Jumaat, 3 September 2010

SAIFUDIN SEDANG MEMENUHI KPI NYA..

Niatnya nak 'slow' kan aktiviti menulis dalam bulan puasa ni, tu yang lama tak posting...kerana puasa orang awam macam penulis ni dah la tak kuat nak menambah amalan malah takut terkurang pulak apa yang dibuat...

Tapi bila memikirkan suara sahabat yang masih lagi melontarkan rasa sedih dan kecewa serta marah dengan sikap Saifudin Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang bongkak dan sombong menghina Tan Sri Ibrahim Abu Shah dalam program tv baru baru ini penulis rasa terpanggil untuk mengulas.

Rasanya Saifudin yang begitu berbangga sebagai ahli MT UMNO hingga mengingat Tan Sri Ibrahim didalam program itu yang beliau seorang ahli MT dan Timbalan Menteri jelas tidak membanggakan parti dan ahli. Malah sikap beliau yang 'berkeras' mahukan 'kematangan' politik dicapai dengan membenarkan mahasiswa berpolitik di Pusat Pengajian Tinggi juga jelas menunjukkan bahawa beliau tidak memahami dan menerima tugas dan amanah yang digalas sebagai Timbalan Menteri yang hari ini kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi tetap berpegang kepada keputusan yang sama semenjak dasar dan Akta AUKU ini dibentangkan serta dilaksanakan sejak dulu lagi.

Kalau dah Timbalan Menteri sudah tidak berpegang kepada ikrar dan kesetiaan beliau semasa mengangkat sumpah dahulu yang akan mempertahankan apajua keputusan yang ditegakkan oleh kerajaan, dasar dan perlembagaan nya maka agak agak apa kewajaran beliau memegang jawatan itu lagi?

Saifudin boleh berteori dengan pelbagai perkara tetapi menentang akta dan dasar yang sudah termaktub serta dipertegaskan semula oleh Menteri baru baru ini menunjukkan Saifudin bodoh sombong dan bongkak!!!

Buat kerja lain la Saifudin...kalau nak memenangi hati mahasiswa pun rasanya Saifudin boleh memikirkan cara lain mengeluarkan idea dan pandangan bernas serta mengatur program yang lebih baik untuk meletakkan mahasiswa negara setaraf dan mengatasi mahasiswa lain dalam dunia! berusaha untuk menambah baik ranking ranking IPTA dan IPTS agar dikenali kerana kualiti pencapaian pendidikan mereka.

Jadikan mahasiswa kita benar benar antara mahasiswa yang 'terlaris' dan sentiasa ditunggu tunggu oleh Syarikat di seluruh dunia apabila mereka selesai berkonvo! Jadikan Tenaga pengajar di IPTA dan IPTS benar benar berkualiti untuk melahirkan generasi pewaris yang benar benar matang, berilmu, berkarisma, dedikasi dan berani menentukan hala tuju negara dan dunia dengan kebijaksanaan mereka bukan lebih banyak berpolitik menentang Kerajaan BN selama ini!!!

Pendek kata banyak kerja Saifudin nih sebenarnya! Paling tidak pun sebagai ahli MT, beliau sudah mempunyai statistik yang jelas berkenaan pencapaian anak anak Melayu mengikut pecahan bidang dan kepakaran serta menyusun dan merangka agar anak anak Melayu ini nanti apabila keluar sudah pasti boleh memberikan sumbangan kepada agama, bangsa dan negaranya!!!

Dalam tersembur sembur sahabat penulis menyampaikan 'kemarahannya' kepada Saifudin di Riverside semasa berbuka puasa tadi, satu sms masuk menyatakan bahawa -
DISKUSI MAHASISWA DAN POLITIK KEPARTIAN, Tuan dijemput hadir ke program tersebut pada 22 Ogos 2010, Ahad, Jam 9.00 - 12.30 Tengahari bertempat di dewan Seri Melati Perbadanan Putrajaya ( berhadapan istana kehakiman ) yang akan dihadiri sama oleh Tan Sri Ibrahim Abu Shah sebagai panel. Sila panjangkan kepada sahabat yang dapat hadir, Tkasih.

Jadi rasanya siapa yang nak membangkitkan perkara ini serta ingin mendengar penjelasan kenapa dan mengapa! maka datang la ke Program tersebut...

kepada Saifudin, mungkin KPI beliau ialah mengajak seluruh mahasiswa berpolitik, kerana bagi Saifudin hanya dengan berpolitik sahajalah mahasiswa akan mendapat keputusan yang lebih cemerlang....untuk membangunkan agama, bangsa dan negara...hampehh punya Timbalan Menteri! buat malu MT jer!!!

Sendiri Mau Ingat!!!

Dipetik dari : http://politikputramerdeka.blogspot.com/

Tiada ulasan: