Oleh Zamzuri Damanhuri
SYUKURLAH. Pihak Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) sudah mengeluarkan kenyataan mengenai gelaran Profesor yang dipakai Dr Abdul Aziz Bari, bekas pensyarah.
Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UIAM, Abdul Rahim Ahmad berkata, sebarang aktiviti Abdul Aziz selepas ini tiada kaitan dengan UIAM, katanya seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia hari ini, 31 Januari 2012.
Kenyataan itu dibuat selepas seorang pembaca Utusan Malaysia, Sakinah melalui ruangan Forum akhbar, Jumaat lepas mempersoalkan benarkan Aziz Bari ini pakar undang-undang?
Saya sendiri tidak pernah bersetuju dengan gelaran pakar undang-undang yang sering digunakan pihak media terhadap Aziz Bari ini. Media pro pembangkang yang sering memberi gelaran pakar kepada Aziz dan Aziz sering juga bercakap dengan portal pro pembangkang.
Aziz sebenarnya boleh digelar pakar undang-undang kalau dia pernah ke mahkamah dan menang semua kes yang dia bela atau dakwa. Peguam ni, dua kerja yang mereka buat iaitu Peguambela atau Peguamcara.
Tapi kalau setakat peguam yang bercakap dan mentafsirkan undang-undang ikut fikiran dia sendiri, itu bukan pakar. Kalau dia pakar undang-undang, kenapa tiada peguam menggunakan khidmatnya secara terbuka untuk bicara.
Aziz Bari banyak menulis. Hujah dalam tulisannya boleh dikatakan menarik juga untuk kita baca. Tetapi, itu bukanlah tiket untuk diberi gelaran sebagai pakar. Begitu juga penulis novel. Banyak dan pelbagai novel di Malaysia ini. Ada yang diangkat menjadi teks di sekolah menengah.
Tetapi tiada siapa yang akan menggelar penulis atau novelis itu sebagai pakar sastera. Kenapa nak beri gelaran pakar undang-undang kepada Aziz Bari?
Kini, dia yang sudah mengumumkan cita-citanya untuk menceburi politik, khabarnya akan diberikan tempat untuk bertanding. Parti pembangkang yang memang ketandusan calon akan dengan mudah memberikan tempat kepadanya kerana mereka (parti pembangkang) akan memikirkan, Aziz Bari yang popular ini akan menang dengan mudah.
Sebenarnya, pembangkang mengherdik pemikiran rakyat dan pengundi. Terjemahan mengherdik ini bolehlah diertikan sebagai menghina. Bukan semua pengundi bodoh dan boleh diperbodohkan. Mereka tidak memerlukan seorang wakil rakyat yang perasan dia seorang pakar dan seorang sahaja yang pandai.
Aziz Bari sebenarnya pandai dalam bidang yang dia belajar dan dia bercakap. Tetapi hujahnya boleh diperbahaskan dan boleh dipertikaikan. Undang-undang yang ada di Malaysia bukan dia yang buat dan dia hanyalah seorang pensyarah, sama seperti pensyarah-pensyarah yang lain, pandai dalam bidang yang dia belajar dan yang dia mengajar.
Jadi, janganlah dia ingat dia seorang sahaja yang pandai dan dia seorang sahaja yang layak bercakap soal undang-undang dan mentafsirkan undang-undang. Silap tu! Aziz Bari sebenarnya tahu dari segi teori tetapi mereka yang turun naik ke mahkamah sebenarnya lebih hebat dari Aziz Bari, tetapi orang ini tidak mempunyai peluang dan cukup masa untuk menulis seperti Aziz Bari.
Aziz Bari mendapat keselesaan menjadi pensyarah di UIAM yang mana universiti ini diujudkan oleh kerajaan yang sedang memerintah sekarang. Kalau dia tahu itu, dia tidak akan menentang kerajaan dan tidak akan berkata hodoh tentang kerajaan.
Kalau bukan kerana kerajaan buat UIAM, Aziz Bari hari ini mungkin menjadi lawyer pecah geran atau lawyer untuk buat S&P syarikat-syarikat perumahan yang “cop dan dapat duit”. Tak ada hebatnya dia kalau dia tidak menjadi pensyarah di UIAM atau mana-mana universiti yang ada di Malaysia ini.
Rakyat khususnya orang Melayu jangan pedulikan orang yang cerdik tidak boleh diikut dan yang bodoh tidak boleh diajar . Saya tidak mengatakan Aziz Bari bodoh tetapi saya tidak mahu ada orang Melayu yang terikut-ikut dengan orang yang bodoh dan selepas bodoh, sombong pula. Bodoh sombong ini jawapnya, hancurlah dia akhirnya nanti.
Kalau bukan kerana dasar pendidikan dan dasar pemerintahan yang Umno buat sejak merdeka, saya tidak tahulah di mana tepat Aziz Bari sekarang. Malangnya, dia memilih untuk merasakan dia pandai kerana dia kuat belajar dan dia berjaya, kerana usaha dia sendiri.
Bukan begitu sebenarnya. Setiap kejayaan seseorang, termasuklah Aziz Bari dan diri saya sendiri, kita dilahirkan di hospital kerajaan, bersekolah rendah dan menengah di sekolah kerajaan buat. Pergi ke sekolah melalui jalan raya atau jalan tanah merah yang kerajaan buat dan guru-guru yang mengajar kita, gaji mereka dibayar oleh kerajaan.
Misi dan bidan yang merawat emak kita mengandung juga gaji mereka dibayar oleh kerajaan. Ubat yang emak kita makan dan suntikan BCG atau apa-apa suntikan yang diberikan di tubuh badan kita untuk mengelak kita dari serangan polio dan sebagainya juga adalah sumbangan kerajaan.
Dalam banyak-banyak sumbangan kerajaan ini, satu perkara lagi yang perlu kita tahu, perlu kita sedar dan perlu kita ingat ialah keamanan. Macam mana Malaysia boleh aman damai? Sebab Malaysia yang kerajaannya terdiri dari orang Melayu membayar gaji polis dan tentera untuk menjaga keamanan.
Kalau negara kita tidak aman, bolehkah Aziz Bari belajar sampai menjadi pensyarah? Tidak mungkin dan mungkin juga kita rakyat Malaysia, menjadi seperti rakyat negara-negara kulit hitam yang kebuluran kerana peperangan.
Syukur ke hadrat Allah kerana mengurniakan pemimipin-pemimpin negara terdiri dari kalangan orang-orang Umno dan Perikatan yang pandai menjaga negara ini dan bertanggungjawab membina sekolah dan hospital yang akhirnya melahirkan generasi sihat dan cerdik, termasuklah Aziz Bari.
Saya minta maaf dengan Aziz Bari kalau dia dilahirkan tidak menggunakan khidmat hospital kerajaan, badannya tidak disuntik dengan ubat yang diberikan oleh hospital kerajaan, dia tidak bersekolah di sekolah kerajaan sejak sekolah rendah dan menengah.
Saya juga minta ampun banyak-banyak kalau Aziz Bari selama hidupnya tidak merasai keamanan yang ada di negara ini dan saya pohon banyak-banyak maaf jika Aziz Bari tidak menggunakan jalan raya yang kerajaan bina untuik ke masjid, untuk ke kedai, untuk ke tempat kerja dan untuk ke sekolah.
1 ulasan:
tembak bagi mampos je aziz bari ni. atau pun langgar ke bila nampak dia ni
Catat Ulasan