Khamis, 3 Februari 2011

Agenda Besar Umno….kata Mohd Zawawi Ismail

Oleh Wan Yusoff Hj Wan Ngah




SEBAIK sahaja Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dilantik semula sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Berang, Mohd Zawawi Ismail berpendapat ia sebagai agenda besar parti untuk kebaikan rakyat dan negeri menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) 13 akan datang.
Mohd Zawawi yang sering dilihat bersongkok besar, lebih besar dari kepalanya antara mereka yang bersekongkol dengan Geng 10 atau 10 Budak Hitam, ketika memboikot Persidangan DUN Terengganu dahulu, kelihatan berubah arah sekarang.
Mudah-mudahan, dia sudah nampak kesilapan yang dilakukan selama ini, menolak perlantikan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu.
Mohd Zawawi juga tentu sudah tahu bahawa kuasa melantik Menteri Besar adalah kuasa Sultan Terengganu manakala kuasa melantik Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu pula adalah kuasa Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Jadi, ketika usaha menjatuhkan kepimpinan Datuk Seri Ahmad Said oleh Geng 10 atau 10 Budak Hitam sedang berlaku, Presiden Umno hanya menarik jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu dari Datuk Seri Ahmad Said untuk diserahkan kepada Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tetapi tidak menarik balik jawatan Menteri Besar.
Walaupun, timbul desas-desus mengatakan selepas PM menarik jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, jawatan Menteri Besar juga akan dirampas untuk diserahkan kepada orang lain. Antara yang kuat membawa dan menwar-warkan cerita ini, di kalangan mereka yang mengendalikan blog menyokong bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh.
Jadi, apabila Mohd Zawawi mengucapkan tahniah dan syabas kepada Menteri Besar, datuk Seri Ahmad Said, ramai yang melihatnya sebagai satu kesedaran baru timbul di jiwa Mohd Zawawi kerana sebelum ini, kesedaran itu lambat datang kepadanya.
Kelambatan datangnya kesedaran tersebut menyebabkan Mohd Zawawi terlibat sama dengan sembmilan lagi kawan-kawannya, hingga digelar 10 Budak Hitam, tergamak membawa fitnah memburuk-burukkan kepimpinan Datuk Seri Ahmad Said.
Maka, pada suatu ketika pihak di Kuala Lumpur dikatakan terpedaya dan terpesona dengan cerita yang direka-reka oleh 10 Budak Hitam ini hingga kepimpinan Ahmad Said digambarkan begitu teruk dan perlu digantikan.
Namun, Allah maha berkuasa. Allah menentukan segala-galanya. Walaupun begitu teruk perbuatan 10 Budak Hitam terhadap kepimpinan Datuk Seri Ahmad Said, namun Allah masih mengizinkan Ahmad Said untuk terus kekal sebagai Menteri Besar Terengganu.
Malahan, rakyat terbanyak mengharapkan Ahmad Said akan kekal sebagai Menteri Besar Terengganu kerana keikhlasannya lebih ketara berbanding dengan kepimpinan terdahulu yang sibuk dengan projek-projek mega hingga bumbung Stadium Sukan Negeri di Gong Badak runtuh.
Rakyat cukup terharu dengan keseriusan Ahmad Said menekankan peri pentingnya pendidikan dan beliau tidak segan silu mengumumkan peruntukan besar kerajaan negeri terhadap pendidikan termasuk memperkenalkan e-book yang menyebabkan murid-murid mesra IT.
Mohd Zawawi tentunya tahu semua ini. Mohd Zawawi tentunya sedar betapa kerajaan negeri di bawah kepimpinan Datuk Seri Ahmad Said tidak pernah sedetik pun melupakan kepentingan rakyat, walaupun usaha-usaha murninya itu sering mendapat tentangan dari 10 Budak Hitam.
Malahan, untuk menunjukkan Datuk Seri Ahmad Said seorang yang pemaaf, beliau tidak mencadangkan kepada pihak kepimpinan parti di Kuala Lumpur supaya mengenakan tindakan disiplin terhadap 10 Budak Hitam termasuk Idris Jusoh walaupun perbuatan mereka memboikot Persidangan DUN bolehlah dianggap sebagai penderhakaan kepada Sultan dan parti.
Alhamdulilah, Mohd Zawawi sudah sedar bahawa cetusan idea Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said memperkenalkan moto merakyatkan pentadbiran dan pembangunan di negeri Terengganu menyakinkan Presiden Umno terhadap kemampuan Menteri Besar mengepalai parti dan kerajaan negeri dengan jayanya.
Inilah masanya Mohd Zawawi perlu turun ke bawah, bertemu rakyat untuk menerangkan bahawa masa inilah rakyat perlu bersama-sama Menteri Besar untuk memberi sokongan tidak berbelah bahagi kerana Umno dan Barisan Nasional (BN) memang sentiasa berpegang kepada slogan Tradisi Membela Rakyat.
Usahlah Mohd Zawawi menjadi pemimpin yang bercakap di depan lain, di belakang lain. Jika beliau sudah menyatakan kesedaran dan mengucapkan tahniah kepada kepimpinan Datuk Seri Ahmad Said, buktikanlah dengan menyokongnya tanpa berdolak-dalik.
Janganlah ulangi kesilapan lalu dengan membawa cerita kononnya ada uugutan dari Pejabat Menteri Besar untuk menghalang mereka menghadiri Persidangan DUN.
Jika dia merasakan dia juga terlibat dalam usaha menentang Sultan, maka hendaklah dia berhenti dari terus menjadi penderhaka.
Hari ini, Umno tidak mempunyai cukup masa untuk pemimpin-pemimpinnya berbalah sama-sama sendiri.
Sekarang adalah masa yang sesuai untuk turun ke bawah dan meneruskan bakti kepada rakyat.
Sudah banyak masa dihabiskan untuk bertelingkah sama-sama sendiri dan rakyatlah yang paling rugi dengan semua perkembangan tidak cerdik ini.
Nasihatkan blogger yang masih mahu menyokong Idris Jusoh dan Din Adam supaya bertemu dengan doktor untuk memeriksa tahap kesihatan mental mereka. Dikhuatiri mereka sudah dijangkiti penyakit gila kerana semakin hari semakin ramai yang rosal mentalnya sekarang.
Mudah-mudahan blogger di Terengganu yang selama ini menyokong Idris dan menentang Ahmad Said sudah tenang fikiran mereka dan tidak mengalami kerosakan mental yang berterusan.
Maklumlah, kerosakan mental ini sedikit sebanyak menuju kepada gila. Mudah-mudahan mental blogger yang tidak siuman, termasuklah yang memakai cermin mata hitam dalam gambar hisannya boleh bertemu dengan doktor sakit jiwa untuk mendapatkan rawatan dan ubat penenang.


Tiada ulasan: