Oleh Zainal Yusof
KUALA LUMPUR : Walaupun sudah ada jawapan dari Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar dan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam isu NFC, nampaknya Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mahu berhenti dari terus menyerang.
Pelbagai hal diungkit dan dicungkil, hingga Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mempertahankan NFC dan pihak yang terlibat turut dikaitkan sama. Nampaknya orang lain, sama ada yang berada di dalam Pergerakan Wanita Umno, di dalam Umno dan di dalam Barisan Nasional (BN) seperti terdiam, terkedu dan terpukul.
Terbaru, ada pula dakwaan mengatakan sejumlah RM10 juta digunakan untuk membeli sebuah kondominium. Namun Khairy Jamaluddin sudah menjawabnya, bahawa pembelian itu adalah perlaburan kerana pulangan dari perniagaan lembu di NFC terlalu lambat.
Pencacai dalam Umno yang tidak sukakan Timbalan Perdana Menteri (TPM) Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mahu mengaitkan isu ini dengan beliau kerana kelulusan ini dikatakan dibuat ketika Muhyiddin menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Mereka yang berada di dalam Umno bukan sahaja tidak mempertahankan Shahrizat dan keluarganya, malahan menumpang sama dengan PKR menyerang Ketua Pergerakan Wanita Umno dan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.
Ada niat mereka mahu melihat Shahrizat jatuh dari kerusi Ketua Pergerakan Wanita Umno yang baru sahaja Shahrizat menangi dari Tan Sri Rafidah Aziz.
Barangkali, musuh-musuh Shahrizat sedang bersorak gembira sekarang apabila tiada ketikanya sekarang yang Shahrizat boleh duduk diam, kecuali menepis serangan demi serangan terhadapnya, suami dan anak-anaknya.
Kalau mereka membuat laporan kepada SPRM lebih baik daripada bertindak sedemikian rupa, seolah-olah menghukum dengan undang-undang rimba, atas dakwaan penyelewengan tanpa mahu menerima penjelasan yang sudah diberikan oleh Noh dan Najib.
Mereka ini mendakwa Noh dan Najib berbohong. Maknanya, PKR mahukan jawapan yang mereka “sudah sediakan” atau mereka mahu melihat Shahrizat melepaskan jawatan Menteri atau Ketua Pergerakan Wanita Umno kerana mengambil tanggungjawab ke atas dakwaan mereka.
PKR ini, bila mereka membuat tuduhan, merekalah penyiasatnya, merekalah pendakwanya dan merekalah hakimnya. Mereka tuduh dan mereka terus jatuhkan hukuman. Jawapan dan penjelasan yang dibuat pihak kerajaan, Menteri dan Perdana Menteri mereka tolak mentah-mentah.
Mungkin mereka yang menuduh ini, merupakan orang-orang kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kebetulan, anak Anwar, Nurul Izzah merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, kawasan yang empat penggal pernah diwakili Shahrizat.
Kalau boleh, mereka mahukan Nurul Izzah bertanding lagi di Lembah Pantai dan memenangi kawasan itu.
Satu perkara lagi, serangan-serangan keras ini dibuat untuk menutup cerita polis dikatakan memulakan siasatan terhadap Anwar yang membuat laporan mengenai satu video yang dikaitkan dengan dirinya, seperti dakwaan Datuk T sedikit waktu dahulu.
Mereka yang menjadi budak-budak Anwar ini mahu menutup malu mereka, kalau ada orang masih ingat siapakah yang tertinggal jam Omega di bilik tempat berlakunya satu adegan seorang pemimpin pembangkang dikatakan melanggani pelacur.
Itulah sebabnya, dariapada mereka terpaksa menepis cerita jam Omega ini, lebih baik mereka mencipta satu cerita baru, kononnya berlaku penyelewengan dalam NFC yang mengaitkan Shahrizat, suaminya dan anak-anaknya.
Sekaligus, mereka geramkan Khairy Jamaluddin yang hebat berpidato ketika berdepan dengan tohmahan Anwar di Parlimen dalam Bajet 2012 baru-baru ini, dikaitkan sekali kerana didakwa mempertahankan NFC dan Shahrizat.
PKR terpaksa mengalihkan tumpuan serangan orang ramai terhadap perbicaraan Anwar dengan isu Shaiful dalam kes liwat dan cerita mengatakan seorang pemimpin pembangkang, yang boroi perutnya dikatakan melanggani pelacur dari China.
Lebih mereka gelabah, apabila ada yang bertanya, jam Omega siapa yang Datuk Eskhay simpan dan khabarnya sudah diserahkan kepada pihak polis?
Itulah sebabnya, Anwar dan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail cukup meradang jika ada wartawan bertanya, di manakah letaknya jam Omega milik Anwar?
Nanti, apabila polis terjumpa bukti-bukti, maka mereka yang mahu mempertahankan Anwar, termasuk Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat akan mengatakan; “semua ini sudah dirancang oleh Umno kerana mahu memusnahkan masa depan Anwar”.
Aduhai! Maka terjunlah Si Luncai dengan labu-labunya....biarkan, biarkan......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan