhempas pulas memalukan isteri Perdana Menteri dan sekaligus menyusahkan Perdana Menteri menjawabnya.

Tiada siapa di Malaysia yang kenal Andrew Hornery. Tetapi dengan satu tuduhannya terhadap Rosmah, namanya menjadi meletup. Siapa dan apakah latar belakangnya, tiada siapa yang mahu tahu. Kononnya, tentulah betul dakwaannya itu walaupun kita tidak pernah mahu menyiasat siapa dia ni.

Kita tidak pernah mahu ambil tahu adakah dia diupah menulis. Tiada siapa yang peduli, surat khabar jenis apakah yang dia jadikan media untuk dia menulis tetapi asalkan dia menyerang isteri Perdana Menteri Malaysia, maka segala-galanya betul buat dirinya.

Dalam politik Malaysia, Lim Guan Eng mendakwa dia mencontohi Saidina Umar Abdul Aziz pun ada orang yang mahu menerimanya. Di Malaysia, asalkan ia datang dari pembangkang, semuanya dianggap betul. Tetapi kalau ia datangnya dari Umno dan BN, ia menjadi sebagai tidak betul dan jangan dipercayai.

Banyak kes di Malaysia, kalau mahkamah memutuskan seseorang pembangkang betul, maka mahkamah akan dikatakan adil. Tetapi kalau mahkamah mengatakan orang Barisan Nasional (BN) atau Umno betul, mahkamah didakwa sudah dibeli, berat sebelah dan tidak adil.
Kenapa jadi macam ini. Siapa punya angkara hingga pemikiran rakyat terus dikelirukan? Tidak berdosakah kita mengelirukan pemikiran rakyat? Tidak salahkah kita memfitnah?
Datin Sri Rosmah kena lebih berhati-hati selepas ini. Ikut cara yang betul kalau nak berbelanja. Jika dia beli sesuatu untuk dihadiahkan kepada orang lain, atau dihadiahkan kepada tetamu-tetamu dari luar negara, semuanya nanti dianggap sebagai untuk kegunaan peribadinya.

Mustahil Datin Sri Rosmah tidak tahu batas-batas sebagai seorang isteri Perdana Menteri. Kebijaksanaannya sebagai seorang isteri Perdana Menteri cukup terbukti dan disegani.

Tetapi, cerita buruk yang dijaja oleh mereka yang cemburu dengan dia. Menjadi tanggungjawab orang Umno yang tahu supaya mempertahankan isteri Perdana Menteri ini.
Jangan benarkan orang memfitnahnya dan jawablah fitnah supaya penyokong Umno tidak termakan dengan hasutan dari pihak yang tidak sukakan Umno ini.
Malanglah Datin Sri Rosmah kalau dia mempunyai ramai kawan-kawan tetapi kawan-kawannya ini tidak berguna diwaktu dia memerlukan bantuan dan pertolongan.

Tiada ulasan: