Selasa, 28 Disember 2010

Isa : PAS terpijak kulit pisang




Oleh Lokman Md Don

NILAI : PAS nampaknya seperti hilang pertimbangan apabila Perdana Menteri (PM) melantik bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Mohd Isa Abd Samad sebagai Pengerusi FELDA.
Mazlan Aliman yang mengetuai sebuah NGO, ANAK mendesak PM menarik balik perlantikan tersebut sekiranya tidak mahu mereka mengutip tandatangan peneroka FELDA bagi menyatakan tidak bersetuju dengan perlantikan tersebut.
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad pula menyifatkan Mohd Isa sebagai seorang yang pernah dikaitkan dengan kesalahan rasuah oleh Lembaga Disiplin Umno dalam tahun 2004 sepatutnya tidak dilantik ke jawatan tersebut.
Dari kedua-dua kenyataan ini, Mazlan (Harakahdaily) dan Idris (Malaysiakini) membuktikan PAS terpijak kulit pisang dan jatuh terlentang dengan pengumuman ini kerana mereka tidak mampu berhadapan dengan kebolehan Mohd Isa ketika bekas Menteri Besar Negeri Sembilan ini berucap.
Mohd Isa, seorang pemidato handal dalam Umno yang sukar ditangkis kebolehannya berhujah yang menyebabkan Pengerusi PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad tewas teruk di tangan Mohd Isa dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, 11 Oktober 2009 yang lalu.
Walaupun PAS membawa turun Presidennya, Datuk Seri Abd Hadi Awang berkempen, selain Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang, ternyata pengaruh Mohd Isa di Bagan Pinang tidak terjejas malahan undi yang dikutipnya jauh lebih besar dari keputusan pilihan raya umum 2008 yang lalu.
Jika Idris boleh melihat balik pertuduhan yang dikenakan terhadap Mohd Isa hingga beliau digantungn tiga tahun, tentulah beliau yang memakai gelaran Ustaz tidak berbohong ketika mengeluarkan kenyataan terhadap Mohd Isa.
Mohd Isa yang dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin Umno dituduh melanggar peraturan pemilihan dan bukan atas dakwaan politik wang atau rasuah.
Sepatutnya, seorang yang memakai gelaran Ustaz, walaupun Ustaz ini hanya terpakai untuk PAS dan ahli-ahlinya sahaja, tidak membuat dakwaan dan kenyataan palsu yang bertujuan memburuk-burukkan imej seseorang.
Tetapi, bukan PASlah namanya kalau mereka tidak berbohong dan membuat fitnah. Mereka tidur siang dan malam, mereka akan berceramah untuk membohongi pendengar yang memang suka dengan pembohongan.
Apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan beliau akan menjadi Perdana Menteri pada 16 September 2009, orang-orang PASlah yang paling yakin dengan kata-kata Anwar itu. Apabila keesokkan harinya, iaitu 20hb September 2009, Datuk Seri Mohd Najib masih Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin masih Timbalan Perdana Menteri, mereka tidak marah kepada Anwar sebaliknya mereka percaya, pintu pagar istana tidak dibuka yang menyebabkan Anwar tidak dapat mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk mengangkat sumpah.
Baru-baru ini, timbul pula dakwaan jika Pakatan Rakyat memerintah, mereka akan membawa perubahan 100 hari, orang-orang PAS lah yang paling percaya dengan dakwaan itu, kerana hanya orang yang berbohong sahaja akan suka dan percaya kepada pembohongan.
Jadi, kalaulah Maslan memulakan operasinya untuk mengutip tanda-tangan dan Idris pula pergi berceramah setiap malam menyerang Mohd Isa, itu bukan kerana mereka tidak dapat menerima perlantikan Mohd Isa tetapi mereka takut PAS akan kehilangan pengaruh di kawasan FELDA.
PAS amat berharap mereka boleh memporak-purandakan sokongan masyarakat FELDA kepada BN dalam pilihan raya akan datang tetapi apabila Najib menamakan Mohd Isa sebagai Pengerusi FELDA, PAS betul-betul terpijak kulit pisang dan jatuh terlentang.

Tiada ulasan: