Bila Dato Sri Najib melihat kepada 4 nama yang di kemukakan sebagai bakal calun DUN Kerdau, dia akan kenal satu sahaja nama. Nama tersebut ialah nama Tuan Syed Ibrahim bin Syed Mohamad al Yahya.
Saya tidak nampak ada calun yang boleh menyaingi Tuan Syed dalam segi boleh memenangkan UMNO. Ini lah masa nya UMNO menunjukkan yang ia mahukan calun yang winnable. Saya percaya calun calun lain semua nya bagus bagus belaka. Tapi kalau kita nak cari yang terbaik, yang winnable dan paling penting kepada saya, yang kuat berkerja, UMNO Pahang dan Kerdau mesti sokong Tuan Syed Ibrahim.
Sana sini kita dengar kita mesti selamatkan Malaysia. Saya sangat bersetuju dengan gesaan dan teriakan perang ini. Saya pun mahu selamatkan Malaysia dengan meletakkan UMNO itu pada asas yang betul. Antara cara nya ialah meletakkan bakat pimpinan yang kredibel. Kita lakukan apa yang di buat oleh Tun Razak dahulu- memilih calun berdasarkan kapasiti dan kemampuan berkerja.
Dan saya boleh bercakap mengenai Syed Ibrahim ini kerana saya mengenali dia dari bemula mula dia bertugas dengan MB Pahang sebagai pegawai agama. Ketika itu dia belum terkenal dan MB sendiri pun tidak menyedari tentang kehebatan Syed Ibrahim sebagai pendakwah dan pemidato yang hebat. Kelemahan ini sebahagian dari kelemahan UMNO yang lebih besar iaitu tidak memupuk atau groom pemimpin.
Kita tahu tradisi UMNO mencari pemimpin. Prinsip utama ialah siapa kita. Bukan nya prinsip apa kita boleh buat. Kerana orang UMNO melihat 'siapa kita' sebagai pembayang kepada kepimpinan, maka UMNO berdepan dengan banyak masaalah hari ini. Sebab nya, kita tidak ada simpanan modal bakat kepimpjnan untuk mengelokkan UMNO.
Jika kita anak bekas ADUN dahulu, maka kita di anggap mewarisi bakat kepimpinan si bapa. Kalau kita ada kedudukan tinggi dalam masyarakat, itu di anggap sebagai pembayang mutu diri kita. Maka kalau kita SFINO, dah- itu dah cukup untuk mengatakan kita berbakat besar. Ini disebut orang sebagai perlaksanaan norma norma askriptif- ascriptive norms. Yakni, greatness is inferred from the inherited social status of that person. Jika prinsip ini di pakai, maka UMNO akan ketandusan pemimpin yang berkualiti kerana ruang pencarian nya akan terhad kepada sama ada si fulan dan fulanah itu anak si anu, ada kedudukan, ada pertalian dengan pimpinan yang ada dan sebagainya. Kita pilih encik X sebab bapak dia lah yang membuka kampong ini. Kita pilih encik X kerana di pegawai kerajaan tinggi. Semua kriteria ini tidak menyebut lansung sama ada Mx X Mr X yang hendak kita pilih, boleh buat kerja atau tidak.
Negara dan parti yang maju memilih pemimpin bersandarkan prinsip achieved norms- yakni kita pilih seseorang berdasarkan pengamatan dia boleh melakukan sesuatu , boleh berkerja. Ini prinsip yang di pakai oleh TUn Razak dahulu. Dia tanya, boleh tak si fulan ini buat kerja bukan nya boleh tak si fulan ini di percayai( untuk senyap jika pemimpin lain melakukan aniaya).
Jadi, dalam memilih bakal ADUN Kerdau, elok lah UMNO memakai kriteria yang betul betul mentransformasi politik. Kita laksanakan apa yang kita cakap dengan memilih calun yang boleh malakukan perkara positif. Kita tidak mahu calun yang mempertaruhkan masa depan UMNO pada siapa dia, siapa keluarga dia, pada siapa dia kenal tapi kriteria yang utama iaitu apa dia boleh capai dan sumbangan kepada pencapaian- yilek.
Dan saya melihat tiada lah pegawai MB Pahang yang lebih kuat berkerja daripada Syed Ibrahim. Dan bila saya sebut kuat berkerja bukan nya berlakun kuat kerja depan si Samseng Kampung Dusun tu- tapi benar benar kuat kerja. Dari segi kerja kuat, saya rasa semua orang yang mengenali Habib Ibra ini tahu bagaimana kuat dia berkerja. Walaupun ada gastrik dan lembikkan diri, dia akan terus berkerja. Sesiapa yang mengenali Syed Ibra tahu, setiap bulan puasa, Syed Ibra ini akan lemah selemah dan longlai longlai nya, namun kecuali nak pengsan, dia akan terus berkerja.
DS Najib akan ingat begini: dari tahun 2000-2004, inilah orang yang sering kali datang ke daerah Pekan menyampaikan ceramah penerangan. Dalam tempoh tersebut, saya memegang jawatan sebagai ketua penerangan UMNO bahagian Pekan.
Ketika itu, Syed Ibrahim atau Syed Ibra seperti dia di panggil oleh saudara mara dan rakan terdekat, baru pulang dari Mesir. Dia mempunyai kelulusan dalam bahasa dan sastera Arab dan saya di beri tahu, beliau tinggal di Mesir agak lama untuk menghabiskan pembelajaran nya. Jadi penguasaan nya keatas bahasa Arab sangat tinggi atau superb. Mungkin penguasaan bahasa Arab yang tinggi ini lah yang membolehkan Syed Ibra mengikuti kelas kelas pengajaran dan bimbingan ugama secara dekat daripada sheikh2 di Mesir. Dan si Syed Ibra ini belajar agama secara bertalakki. Cara bertalakki orang Arab saya di fahamkan anak murid duduk seolah olah nya berlaga lutut dengan tuan guru untuk mendapat ilmu dari tok guru. Tempoh yang agak lama di Mesir di gunakan oleh Syed IBra untuk mendalami bidang agama.
Dan berdakwah merupakan kegemaran Syed Ibra. Semasa membantu saya dalam melakukan siri ceramah di daerah Pekan lah, Tuan Syed ini menyampaikan mesej agama kepada para pendengar. Dan Syed Ibra mempunyai cara yang unik dalam penyampaian. Suara nya yang garau dan kepetahan serta kelancaran mengupas dan menghuraikan masaalah keagamaan menarik minat semua yang mendengar termasuk lah pengikut parti PAS.
Sebab nya satu sahaja. Kami bersetuju untuk tidak menyampaikan ceramah politik. Sebaliknya kita lebih gemar menyampaikan ceramah dan tazkirah mengenai perkara perkara kerohanian, keimaman dan tarbiyah membersihkan diri.
Daripada 150 lebih program yang saya aturkan di pekan dari tahun 2001-2004, Syed Ibrahim terlibat dalam lebih 40 program tersebut.
Saya rasa tidaklah ada orang dan tokoh yang lebih bertenaga membantu Dato Sri Najib mencapai kegemilangan setelah hanya menang tipis dalam pilihanraya 1999 dahulu dari Syed Ibra. Biarlah UMNO memperlakukan perkara dan layanan yang betul keatas orang yang berkerja keras untuk UMNO. Kerana memperlakukan yang hak dan betul keatas orang yang layak, merupakan satu kelamahan UMNO. UMNO kurang pandai dalam hal ini. Selalunya orang macam ini, tidak di pedulikan oleh UMNO.
Sebagai bandingan ada seorang lagi individu yang banyak melakukan kerja kuat untuk UMNO yang saya kenal. Orang yang saya maksudkan ialah Ustaz Hamid Derani dari Kelantan. Orang ini seperti juga Syed Ibra terlibat dalam lebih 40 program penerangan UMNO Bahagian Pekan dari tahun 2001-2004. Apa yang UMNO lakukan kepada orang seperti Hamid Derani? Dia tidak di hargai dan tidak di pedulikan. Hari ini Hamid Derani menjadi pemidato PAS yang sangat berpengaruh. Di Pekan dahulu, bila Hamid Derani membacakan ayat ayat Quran atau membaca Quran sebagai mukaddimah, ada pendengar yang mengalirkan air mata.
Jadi dalam hal memilih calun untuk Kerdau, elok kita pakai prinsip memperlakukan yang hak keatas yang layak.
Saya rasa calun yang winnable untuk UMNO di Kerdau ialah Syed Ibrahim bin Syeid Ahmad al yahya.
Dan nasihat saya pada Syed Ibra ialah: sheikh, kalu boss tanya enta , enta berminat tak jadi calun, enta kata minat. Jangan ah.ah.ah. sebab puak dalam UMNO ini bukan faham erti kehalusan budi dan rendah diri. Selamat ya sheikh.
Dipetik dari : http://sakmongkol.blogspot.com/
Sabtu, 19 Februari 2011
Calun winnable UMNO di DUN Kerdau.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan