Rabu, 9 Februari 2011

Kata PM, perlantikan kerana kelayakan

Oleh Zamzuri Damanhuri




PERDANA Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dipetik sebagai berkata, perlantikan Pengerusi GLC dari kalangan orang politik kerana kelayakan dan pengalaman selain mempunyai kelulusan.
Najib dilihat menjawab kritikan Zainal Aznam Mohd Yusof, Anggota Panel Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) terhadap perlantikan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Mohd Isa Abd Samad sebagai Pengerusi Felda.
Zainal Aznam yang mungkin merasakan dia yang sepatutnya dirujuk sebelum PM membuat perlantikan menyebut kononnya berlaku kebimbangan pasaran apabila nama Mohd Isa dilantik.
Serentak dengan itu, Mohd Isa ketika menjawab kritikan itu berkata, orang yang mengkririknya ini hebat sangatkah?
Namun, beliau tidak mahu melayan kerja “anjing-anjing pembangkang” ini kerana bimbang kehilangan fokus terhadap usahanya membangunkan Felda.
Inilah kelebihan pemimpin Umno. Beliau tidak mudah melatah. Cuma, Mohd Isa tidak boleh melarang para penyokongnya menyerang Zainal Aznam ini kerana budak-budak seperti perangai anjing pembangkang ini perlu diajar.
Tentulah Mohd Najib nampak kelayakan Mohd Isa. Itulah sebabnya, beliau melantik Mohd Isa. Lagipun, bukan Mohd Isa seorang sahaja bekas Menteri dan bekas Menteri Besar yang diberikan jawatan, termasuk Tan Sri Leo Moggie, Tan Sri Syed Hamid Albar, Tan Sri Abd Rahim Tamby Chik dan ramai lagi.
Ini kerana Perdana Menteri nampak kemampuan mereka ini. Bila PM nampak kemampuan budak-budak hingusan seperti Zainal Aznam layak diletakkan sebagai Anggota Panel Penasihat Ekonomi Negara, maka dia dilantik untuk duduk di situ.
Tidak ada sesiapa buat bising kerana seperti tulisan-tulisan rakan-rakan blogger sebelum ini, orang Umno tidak suka memperlekehkan orang lain, termasuklah “anjing-anjing pembangkang” ini.
Zainal Aznam ini, kalau diletakkan di Felda, mungkin Mohd Isa beri dia jawatan penyelia lading sahaja.
Dalam Umno, orang-orang yang bergelar doktor ramai. Bila sampai masa mahu disingkirkan, mereka akan terpelanting seperti bola golf. Tidak ada apa-apa istimewa mereka yang bergelar doktor ini, kerana mereka hanya pandai bidang mereka tetapi ada orang lain yang lebih pandai dari mereka walaupun tidak bergelar doktor.
Dalam Umno, pernah satu ketika empat doktor dibuang serentak. Mereka ialah Dr. Affifuddin Omar, Dr. Nong Sari Ahmad Radzi, Dr. Kamal Salleh dan Dr. Ibrahim Saat.
Terbaru, Dr. Suleiman Mohamad dan yang kalah bertanding Dr. Noraishah Mohamad.
Maka, janganlah Zainal Aznam ingat kerana namanya ada gelaran doktor, dia ingat dia lebih layak dari Perdana Menteri untuk menilai seseorang sebelum orang itu dilantik menjadi Pengerusi GLC.
Itulah sebabnya, lebih baik sesiapa yang rapat dengan Zainal Aznam menasihatkan dia supaya membeli cermin muka yang besar untuk dia cerminkan mukanya.
Susah juga kalau berbicara dengan orang yang tidak sedar diri dan lupa asal usul. Dia ingat, bila dia berkedudukan dan mendapat jemputan untuk bercakap dalam forum, dia boleh bercakap sesuka hatinya tanpa menoleh kiri dan kanan.
Zainal Aznam, sekali lagi ingin diberitahu bahawa tanpa Umno dan kepimpinan Melayu Umno, awak “nobody” di Malaysia ini.
Jika berhajat, silalah menyertai DAP atau PKR yang sesuai dengan jiwa awak untuk menentang mana-mana orang yang awak tak suka dalam Umno dan BN.
Jangan sertai PAS, takut nanti awak pun terikut-ikut mengeluarkan fatwa songsang. Khuatir juga Karpal Singh dan Kit Siang nanti apabila awak mendahului Nik Aziz Nik Mat yang dinobatkan sebagai Tok Guru oleh penyokong Pas.
Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dari Maybank, cuba bandingkan diri awak dengan Husni Salleh yang baru Perdana Menteri lantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Unit Peneraju Agenda Bumiputera.
Zafrul jangan ingat orang tidak tahu latar belakangnya walaupun namanya bermula dari Tengku kerana tengkujoh dan tengkorak juga seakan-akan dengan tengku juga.
Satu perkara yang Zainal Aznam dan Zafrul perlu tahu ialah Umno dan BN memerintah negara ini. Jadi, mereka berdua kena ingat dan sedar, bahawa boss mereka di negara ini ialah Umno dan BN.
Umno dan BN menang pilihan raya dan mereka menubuhkan kerajaan. Kalau tak tahu, bertanyalah. Jadi, kalau sudah tahu, mulut jangan terlalu lancang dan celupar. Buruk akibatnya.
Nasib baiklah yang kamu berdua bertindak seperti “anjing pembangkang” untuk digonggong seorang pemimpin bernama Mohd Isa Abd Samad. Beliau ini keturunan baik-baik dan bapanya pernah menjadi wakil rakyat dan orang politik.
Jadi, apabila beliau datang dari kalangan baik-baik, beliau tidak suka mengata sesiapa termasuklah mengata orang yang mengatanya.
Itulah sebabnya, kalaulah ada sesiapa boleh membariskan jasa-jasa yang dibuat oleh Mohd Isa dibandingkan dengan jasa-jasa yang dibuat oleh Zainal Aznam dan Zafrul, alangkah baiknya untuk diketahui orang ramai?
Tapi, dari segi logikanya, jasa apa yang mereka buat untuk disenaraikan? Kalau ada pun jasa mereka, mungkin jasa mereka menjadi kaya raya hidup mereka kerana mereka berada di bawah kerajaan Umno dan BN.
Berilah kepercayaan kepada Perdana Menteri membuat pilihan kerana ini era beliau menerajui negara.
Beliau memerlukan pasukan yang kuat dan mantap untuk bertemu dengan rakyat setelah ada manusia seperti pembangkang dan “anjing-anjing pembangkang” cuba menghasut rakyat kononnya, tidak perlu bersyukur dan tidak perlu berterima kasih kepada pemerintah.
Politiking dalaman Umno, mereka yang tidak berada di dalam Umno dan tidak tersenarai sebagai pemimpin Umno, usahlah tumpang bercakap. Yang penting, pemimpin Umno ini meletakkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan keluarga mereka.
Berbeza mereka yang bergaji besar, sama ada di sektor awam atau swasta, mereka tidak ada tanggungjawab social untuk membantu rakyat dan pengundi.
Mereka sentiasa bermewah-mewah dengan keluarga mereka dan sering ke luar negara bercuti.
Di mana Zainal Aznam dan Zafrul ketika banjir melanda? Adakah mereka sama-sama mengharungi banjir tersebut untuk membantu rakyat yang ditimpa musibah?

Tiada ulasan: