Rabu, 29 Disember 2010

Kutip Tandatangan, Serah Kepada Pengerusi FELDA

Oleh Abdullah Kiram




SEREMBAN : Usaha dan ura-ura Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) untuk mengumpulkan tandatangan dan pungutan suara warga FELDA bagi membantah perlantikan Tan Sri Mohd Isa Abd Samad dianggap satu usaha yang baik.
Seorang peneroka yang ditanya pandangannya tentang kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi ANAK, Mazlan Aliman yang merupakan Exco Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS yang berhasrat melakukan usaha itu disaran menyegerakan langkah tersebut dan kemudiannya menyerahkan kepada Pengerusi FELDA untuk tindakan selanjutnya.
“Budak-budak PAS ini memang tidak pernah bersetuju dengan apa sahaja rancangan baik pihak kerajaan. Jadi, mereka yang tidak ada kerja ini akan mencari kerja kerana dalam PAS, usaha-usaha begini akan menjanjikan seseorang dapat bertanding dalam pilihan raya kelak.
“Maka, bila semakin dekat dengan tarikh pilihan raya, semakin rancak mereka berusaha mempopularkan diri dengan menjadi warga FELDA sebagai kuda tunggangan mereka,” kata peneroka yang mahu dikenali sebagai Sharif dari Felda Taib Andak.
Mazlan dalam kenyataan yang disiarkan Harakahdaily baru-baru ini berpendapat Mohd Isa tidak layak untuk menerajui FELDA dan mahukan Perdana Menteri menarik semula perlantikan tersebut.
Menurut Sharif, jika Mazlan tidak bersetuju dengan perlantikan yang Perdana Menteri telah buat itu, apakah dia mahu Perdana Menteri melantik karpal Singh atau Lim Kit Siang yang kini menjadi rakan kongsi PAS dalam perjuangan menuju Putrajaya?
Katanya, Malaysia kini dibanjiri budak-budak PAS yang tidak tahu perjuangan asal peneroka FELDA yang bertungkus lumus menjadikan hutan sebagai ladang yang memberi hasil kepada peneroka, keluarganya dan pembangunan negara.
“Disebabkan lahir mereka yang tidak tahu berterima kasih ini, maka mereka mula menghasut anak-anak peneroka yang tidak tahu bahawa perjuangan kerajaanlah yang menyebabkan kehidupan keluarga mereka berubah sekarang.
“Jika tidak kerana kerajaan menubuhkan FELDA, entahlah apa yang akan jadi kepada kami yang bertuah terpilih menjadi peneroka FELDA ini,” ujarnya tegas.
Kata Sharif lagi, dia sangat ingin melihat Mazlan Aliman mengutip tanda tangan dan membuat referendum seperti yang dijeritkannya.
“Saya percaya usaha itu tidak akan berjaya tetapi Mazlan akan berjaya menjadi calon pilihan raya kerana dia nampak peluang untuknya bertanding di Kelantan semakin cerah berdasarkan sejarah lalu, anak-anak Johor yang aktif dalam PAS akan diberi tempat bertanding di Kelantan.
“Dia nak kejar kerusi Parlimen tu,” kata Sharif sambil menyebut beberapa nama orang Johor yang pernah bertanding di Kelantan termasuk Dr. Daeng Sanusi Mariok dan Salahuddin Ayub.
Menurutnya, Dr. Hata Ramli, Nasaruddin Mat Isa dan Saifuddin Nasution juga bukan anak Kelantan yang dapat tempat di Kelantan kerana PAS memerlukan kaki-kaki tempik untuk menarik penyokong.
Sebelum ini, Mohamad Sabu juga pernah bertanding di Kelantan.
Kata Sharif, jika warga FELDA terpedaya dengan permainan politik Mazlan Aliman, bermakna warga FELDA membantu Mazlan Aliman menyingkirkan Salahuddin Ayub dari bertanding di Kelantan dalam pilihan raya akan datang untuk digantinya.




Tiada ulasan: